10 Julai 2013 | 9:43pm
2 Ramadhan 1434
2 Ramadhan 1434
Anak-anak pasti teruja dengan watak Upin Ipin seperti kawan rapat mereka. Watak yang hidup dan berjaya memikat hati anak-anak kecil hinggalah dewasa.
Upin Ipin 2 adik beradik kembar yatim piatu yang tinggal bersama nenek dan kakaknya. 2 beradik yang sentiasa ceria dan gembira. Banyak teladan yang dapat diajarkan kepada anak menerusi kisah Upin Ipin.
Anak-anak terus mahu puasa selepas melihat siri 1 kisah 2 kembar ini mula-mula berpuasa, Alhamdulillah terus puasa penuh walaupun baru tadika. Ada juga diajarkan lafaz niat puasa di dalamnya. Anak-anak mudah menghafal skrip termasuk lafaz niat tersebut.
Baguskan jika siri sebegini dekat dengan hati anak-anak, mudah kerja ibubapa. Walaupun Aiesyah belum lagi dapat berpuasa penuh, sekurang-kurangnya dia teruja untuk bersahur dan berpuasa. Ini adalah tahun pertama kami latih Aiesyah berpuasa. Hakim hari ini Alhamdulillah kelihatan mudah walaupun tidur hampir 3 jam selepas balik sekolah. Tahun lepas Hakim cuma puasa penuh 1-2 hari sahaja. Tahun ini ibu doakan yang lebih baik untuk Hakim termasuk bab solat.
Macamana mendapatkan video Upin Ipin?
Ibu download sahaja dari Youtube kali ini, tahun lepas ada juga beli beberapa siri VCD Upin Ipin. VCD jika tidak dijaga dengan baik, sekejap sahaja jangka hayatnya. Download nampaknya lebih berkesan dan tahan lama ;)
Search sahaja di Youtube, Upin Ipin Esok Puasa Episod 1, 2 dan seterusnya. Pastikan video itu diupload oleh Team LesCopaque, insyaaAllah gambarnya cantik dan terang, sedap mata memandang.
Download menggunakan Keepvid.
Selain video Upin Ipin, buku Upin Ipin juga menjadi kegemaran anak-anak. Setiap kali ke kedai buku, pasti majalah kecil Upin Ipin dibelek anak-anak. Ini menjadi galakan kepada anak-anak untuk rajin membaca. Semasa ke Pesta Buku selangor di SACC baru-baru ini, majalah Upin Ipin hanya RM1 sahaja untuk edisi lama. Berbaloi anak-anak membacanya sampai lunyai :)
Ibu berhenti di sini dahulu. Mata sudah mahu tertutup.... InsyaaAllah jumpa lagi.
Comments
Post a Comment