Bismillah
Di pagi hari Rabu ini teringin pula nak ceritakan tentang kisah penyusuan bayi. Banyak juga blog dan forum yang membincangkan tentang penyusuan ibu, kenapa saya tidak mengendahkannya dahulu ketika saya melahirkan anak yang pertama? Saya hanya menyusukan anak pertama dan kedua tidak sampai setahunjagung pun. Mungkin dahulu saya tidak sedar atau separuh sedar akan kepentingan dan khasiat susu ibu yang tidak ternilai. Saya menyusu kerana naluri keibuan saya :) ya betul, apabila bayi lahir naluri keibuan menginjak-nginjak untuk menyusukan sendiri bayi kerana ada jalinan kasih sayang yang tidak terungkap ketika itu. Saya menyusukan bayi pertama sambil menitiskan air mata kerana gembira melihat bayi selamat selepas berhempas pulas berjuang :)>-
Apa yang pasti saya memang menyedari khasiat susu awal ibu yang mengandungi colostrum baik untuk pertahanan bayi. Apabila dilahirkan sahaja, saya maklumkan kepada nurse yang saya ingin susukan anak sendiri. Alhamdulillah saya tiada masalah dengan 'bekalan' susu, mungkin sebab selera makan yang tidak pernah padam :D malah semakin berselera di dalam pantang!
Saya hanya mampu menyusukan bayi pertama dan kedua sepenuhnya sekitar 5/6 bulan sahaja, bila dah mula bekerja baru lah buat EBM untuk stok keesokan hari, kadang-kadang ada yang terlebih stok untuk lusanya pula. Begitulah seterusnya sehingga stok susu saya habis dan saya sudah ala-ala malas, mula dicampurkan dengan susu formula. Bila anak sudah 7/8 bulan saya minta suami bangun untuk bancuh susu sebab saya sudah takkuasa larat nak bangun setiap malam menyusukan anak kami. Itulah kesilapan terbesar saya dan saya masih berasa bersalah sehingga ke hari ini. Kenapa kami tidak pernah mendapat konsult daripada pakar laktasi yang ada? Kenapa tiada pun orang di sekeliling kami yang menyatakan dengan bersungguh-sungguh bahawa kami perlu menyusukan anak sepenuhnya sekurangnya setahun seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran? Mungkin inilah faktor-faktor yang menyebabkan ramai ibu tidak menyempurnakan penyusuan susu ibu, selain tiada pengetahuan dan pengalaman, tiada juga sokongan daripada keluarga terdekat dan kawan-kawan. Lebih malang jika ada ibubapa sendiri yang menggalakkan cucu mereka diberikan saja susu botol kerana bimbang cucu tidak cukup susu kerana asyik menangis setiap malam.
Jika anda ibu muda yang baru hendak menimang cahayamata atau belum menyempurnakan penyusuan susu ibu ketika anak terdahulu, maka inilah peluang untuk kita berubah. Jika dikatakan susu formula yang dijual mempunyai khasiat yang terbaik untuk anak, maka percayalah bahawa susu ibu adalah yang terbaik, tiada yang dapat menandingi. Dalam masa yang sama ibu-ibu perlu mengambil pemakanan yang baik dan jika perlu ambillah supplement yang baik untuk perkembangan dan pertumbuhan anak yang disusui. Tiada alasan untuk saya tidak menyusukan anak ke-3 ini dengan sempurna, jangan jadikan alasan bekerja untuk tidak menyusukan anak sepenuhnya. Saya kagum dengan seorang ibu yang berjaya penyempurnakan penyusuan ekslusif 2 tahun untuk semua anak-anak walaupun bekerja sepenuh masa. Boleh baca tentang khasiat susu ibu seterusnya di sini.
Di pagi hari Rabu ini teringin pula nak ceritakan tentang kisah penyusuan bayi. Banyak juga blog dan forum yang membincangkan tentang penyusuan ibu, kenapa saya tidak mengendahkannya dahulu ketika saya melahirkan anak yang pertama? Saya hanya menyusukan anak pertama dan kedua tidak sampai setahun
Apa yang pasti saya memang menyedari khasiat susu awal ibu yang mengandungi colostrum baik untuk pertahanan bayi. Apabila dilahirkan sahaja, saya maklumkan kepada nurse yang saya ingin susukan anak sendiri. Alhamdulillah saya tiada masalah dengan 'bekalan' susu, mungkin sebab selera makan yang tidak pernah padam :D malah semakin berselera di dalam pantang!
Saya hanya mampu menyusukan bayi pertama dan kedua sepenuhnya sekitar 5/6 bulan sahaja, bila dah mula bekerja baru lah buat EBM untuk stok keesokan hari, kadang-kadang ada yang terlebih stok untuk lusanya pula. Begitulah seterusnya sehingga stok susu saya habis dan saya sudah ala-ala malas, mula dicampurkan dengan susu formula. Bila anak sudah 7/8 bulan saya minta suami bangun untuk bancuh susu sebab saya sudah tak
Jika anda ibu muda yang baru hendak menimang cahayamata atau belum menyempurnakan penyusuan susu ibu ketika anak terdahulu, maka inilah peluang untuk kita berubah. Jika dikatakan susu formula yang dijual mempunyai khasiat yang terbaik untuk anak, maka percayalah bahawa susu ibu adalah yang terbaik, tiada yang dapat menandingi. Dalam masa yang sama ibu-ibu perlu mengambil pemakanan yang baik dan jika perlu ambillah supplement yang baik untuk perkembangan dan pertumbuhan anak yang disusui. Tiada alasan untuk saya tidak menyusukan anak ke-3 ini dengan sempurna, jangan jadikan alasan bekerja untuk tidak menyusukan anak sepenuhnya. Saya kagum dengan seorang ibu yang berjaya penyempurnakan penyusuan ekslusif 2 tahun untuk semua anak-anak walaupun bekerja sepenuh masa. Boleh baca tentang khasiat susu ibu seterusnya di sini.
iye la, sis... saya pun dah hampir2 putus asa melayan kerenah Zahin BF skrg nie...
ReplyDeleteSaya faham Umi sebab menyusu ini banyak cabarannya, mesti yakin dan percaya bahawa ganjaran untuk ibu lebih drpd yang kita pinta :)
ReplyDeleteAnie,
ReplyDeleteanak sulung sy Fathini pun sy tak fully BF sbb dulu kerja full time jugok. Sy campur2 dgn FM sbb yelah org2 sekeliling lebih2 lg org2 tua yg tak galakkan. alagnkah bezanya 5 thn dulu dgn skrg. Alhamdulillah anak kedua sy fully BF sampai umur Fizah 26 bln.
Alhamdulillah kan Nur, sekarang dah banyak galakan dan sokongan ttg penyusuan susu ibu, di hospital pun pun ada kelas penyusuan, ibu yang lepas bersalin diajar cara penyusuan yang betul dan sebagainya.
ReplyDelete