Bismillah..
Alhamdulillah sudah memasuki 26 Ramadhan.
Masih berbaki 3 hari lagi. Apakah sedih akan meninggalkan Ramadhan atau gembira dengan ketibaan Syawal?
Lemahnya imanku Ya Allah. Ibu baru beberapa hari puasa. Baby Muhammad Ammar memasuki hari ke 53. Sudah bulat dan gepu pipi :)
Anak-anak sudah teruja mahu pulang ke kampung, maklum sahaja sudah lama kami tidak balik. Pertama kali baby Muhammad akan berjumpa dengan Tokki Tokche dan Tokmek.
Selamat meneruskan puasa yang masih berbaki beberapa hari. Keseronokan sambut raya jangan sampai kita melalaikan ibadah yang diberi pahala berganda bulan berkat ini.
Banyak sangat kekurangan ibu rasakan Ramadhan kali ini. Anak adalah anugerah dan nikmat yang tiada nilai, namun anak juga adalah ujian bagi ibu. Terlewat solat, susah bangun solat malam, kurang mengaji, dan banyak lagi.
Baik, semoga berjumpa lagi. InsyaaAllah.
Comments
Post a Comment