Skip to main content

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Menggunakan Kad Imbas Bergambar


Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail

Sabtu lepas, saya berkongsi di dalam Bengkel Guru Rangkaian Tadika ABS berkenaan perkembangan bahasa kanak-kanak di dalam slot Bahasa Budaya Tinggi. 

Bahasa terbahagi kepada Bahasa Berkembang dan Bahasa Terhad. Bahasa Berkembang atau Bahasa Tinggi adalah bahasa yang digunakan di sekolah.

Perkembangan bahasa kanak-kanak didorong oleh kemahiran lisan berbentuk interaksi linguistik. Kemahiran lisan membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melebihi membaca dan menulis.

Kemahiran berfikir perlu ada dalam sistem pembelajaran termasuk interaksi antara guru dan anak-anak pelajar bukan sekadar soal dan jawab.

Antara permainan yang menggalakkan pemerolehan bahasa adalah Permainan Memburu Perkataan. Dalam sesi ini saya menggunakan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam sebagai alat bantu.

Cara permainan ini;

1. Setiap kumpulan diminta mengambil kad secara rawak.

2. Lukiskan Peta Bulatan menggunakan PETA i-Think (dalam sesi ini, guru-guru tidak tahu mereka telah menggunakan salah satu peta pemikiran i-Think)

3. Tuliskan apa sahaja yang terlintas di fikiran apabila melihat kad tersebut.




Guru-guru sedang asyik menulis di atas peta bulatan. Apabila melakukan aktiviti di dalam kumpulan, proses mengeluarkan idea menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Semasa proses berfikir ini berlaku, terima semua subangsaran idea yang keluar. Semakin lama, semakin bercambah.

Sering saya ingatkan kepada guru, apabila anak-anak pelajar memberikan sumbangsaran idea, jangan dikritik, jangan dinilai, jangan dikatakan tidak logik. Ia bakal membantutkan proses pemikiran. Terima semua idea. Katakan unik idea tersebut. 

Sungguh, saya kagum dengan usaha guru-guru ini memburu perkataan dalam permainan ini. Mereka berjaya kumpulkan lebih dari 120 perkataan. Ada perkataan yang mereka sendiri tidak pasti apakah perkataan yang tepat, namun dituliskan sahaja dahulu. Proses validasi perkataan boleh dilakukan kemudian. Di sini lah proses pemikiran dan pembelajaran berlangsung.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam. WhatsApp no ini +60132821450 untuk dapatkan Kad Imbas tersebut. Ebook 10 cerita dan permainan diberikan percuma dengan pembelian Kad Imbas Kisah Si Ayam ini.

In shaa Allah saya kongsikan lagi di lain masa.


Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...