Skip to main content

KENDURI NASI AYAM GEMAS


Semalam kami sempat ke Seremban untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin kawan sepejabat dahulu. Sungguh meriah dengan warna tema merah dapatlah saya berjumpa dengan kawan-kawan lama . Cepatnya masa berlalu, hampir 2 tahun ditinggalkan rasanya seperti baru semalam... aih tak ingat ke anak pun dah besar. Bertolak sekitar jam 11 pagi sampai di rumah pengantin hampir jam 2. Sesat berpusing-pusing sebab tidak jumpa landmark yang diberikan
Nasi Beriyani yang menjadi santapan para tetamu sangat menyelerakan, abang ambilkan nasi untuk ibu sebab ibu pegang anak kecil nanti dia colek lauk ngan tangan kan susah pula kami. Baik betul baby umar masa ibu makan duk hisab buah oren kalau tidak habis tumpah nasi ibu tangannya memang x boleh duk diam. Alahai sedapnya nasi, saya marah abang letak nasi kat saya sikit dah banyak dah sebenarnya atau abang nak ibu diet, sedangkan ibu ini sentiasa makan banyak huhu. Rasa macam nak tambah tapi saya malu sebab ramai tetamu yang datang duk beratur takkan saya nak pegi beratur dengan bawa pinggan yang dah ada tulang ayam... Hakim macam biasa kalau makan nasi yang berwarna, memang dia makan nasi kosong sahaja. Habis satu pinggan, sedap lah tu atau mungkin sebab lapar, kami cuma makan pagi tadi jer kat rumah. Aiesyah pula taknak makan "tak sedap nasi ni, Aiesyah taknak" bukan maksud Aiesyah nasi yang dimakan itu tak sedap, tapi memang begitu lah gaya cakapnya, mesti ada alasan yang munasabah.

Lepas beredar dari rumah pengantin kami ke Senawang rumah sepupu abang. Sepupunya itu asyik sangat duk bercerita tentang Nasi Ayam Warisan Gemas yang dibuka di Dataran Senawang. Sebab gaya ceritanya tu macam best sangat, kami pun nak lah cuba. Jom....

Jika anda tahu lokasi Dataran Senawang, maka sangat senang mencarinya, Restoran Nasi Ayam Gemas ini berada di belakang bangunan Maybank. Saya pertama kali sampai ke sini, besar dan meriah juga Dataran Senawang ni, parking pun senang dan percuma. Suasana di dalam restoran sungguh menyamankan dengan rona hijau yang menyejukkan mata memandang.  Anda boleh pilih untuk makan di luar (open air) atau di dalam (air-cond). Kami sudah semestinya di dalam, baby saya akan berpeluh bila saya makan kerana dia dipegang kemas dan tidak boleh bergerak bebas. Takkan saya nak lepaskan dia meniarap di atas meja pula..hehe (ibu lagi berpeluh makan sambil pegang anak)

Kami sampai ke sini sekitar jam 5 petang, perut pun dah lapar, sampai jer nasi ayam, kami terus santap sampai lupa nak ambil gambar. Padahal kamera dah letak atas meja, punya lah.... sebelah tangan pegang anak sebelah makan (ibu-ibu beranak kecik yang masih tak pandai duduk sendiri sure terror buat kerja guna sebelah tangan aje) "Aiesyah lapar ni Aiesyah nak makan nasi" maknanya dia memang nak makan .. lapar dah tu sbb tadi tak makan. Hakim pula habis satu pinggan, macam biasa makan nasi ayam kosong sahaja tanpa kuah dan ayam. Saya ni belum lagi dinaiktaraf sebagai blogger tegar kan? Isk..isk kesian pada anda yang nak tengok... ini jer yang sempat di ambil...

Lorr.. dah habis licin baru teringat nak snap gambar.. ya ampun! Nasi dan sup dia berbeza sikit dengan nasi ayam yang pernah saya makan sebelum ini, nasi lebih kuning berbanding nasi ayam yang biasa, sup lebih pekat dan rasa macam sup tulang pun ada... jika anda datang berkeluarga pasti ayam dihidang dalam satu bekas dan banyak menimbun ayamnya, memang lebih banyak dari biasakah atau sebab ada timun kat bawah ayam itu? (kami baru perasan ada timun lepas ayam dah nak habis.. hehe mula saya ingat memang tak ada timun) mmmm..... kalau markah penuh 5 bintang, saya bagi 4 bintang! Kalau anda tengok pinggan kosong kat depan belah kanan itulah hasil santapan Hakim, tiada sebiji pun nasi yang tinggal... good job!

Hasil sembang-sembang saya dengan 'orang kuat' restoran ini memang sangat mengujakan saya. Jika anda minat untuk berniaga makanan dan ada modal, lakukan aje... anda mampu menjadi jutawan dalam masa setahun!....isk jelesnya saya!

Comments

  1. selamat pengantin baru kpd kawan k.anie..smg kekal hingga akhir hayat..amin.

    ReplyDelete
  2. tq rosma kenal ke pengantin tu? ucapan tu akak tolong baca aje la yer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...