Potty training is the skill that our child must learn, there are other skills and abilities that must be in place before learning can begin
Ramai ibu yang berkata "Susah la nak ajar anak ke toilet, tak larat nak cuci kalau asyik terbabas aja". Seperti yang saya ceritakan tentang Aiesyah diaperless sebelum ini di entry ini, ibu dan anak mesti bersedia untuk proses Potty Training. Ibu perlu sentiasa bersedia dengan situasi seperti di atas jika anak bersedia kerana mustahil untuk anak kecil yang baru hendak belajar terus sempurna seperti anak kecil yang hendak belajar berjalan mustahil tidak akan jatuh. Bagaimana untuk mengetahui bahawa anak kita telah bersedia untuk proses Potty Training?
1. Anak tahu bila waktu dia hendak melepaskan hajat; Aiesyah akan bagitau saya bahawa diapersnya bocor setiap kali dia pee kerana berasa basah dan tidak selesa. Ada anak yang tidak duduk diam, bersembunyi dan sebagainya.
2. Anak suka berdikari, mudah membuka diapers dan seluar mereka sendiri. Mungkin pada awalnya anak-anak melakukan tanpa sebarang hajat, tapi itu adalah tanda-tanda awal yang anak boleh diajar untuk Potty Training; apabila masuk sahaja ke toilet, Aiesyah dengan sendirinya akan membuka seluar dan diapers tanpa disuruh.
3. Anak boleh mendengar dan mengikut arahan seperti menyuruhnya ke toilet, basuh atau lap tangan, padamkan lampu dan sebagainya.
4. Anak boleh berjalan dan berlari dengan sempurna kerana sewaktu latihan ke tandas, anak kecil biasanya tidak dapat menahan bila nak pee atau poo, jadi mereka perlu segera bergegas ke toilet supaya tiada kekotoran di merata tempat; Aiesyah pernah 2 kali terkeluar poo sebelum sempat ke toilet dan beberapa kali ter pee.
5. Anak ada keinginan untuk mengetahui dan melakukan sesuatu; memilih baju sendiri untuk dipakai, keinginan untuk mengetahui apakah yang ibu lakukan bila ibu masuk ke toilet
Aiesyah: Ibu buat apa? (sambil ketuk-ketuk pintu)
Ibu : Ibu ..... la sayang
Aiesyah: Aiesyah nak ..... ni ibu cepat lah (sambil ketuk-ketuk pintu lagi)
Ke-2 .... itu selalunya perkataan yang sama.
5 perkara di atas antara tanda-tanda anak kecil telah bersedia untuk diajar ke toilet. Usia anak bukanlah faktor penting, ibu juga perlu bersedia untuk melatih anak Potty Training
Comments
Post a Comment