Skip to main content

Nasi Dagang

Pagi ni saya masak pulut kuning dengan gulai ayam, sudah beberapa hari Hakim dan Aiesyah duk minta ibu buatkan 'nasi kuning'. Kali pertama saya masak pulut kuning pada Hari Raya Haji yang lepas. Ibu masak agak lewat dan tak sempat Hakim nak bawa bekal pulut kuning ke Taska.


Pada Ahad yang lepas saya masak nasi dagang bagi tujuan potluck Gathering, ini merupakan nasi dagang ke-3 saya buat 100%.  Saya ingin sangat berkongsi dengan anda semua resepi Nasi Dagang versi comellote :D manalah tahu kut2 ada yang nak cuba masak Nasi Dagang kan? Saya pun masih belajar juga jadi ada bahan yang saya agak2 sesedap rasa jer letak.

Bahan-bahan Nasi:
1. Beras nasi dagang - direndam sekejap sebelum dikukus dalam 10-15 minit
2. Bawang merah - dihiris halus
3. Halia - dihiris halus
4. sedikit halba
5. Air masak
6. Santan pekat - di masak dengan api perlahan dan diletakk sedikit garam

Bahan-bahan Kuah Ikan (Gulai ikan)
1. 1kg Santan pekat
2. 5/6 gelas air
3. 6 ulas bawang merah
4. 4 ulas bawang putih
5. 1/2 inci halia
6. 4 inci lengkuas - blend dan ambil airnya
7. Ketumbar dan Jintan Manis - diblend dan diambil airnya
8. Rempah gulai (saya guna Rempah Gulai cap Bunga Ros)
9. Sediki Rempah Masak cap Bunga Ros
10. Cili giling
11. Nisan / Gula Melaka
12. Kerisik

13. Ikan Tongkol yang direbus dengan lengkuas, asam keping dan garam


Cara-Cara:
Ikan direbus dengan hirisan lengkuas, asam keping dan garam kasar sehari sebelum masak kuah

Untuk Kuah; masukkan bahan-bahan 1-10 sehingga kuah mendidih dan naik minyak (adalah dalam 1-2 jam gitu masaknya, lagi lama lagi bagus) kemudian masukkan bahan 11 dan 12, asam keping dari ikan kukus dimasukkan dalam kuah. Bila dah sebati semua, kecilkan api dan masukkan ikan rebus dan garam jika perlu (sebab ikan dah masin). Bila rasa kuah dah sebati dalam ikan barulah tutup api. Letakkan cili padi merah untuk bangkitkan rasa dan aroma.


Masak Nasi;
Toskan beras yang telah direndam, masukkan dalam periuk dan kukus selama 30-40 minit, angkat dan alihkan nasi ke dalam besin /periuk lain untuk di gaul dengan air sedikit demi sedikit. Nasi dikukus semula. Bila nasi dah masak angkat dan alihkan, gaul dengan santan pekat hingga sebati. Kemudian masukkan hirisan bawang, halia dan halba.

 
Pada yang tak makan ikan tongkol (saya selalu gunakan ikan tongkol Hitam isinya lebih lembut dan sedap) boleh diganti dengan ikan tenggiri dan juga boleh dimasukkan telur rebus dalam kuah. Orang Terengganu juga makan gulai ikan ni dengan nasi kunyit atau mak saya panggil Nasi Temboli (saya tak pasti ejaannya tapi sebutan lebih kurang macam tu ler...) :)


Comments

  1. salam wan,

    saya dah lama nk buat nasi dagang

    tapi tak terbuat juga

    nanti nak cuba resepi wan

    ReplyDelete
  2. nyum2.... nak try gak la nti.. (saya tak reti masak apa jenis makanan pun)

    ReplyDelete
  3. Anie wat nasi dage berah pulut putih. sy berehi hok warno purple.

    ReplyDelete
  4. kak temp. housewife : akak ckp apa tu? tak paham la.. :)

    ReplyDelete
  5. Mas, Jiha: cubalah... menjadi bagitau yer kalau tak jadi duk diam jer.. hehe :D
    Nur: Ada ore kato nasi dagang trg warna putih nasi dagang kelate warno purple, saya wat balko tengok beras mano hok ado...
    Umi: haha bahaso kelate ler tu... Umi suke ker nasi dagang?

    ReplyDelete
  6. rosma suke makan pulut kuning ngan sambal tumis ikan bilis..sedapnyer..

    ReplyDelete
  7. pandai makan nasi dagang je, buat tak pandai huhuhu...rindunye nasi dagey...hok kat klue (kluang) tok sedap mano...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...