Sebagai ibu yang bekerja, saya terpaksa menghantar anak-anak di bawah jagaan pengasuh. Apabila anak-anak pulang, saya mendengar berbualan dan percakapan anak-anak sesama mereka. Lain macam bunyinya. Jarang anak menuturkan perkataan yang tidak elok di hadapan kami kecuali ketika mereka marahkan sesuatu.
Saya tahu ada yang tidak kena. Anak saya sudah mula menuturkan bahasa melayu rendah. Mustahil anak-anak menuturkan sesuatu yang tidak pernah didengar. Saya membuat kesimpulan bahasa rendah ini adalah ikutan daripada mendengar perbualan orang yang lebih dewasa secara langsung atau menonton filem yang rendah akhlaknya.
Bercakap menggunakan bahasa rendah semakin menular di dalam masyarakat. Bagaimana untuk memperkayakan masyarakat dengan bahasa melayu tinggi?
Saya percaya orang yang bercakap menggunakan bahasa yang baik-baik adalah orang yang baik-baik.
Bangsa Melayu adalah bangsa yang tinggi nilai budayanya. Ini antara perjuangan Rangkaian Tadika ABS mengamalkan bahasa dan budaya melayu tinggi sedari awal kanak-kanak.
Saya petik kata-kata Prof Abdullah Hassan;
Tadika ABS mengajarkan budaya Melayu Tinggi dan Bahasa Melayu Tinggi. Falsafah kita adalah bertujuan bagi melahirkan anak didik yang berbudi pekerti baik dan berbudi pekerti elok. Dalam teori pemerolehan bahasa, anak-anak akan meniru pekerti yang dia pernah lihat dan bahasa yang dia pernah dengar. Sedari kecil anak-anak akan dapat melihat model pekerti yang baik mendengar contoh bahasa yang berbudi. Dengan demikian mereka akan membesar dengan pekerti yang baik dan budi bahasa yang elok.
Budi pekerti dan budi bahasa yang elok itu adalah modal budaya yang utama dalam kehidupa kelak. Orang berpekerti elok dan berbudi bahasa tinggi akan dilihat sebagai individu yang pandai dan cekap, layak menjalankan tugas dan layak pula menjadi pemimpin. Itulah yang akan kita beri kepada anak didik kita!
Tanpa pekerti dan bahasa tinggi ini, mereka akan menjadi orang biasa-biasa saja! Sangat biasa sehingga tidak dapat kita bezakan mereka daripada orang yang tidak bersekolah!
Tadika ABS mahu anak didiknya menjadi orang yang baik-baik, orang yang berbudaya, berpelajaran, berbudi pekerti dan berbudi bahasa, orang BERSEKOLAH!
Comments
Post a Comment