Skip to main content

Pulut Kuning Raya


Ini adalah Raya Haji Pertama dan raya ke-2 saya beraya di bandar selepas bergelar isteri. Kali pertama menyambut Raya Idulfitri 2003 ketika baru berkahwin dan suami tidak dapat cuti (menangis tidak berlagu jugalah masa tu nasib baik baru kawin). Bila pagi raya selalunya saya serahkan aja urusan menu raya pada ibu dan kakak-kakak saya yang 5 orang itu tapi kali ini bila beraya di rumah sendiri saya perlu perah otak fikirkan apa nak masak. Last minute decision saya call husband minta belikan beras pulut sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja sehari sebelum raya. Em macam nak buat pulut kuning la.. teringin nak makan.

Pagi-pagi lagi saya sudah bangun (kunci jam pukul 5pg tapi bangun lewat sket huhu) rendam 2 kilo pulut dengan serbuk kunyit, sementara tunggu beras pulut tu kembang, saya masak gulai kawah ayam. Bila gulai dah siap saya kukus beras pulut yang dah ditoskan tadi. Agak-agak masak beras tu angkat gaul dengan santan pekat yang dicampur dengan garam. Belum sempat nak kukus kali ke-2 Aiesyah dah bangun mintak nak makan "nasi kuning" banyak juga dia makan.


Aiesyah dengan muka baru bangun tidur

 
Terganggu emosi saya beberapa kali ketika menulis ini dek anak-anak yang minta susu, menangis, dan merengek, jika saya ada yang tulis tunggang-langgang saya minta maaf. Kejap tadi lepas saya masak nasi mencuka muka Hakim sebab dia minta saya masakkan "nasi kuning" lagi. Apakah perlu saya memasukkan sedikit kunyit di dalam nasi yang saya masak tadi? Suka benar anak saya dengan pulut kuning rupanya, mungkinkah sebab warna kuningnya amat menarik perhatian anak kecil? Jadi kepada ibu-ibu yang anaknya tidak mahu makan nasi, mungkin boleh diletakkan sedikit kunyit, sirap merah atau lain-lain bagi menarik perhatian anak-anak

Lepas solat raya, kami berkemas untuk ke rumah kakak, asalnya nak pergi dari malam semalam lagi tapi semua kepenatan dan tidur awal malam raya. Kakak saya dah masak nasi ayam jadi tak perlulah saya masak nasi lagi, nanti jadi banyak nasi pula siapa nak makan? Sebelum bertolak sempat kami berikan sedikit juadah pulut kuning + gulai ayam kepada jiran. Anak-anak bermain sakan bila sampai di rumah kakak, aktiviti raya diorang bermain dan bermain aja. Jam 6.30 petang kami bertolak pulang, anak-anak dan ibu tertidur lena dalam kereta. Kakak minta saya tidur di rumahnya tapi kami menolak sebab suami kerja hari ni (Sabtu) sebenarnya saya dah berpakat dengan suami nak pulang sebelum maghrib kerana Nur Kasih

Maghrib sampai di rumah terus siapkan anak-anak dan tidurkan tapi semua takmo tidur sampai habis cerita Nur Kasih. Konon nak buat sup kaki lembu (sempat lagi wat balik kaki lembu dari rumah kakak) tapi tak ada pulak kapak/parang nak potong. Setakat pisau besar yang ketuk ayam tu memang bukan lawannya, jadi simpan lah dalam freezer dulu tunggu esok abang carikan lawan kaki lembu itu.

Menu hari ni Nasi putih (x jadi letak kunyit) dengan Sup Tulang Kaki Lembu

Comments

  1. kami kat NZ ni dah tak larat nak makan daging lembu. esok rasa nak makan ikan pulak. kami ambik satu bhgn niat buat aqiqah utk Hafizah.

    ReplyDelete
  2. yer la kan? meriah qurban tu yg tiada bandingan, kami time ni lah nak buat sup tulang ngan gear box sendiri.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...