Bismillah...
Pulang kampung dengan rasa yang sangat gembira dan seronok, pulang ke mari dengan rasa gembira bercampur pilu (ala-ala cerita hindustan gitu, dengan mak lah selalunya macamlah nak pergi lama... huhu sebulan 2 nanti balik lagi alahai anak mak). Jika tiada aral minggu depan mak dan ayah akan ke sini pula, adikku yang bongsu akan mendaftar di UITM. Kami yang tinggal di area KL dan Selangor akan berkumpul bila ada keluarga yang datang dari kampung inikan pula mak ayah.
Sampai di rumah sekitar jam 11 malam, susukan baby Umar terus ibu tertidur. Bangun seawal 5 pagi terus bukak pc (buang tabiat dah ni sebab dah seminggu tinggalkan buddy dan kawan2 rindu rasanya... ;-) pc dah terpasang elok, baju dah siap berbasuh, agaknya pukul berapa lah abang tidur sempat buat semua kerja dengan memunggah barang-barangselori dari dalam kereta. Satu barang pun ku tak sempat punggah, ingat nak tolong juga (percaya kah?) Seharian semalam saya seperti berjalan dengan separuh badan aje (betul, separuh lagi nak tidur aje.... tidur pun x puas juga dengan sakit badan, sakit pinggan) Abang kena beli BMW X5 macam yg Ekin Mawi bawa tu barulah tak sakit badan ni... hihi, nak balik setiap hujung minggu pun boleh
Sepanjang perjalanan balik dari Hulu Selangor - Tapah - Cameron - Gua Musang, banyak kereta yang melalui Lebuhraya PLUS, musim cuti agaknya, jam teruk pula tu di Cameron sepanjang jalan dari Brinchang ke Ringlet. Kereta mulai reda bila kami sampai di Kampung Raja. Ramai yang bercuti di Cameron musim cuti sekolah ni, keadaan sangat dingin dengan hujan renyai-renyai. Durian pun banyak sangat dijual di sepanjang Tapah ke Cameron, memang teringin juga nak berhenti dan makan tapi memandangkan banyak kereta, kesian pada yang bawa kereta, saya diam jer lah. Bertolak sekitar jam 9.30 pagi, abang Jumaat di Tanah Rata dan sampai di Masjid Gua Musang sekitar jam 6! Fuh sepatutnya dah sampai rumah dah ni.
Kepada semua yang mendoakan kami ucapkan terima kasih, Alhamdulillah sudah sampai ke mari dengan selamatnya.
Pulang kampung dengan rasa yang sangat gembira dan seronok, pulang ke mari dengan rasa gembira bercampur pilu (ala-ala cerita hindustan gitu, dengan mak lah selalunya macamlah nak pergi lama... huhu sebulan 2 nanti balik lagi alahai anak mak). Jika tiada aral minggu depan mak dan ayah akan ke sini pula, adikku yang bongsu akan mendaftar di UITM. Kami yang tinggal di area KL dan Selangor akan berkumpul bila ada keluarga yang datang dari kampung inikan pula mak ayah.
Sampai di rumah sekitar jam 11 malam, susukan baby Umar terus ibu tertidur. Bangun seawal 5 pagi terus bukak pc (buang tabiat dah ni sebab dah seminggu tinggalkan buddy dan kawan2 rindu rasanya... ;-) pc dah terpasang elok, baju dah siap berbasuh, agaknya pukul berapa lah abang tidur sempat buat semua kerja dengan memunggah barang-barang
Sepanjang perjalanan balik dari Hulu Selangor - Tapah - Cameron - Gua Musang, banyak kereta yang melalui Lebuhraya PLUS, musim cuti agaknya, jam teruk pula tu di Cameron sepanjang jalan dari Brinchang ke Ringlet. Kereta mulai reda bila kami sampai di Kampung Raja. Ramai yang bercuti di Cameron musim cuti sekolah ni, keadaan sangat dingin dengan hujan renyai-renyai. Durian pun banyak sangat dijual di sepanjang Tapah ke Cameron, memang teringin juga nak berhenti dan makan tapi memandangkan banyak kereta, kesian pada yang bawa kereta, saya diam jer lah. Bertolak sekitar jam 9.30 pagi, abang Jumaat di Tanah Rata dan sampai di Masjid Gua Musang sekitar jam 6! Fuh sepatutnya dah sampai rumah dah ni.
Kepada semua yang mendoakan kami ucapkan terima kasih, Alhamdulillah sudah sampai ke mari dengan selamatnya.
alhamdulillah selamat sampai...mmg sakit badan lau lelame dok lam kate..lagi2 perjalanannyer jauh..hu3.satu hari nant dapat ler kate cam mawi tu..he3.insyaAllah..
ReplyDeleteAlhamdulillah. wat gapo cuti lamo2 di kg hr tu?
ReplyDeleterosma Amin
ReplyDeletenuradyani balik sambil bercuti dan rehat ;)
lama dah tak dtg komen.. bz la.. by d way, alhamdulillah....
ReplyDelete