Kemahiran motor halus merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat pergerakan. Contohnya seperti menggenggam, memegang, melukis dan sebagainya.
Ibu perhatikan kanak-kanak yang mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar.
Anak-anak yang selalu didedahkan dengan permainan yang melibatkan anggota tangan dan kaki lebih terkehadapan dalam kemahiran motor halus.
Dahulu ketika kecil, kita biasa bermain dengan tanah dan pasir, guli, batu-batu kecil, buah getah dan sebagainya. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membantu semasa kita mula belajar menulis di sekolah.
Antara aktiviti yang boleh meningkatkan motor halus adalah seperti berikut:
1. Bermain tanah liat atau play doh. Atau bermain dengan pasir.
2. Membuka dan menutup penutup botol
3. Memasukkan benang ke dalam lubang. Ikat benang seperti mengikat tali kasut. Anak ibu Umar mula belajar mengikat menggunakan bag plastik.
4. Memasukkan biji kacang ke dalam bekas, atau mengasingkan beberapa kekacang mengikut jenis ke dalam bekas berasingan.
5. Memasukkan manik ke dalam benang. Ibu pernah gunakan macaroni yang berbentuk C dimasukkan ke dalam benang.
6. Menggunting kertas mengikut bentuk. Ibu perhatikan anak-anak yang keras tangan kurang pandai menulis. Untuk permulaan boleh minta anak lukiskan bulatan besar di sehelai kertas dan biarkan mereka menggunting bulatan tersebut.
Memasukkan benang ke dalam lubang
Aktiviti ini boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan kotak dan ditebuk lubang.
Bermain tanah liat antara aktiviti yang digemari anak-anak. Mereka gembira boleh buat apa sahaja menggunakannya.
Gambar memasukkan macaroni di dalam tali/benang ibu tidak jumpa, mungkin di dalam tab bukan di dalam laptop.
Sampai di sini dulu, moga bermanfaat.
Comments
Post a Comment