02 Mei 2013: 9.20malam
Baru ada 3 anak ibu ini sudah lupa hari lahir anak sendiri!
Semalam Hakim tanya ibu bila hari lahirnya?
Ibu cakap, bulan 5
Hakim kata, sekarang bulan berapa?
Bulan 5
Berapa haribulan
5! ooooo.... 3 haribulan!
Ibu lupa esok hari jadi Hakim rupanya, Ya Allah!
========================================================
03 Mei 2013
Jam menunjukkan jam 5.47pm, hujan lebat di luar
Macamana Hakim nak balik sekolah hujan lebat ni? Sekejap lagi reda hujan, boleh Hakim balik
6.05pm: Hujan semakin reda
Lega.... Hakim sudah boleh kayuh basikal dalam hujan begini, walaupun masih basah
6.15pm: Hati tidak keruan, Aiesyah , Umar cepat siap kita pergi tengok abang Hakim kat sekolah
Ya Allah rupanya basikal Hakim ada di luar rumah, ibu betul-betul lupa kena ambil Hakim di sekolah KAFA setiap Jumaat memang Hakim tidak naik basikal.
Apa sudah jadi?
hi hi so cute lupa itu...
ReplyDelete