Menjadi pendengar yang baik adalah salah satu cara Komunikasi Berkesan. Agak sukar untuk menjadi pendengar yang baik jika kita tidak tahu bagaimana caranya. Faktor ini boleh menyumbang kepada keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Amat penting untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak juga, jangan cepat menghakimi dan memberi tindakbalas atas apa yang diceritakan oleh anak sedangkan mereka hanya mahu kita mendengar.
1. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan
2. Berikan perhatian sepenuhnya
3. Lihat tepat ke dalam anak matanya
4. Anggukkan kepala sebagai tanda gerak balas
5. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya..... ya... haah.. hoho" dan sebagainya
6. Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya
7. Ubah mimik muka mengikut perkara yang dicakapkan. Jangan pula kawan sedang cerita sedih, kita senyum... :)
8. Elakkan daripada mengkritik
9. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai
10. Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda kita mendengar dengan penuh minat
11. Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda kita faham ataupun bagi memastikan apa yang kita faham itu betul.
Perlu dipraktikkan sehingga menjadi tabiat. InsyaAllah bila menjadi pendengar yang baik, maka perhatikan bagaimana mereka di sekeliling mula mengutamakan kita. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan kita rakan karib mereka. Orang bawahan mula menghormati kita sebagai ketua. Begitulah kesannya apabila kita menjadi pendengar yang baik. Sama-sama kita praktikkan.
2 sebab utama kenapa kita mesti menjadi pendengar yang baik. Pertama, kita mempelajari apa yang kita tidak tahu hanya selepas kita sanggup mendengar. Kedua, manusia mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baikBerikut adalah tips menjadi pendengar yang baik:
1. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan
2. Berikan perhatian sepenuhnya
3. Lihat tepat ke dalam anak matanya
4. Anggukkan kepala sebagai tanda gerak balas
5. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya..... ya... haah.. hoho" dan sebagainya
6. Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya
7. Ubah mimik muka mengikut perkara yang dicakapkan. Jangan pula kawan sedang cerita sedih, kita senyum... :)
8. Elakkan daripada mengkritik
9. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai
10. Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda kita mendengar dengan penuh minat
11. Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda kita faham ataupun bagi memastikan apa yang kita faham itu betul.
Perlu dipraktikkan sehingga menjadi tabiat. InsyaAllah bila menjadi pendengar yang baik, maka perhatikan bagaimana mereka di sekeliling mula mengutamakan kita. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan kita rakan karib mereka. Orang bawahan mula menghormati kita sebagai ketua. Begitulah kesannya apabila kita menjadi pendengar yang baik. Sama-sama kita praktikkan.
Salam ziarah.
ReplyDeleteSaya selalu mencoba untuk menjadi pendengar yang baik;-)
untuk situasi jika salah seorang asyik bercakap sahaja tanpa henti, seorang lagi perlu ubah taktik agar bukan seorang sahaja kuasai keadaan,kang nanti boring pula, asyik sangap saja ;D
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekdg2 sbg ibu, saya ni tak jadi pendengar yg baik utk anak2 lebih2 lg bila sibuk dgn kerja2 rumah.
Ust. Cahaya: InsyaAllah sama2 lah kita
ReplyDeleteMas: betul3... kalu kita cakap yg duk dengar tu xde interaksi pun x best kan?
Nur: sama lah kita...
saya mmg pendengar yg baik.. sebab tak reti nak byk ckp.. hehehe...
ReplyDeleteo ye ke umiharizahin... mmmm mesti husband banyak cakap ek? selalu isteri yg potpetpotpet
ReplyDeleteassalamualaikum wan. kakchik setuju benar dengan tulisan wan ni. menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar sebenarnya jika orang yang bercakap dengan kita juga memandang kita semasa bercakap dengan kita. komunikasi akan lebih berkesan apabila kita boleh dengar dengan baik dan lihat dengan baik.
ReplyDeletep/s: harap wan izinkan untuk kakchik salin tips yang tersenarai tu.
waalaikummussalam... k.chik, boleh k.chik silakan... sharing is caring :)
ReplyDelete