Beberapa hari lepas ibu order vitamin C, beli online macam biasa.... teruja bila membaca testimoni pengguna. Perempuan mana tidak teruja dengan kecantikan kan? Hampir lupa yang barang akan sampai hari ini. Habis sahaja kelas, ibu terus balik... dalam perjalanan ibu terserempak dengan van Poslaju berhenti di tepi jalan, baru ibu teringatkan barang yang ibu beli..... ibu tanya abang Poslaju, ada tak barang ibu? Macam kenal... memang abang poslaju tu cam ibu, agaknya selalu terima barang. Terus dia keluarkan kertas dan barang untuk ibu sign. Nasib baik jumpa di sini.... hari ini banyak sangat barang yang hendak dihantar katanya. Biasalah online sudah menjadi medium membeli-belah popular zaman kini, Rabu cuti jadi bertambah lah barang yang hendak dihantar.
Teruja barang sudah terima tapi hampa bila buka parcel, vitamin C sudah jadi ubat kurus! Oh walaupun ibu ini tidaklah langsing tapi belum berminat lagi dengan ubat kurus... hihi bukan perasan kurus, ibu ini pun dalam proses untuk turunkan berat badan dalam 8kg lagi. Namun biarlah secara semulajadi, sejak mengajar makan tidak menentu, berat dah turun sikit.
Ibu-ibu percaya ke bila ambil vitamin C kulit lebih cantik dan halus? Sudah lama lupakan supplement untuk diri sendiri secara khusus. Bila beli supplement ibu biasanya cari yang boleh consume satu keluarga. Kita mahu sihat, suami sihat, anak-anak pun sihat baru lah semua gembirakan?
Kena tunggu minggu depan baru terima barang.... vitamin C oh vitamin C
Comments
Post a Comment