Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.Gerhana Matahari separa dijangka berlaku hari ini Jumaat 15 Jan'2010 bermula jam 3.01 petang. Bagi yang beragama Islam digalakkan melakukan solat Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan sebagai tanda kebesaran Allah dan ini jarang-jarang berlaku.
Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli, sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan, kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...
xsempat nk tgk gerhana m/hari separa td..hu3 sungguh rugi...
ReplyDeletecantekkk
ReplyDeleteTAk dapat tengok lah kak wan. Takda cermin mata gelap.. huhuhu melepas tuk tengok Gerhana matahari lagi... Tak pernah tengok LIVE pun g... huhuhu
ReplyDeleteTgk kat TV ngan on9 aja... huhuhu
bukan senang nak lihat... akak pun x dpt tengok, next time kena la pergi tempat yg sepatutnya utk melihat sendiri secara live :D
ReplyDelete