Bismillah
Dihari minggu begini memang senyap sunyi tiada suara langsung kat blog ni hehe, tambahan pula cuti sempena Hari Raya Cina sampai Selasa, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung atau bercuti. Kami masih di sini, tidak ke mana-mana, esok lusa belum tahu. Saya bukan tidak ada mood untuk mengupdate blog, jauh sekali... saya selalu melihat mana tahu ada komen-komen yang tersangkut, tetapi tidak ada nampaknya :'( pokok pangkal memang kena update blog sentiasa baru ada yang sudi singgah, yer lah kalu rumah dan penuh sawang siapa nak masuk... hehe :D
Hari ini kami sangat gembira di rumah membuat aktiviti bersama-sama, anak-anak mandi bersama-sama abah sementara ibu siapkan sarapan nasi lemak dengan sambal ikan (ikan masak tumis) dan telur rebus. Sekarang ini Umar dan Aiesyah sudah tidur, abah dengan Hakim mungkin sudah terlelap juga agaknya, senyap jer tuh. Seminggu ini saya sibuk menyiapkan 'sesuatu' target untuk mulakan di bulan tiga, bermakna saya cuma ada 2 minggu untuk menyempurnakannya. Saya sentiasa fikirkan sesuatu untuk dilakukan tidak kiralah untuk diri sendiri atau keluarga. InsyaAllah semoga apa yang kami inginkan dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah.
Banyak lagi perkara yang perlu diperkemaskan tahun ini dan tahun-tahun seterusnya dek kerana gagal mengawalnya di tahun-tahun yang lepas. Beberapa target yang perlu saya capai dengan perancangan saya sendiri. Untuk mencapai sesuatu kita tidak perlu mengikut orang lain, corakkan kejayaan kita sendiri yang mana kita sangat selesa dengannya. Semoga bersua lagi :)

ramai yg bercuti ye. takpe sy pun tak kemana2 sbb hubby tiap2 hr pergi ke lab utk menyiapkan xperimen.
ReplyDeletesama lah wan, saya pun tak kemana-mana
ReplyDeletekerja macam biasa
Nur: ada juga yang senasib rupanya.. hubby pun nak kerja jugak cuti2 ni
ReplyDeleteMas: Nama pun kerja sendiri kan Mas, kena bertungkus-lumus setiap hari without fail... saya pun sama :)
huhuhu..rosma pun sll gk bercuti dari berblogger...sll sgt bersawang..huhuhu
ReplyDelete