Skip to main content

Lepas Makan Tosei, Anak Ucapkan Kata-Kata Yang Menyebabkan Air Mata Saya Menitik


Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail

Tidak pernah terlintas di fikiran saya, hanya kerana sekeping tosei dan sebuah buku, anak-anak begitu menghargainya. Ikuti pengalaman yang berharga ini...

Khamis lepas, saya membawa pulang sebuah buku aktiviti berkaitan negara Malaysia. Sejurus selepas saya memberikan buku tersebut, anak-anak tidak sabar untuk membuat aktiviti di dalamnya.

Sampai di mukasurat berkenaan makanan tradisi kaum di Malaysia, anak perempuan 8 tahun bertanya kepada saya sambil menunjukkan jari telunjuk ke tempat tersebut, "Ibu, tosei ni macamana?" 

Saya yang sudah lama tidak menikmati tosei menjawab spontan, "Tosei adalah makanan India" 
Anak bertanya lagi,"Boleh ke kita  makan?" 
"Boleh, ibu sudah lama tidak makan tosei, apakata hari minggu ini kita makan tosei?" Anak-anak bersorak keriangan.

Hari Ahad ada ujian kemasukan ke sekolah rendah untuk anak lelaki 6 tahun. Kami ke Gombak hari tu. Selepas ujian selesai, anak merungut lapar. Waktu itu sekitar jam 11.30 pagi. Kami berhenti di sebuah restoren mamak yang terkenal di Mutiara Gombak, NZ Curry House. Memang sudah lama saya tidak singgah ke kedai mamak, saya memang tidak suka makan di kedai mamak, kali terakhir makan sewaktu masih belajar. Saya merancang ke sana membawa anak-anak menikmati tosei buat pertama kali.

Sampai di restoren tersebut, anak-anak seperti biasa akan memesan minuman kegemaran mereka, ibu memesan 2 set tosei.

Anak-anak pelik melihat tosei pada mulanya, mereka merasa tekstur tosei tersebut, lembut. Anak-anak mula mencubit dan memasukkan ke dalam mulut. "Sedap tosei ni ibu cuma ada rasa masam sikit." Seorang anak berkongsi tosei dengan ibu, seorang lagi berkongsi dengan abah. Pelbagai reaksi anak-anak semasa kami menikmati tosei tersebut.

Antara soalan yang ditanya;
"Memang kaum India suka makanan yang rasa masam sikitkah ibu?"
"Tosei ini diperbuat daripada apa?"

Anak-anak bertanya pelbagai soalan. Ada yang saya jawab, ada yang saya minta mereka fikir sendiri, ada yang tiada jawapan. Kenalah saya tanya cikgu Google untuk soalan tersebut.
Kebetulan semasa kami makan, ada sekeluarga kaum Cina juga sedang makan tosei menggunakan tangan.

"Orang Cina juga suka tosei ibu"
"Tosei ini asalnya makanan kaum India, namun semua orang suka termasuklah kita."
"Seronokkan ibu kita di Malaysia ni boleh makan makanan macam-macam. Nanti kita cuba makanan Cina pula. Dim Sum."

Selepas dua hari apa yang mengejutkan, anak lelaki 6 tahun datang kepada saya, dengan muka lembut dan suara yang rendah anak ini berkata, "Ibu, kami lupa nak ucapkan terima kasih kerana ibu belanja kami makan tosei. Sedap tosei tu ibu, nanti kita makan lagi, boleh?"
Dengan tidak semena-mena air mata saya bergenang sambil ucapkan, "Alhamdulillah, terima kasih Allah"

Buku aktiviti tersebut adalah ‪#‎KitMalaysiaku‬ buku aktiviti berwarna penuh dan menarik minat anak-anak meneroka perkara menarik dan unik yang terdapat di Malaysia. Kit Malaysiaku saya beli cuma RM29.90 setiap set.

Walaupun saya selalu belikan anak-anak buku aktiviti dan buku cerita, namun pengalaman kali ini berbeza. Rupa-rupanya inilah yang dikatakan 'bonding time' antara ibubapa dan anak-anak. Bonding time tersebut bukan hanya semasa membuat buku aktiviti tersebut malah lebih dari itu.

Kit Malaysiaku ini boleh dibeli secara online di SINI
Atau layari Facebook Page Kit Malaysiaku untuk maklumat lanjut.
Saya juga boleh terus poskan Kit Malaysiaku terus ke rumah dan pejabat tuan puan.
Whatsapp 'Malaysia' ke 013-2821450
Whatsapp 'Malaysia' ke 013-2821450
Whatsapp 'Malaysia' ke 013-2821450


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...