Menyemai budaya membaca di peringkat awal bermula dari pre-reading proses. Lihat entry ibu sebelum ini untuk baca lanjut berkenaan 'pre-reading'.
Apabila anak meminati bacaan, mereka akan sentiasa tertarik dengan bahan bacaan.
Apakah bahan bacaan yang terdapat di sekeliling kita. Ada banyak. Antaranya papan tanda, tanda label di pakejing makanan atau minuman, bunting, poster, majalah dan buku.
Jika sebelum ini, ibu hanya tahu membaca itu adalah membaca teks. Namun persepsi ini berubah selepas membaca beberapa buah buku berkaitan membaca terbitan Indonesia.
Puan Septriana Murdiani di dalam bukunya Bengkel Baca menyentuh 51 strategi membaca agar anak cinta membaca, ini akan ibu kongsikan dalam entri yang lain. Hari ini ibu akan sentuh berkaitan jenis membaca sahaja.
Ada tiga (3) cara membaca buku:
1. Membaca Gambar.
Ini biasanya yang dilakukan oleh anak kecil yang belum pandai membaca. Mereka interpretasi gambar mengikut kefahaman dan ayat sendiri.
Ini juga salah satu kaedah membaca yang ibu bapa dan pendidik boleh gunakan apabila membacakan buku untuk anak pelajar. Bacakan gambarnya.
2. Membaca Kata-Kata / Tulisan
Ini yang biasa kita faham berkenaan membaca. Bacakan tulisan. Hanya anak yang sudah pandai membaca sahaja akan membaca teks buku.
Kaedah biasa yang ibu bapa dan pendidik gunakan apabila membacakan buku kepada anak pelajar.
3. Menceritakan Kembali Cerita Atau Memperagakan Cerita
Ini yang storyteller biasa lakukan. Mereka memperagakan cerita, bukan hanya mebacakan teks. Uh bosannya!
Anak-anak kecil suka mendengar cerita. Ini adalah kaedah yang boleh dilakukan.
Bagaimana untuk menjadikan sesi bercerita menarik minat anak pelajar?
Esok kita akan adakan bengkel 'Bercerita Kepada Anak Pelajar'. Apakah tips dan trick apabila bercerita.
Perlukan ibu ayah dan pendidik menunjukkan buku apabila bercerita?
Mestikan menggunakan buku yang besar?
Adakah dengan tona suara yang betul menjadikan cerita lebih menarik?
Semua ini akan dikongsikan oleh Puan Ibtihaj atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Ib. Lokasinya di Taman Cemerlang.
Tinta Wan Anie
21 Mei 2019

Comments
Post a Comment