Suatu saat dan ketika hati berasa tidak tenang
Apakah yang sebenarnya daku fikirkan
Akal berserabut dengan segala macam hal duniawi
Hati gelisah, fikiran buntu
Kadang terasa sebak di dada
Apakah sebenarnya yang berlaku
Mungkin sudah lama ayat-ayat suci Nya daku tinggalkan
Atau mungkin zikir-zikir yang tiada lagi kedengaran
Bukan sukar manapun untuk dilakukan
Jika tidak dapat setiap waktu, setiap pagi Alhamdulillah
Wahai hati yang tenang kembalilah
Sucikan jiwaku yang gundah gulana
Daku terasa kesepian tanpa rahmat dan lindungan-Mu
Ku seru nama Mu dan hayati firman Mu
Senang mengucapkan redha dan bersyukur
Tapi hakikat menerimanya sukar
Bukankah musibah diturunkan mengikut kemampuan Insan
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Ya ALLAH hanya Engkau tempat mengadu
Maha Mengetahui setiap sesuatu
Tetapkan Iman daku
Semoga sentiasa di dalam landasan Mu
Nukilan,

sejuk hati baca nukilan Anie.
ReplyDeletesalam wan anie.
ReplyDeleteindah sekali nukilannya.
terima kasih kerana mengingatkan secara tidak langsung agar kakchik selalu membaca dan menelaah al-Qur'an.
hidup kita ni macam ni lah.. ada turun naik
ReplyDeletepentingnya sahabat dan kawan tuk ingat mengingati..
terima kash nur dan kakchik :)