Skip to main content

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya.

Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. Jika yg nak lebih drpd jumlah buku yg ada sy akan buat cabutan, jika tak keberatan sy akan dulukan pada mereka yg selalu tinggalkan jejak di blog ni dan menjadi follower saya. Ini adalah hadiah yg x seberapa sbg ucapan terima kasih seorang sahabat :)

Memang da krem jari stop dulu

Comments

  1. salam wan anie.
    satu tawaran yang menarik membuatkan kakchik pun teringin. sudah agak lama mencari buku tersebut di merata kedai buku kat KB ni tapi katanya hanya boleh diambil free di kaunter tertentu saja.
    kalau wan anie rasa kakchik layak mendapatnya, silalah kontek melalui email ini: hanniaziz@yahoo.com

    p/s: menaip pakai hp pun boleh tahan juga pjg nya. hadiah milo fuze satu untuk wan anie.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kakchik kerana berminat.. InsyaAllah, kakchik tahu buku ni selepas baca Ke Mana Wang Anda ke? :D

    ReplyDelete
  3. wan, saya pun berminat jugak

    kalau wan rasa saya layak lah.

    pn.masayu@gmail.com

    ReplyDelete
  4. salam Anie,
    Sy berminat juga sbb sy ni jenis yg boros sikit. huhu. e-mail: nuradyani_rosly@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Anie,

    Saya berminat...tu pun kalau akak sudi bagi buku tu kat saya... ;)

    sakura_ayuni@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. salam wan :)

    re: e-ein dah 11 bulan, baru tumbuh gigi ni,umar kira advance jugak lah tu hihi

    ReplyDelete
  7. salam wan,

    Setelah sekian lama x masuk blog wan... sbb blog sendiri pun baru je sempat nak update hari ni... terbaca plak post wan pasal buku tu

    saya berminat sangat untuk memiliki buku tu.. kalau saya layak, informlah saya yer yat2022@yahoo.com...

    Tq wan. :-)

    ReplyDelete
  8. Mas: InsyaAllah

    Nur: Boleh Nur InsyaAllah, cemana nak diposkan ke Hamilton ker? :D

    Mrs. Masykur & Laman Alia (ida): terima kasih kerana berminat InsyaAllah... akan dipertimbangkan

    ReplyDelete
  9. CatlinaFly: iye ker? ingat Umar tu lewat sangat sebab kakak dan abangnya tumbuh gigi awal.... Hakim tu kuar dari perut ibu dah ada gigi :D

    ReplyDelete
  10. salam.
    menariknya tawaran ni . sy perlukan buku ni sbb sy full time housewife dan menguruskan semua perbelanjaan isi rumah. tp sy ni agak xpndai menguruskn kewangan. adakalanya terlebih budget.
    klu sy layak tuk terima, email sy iezixora15@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Anie,
    tak perlu pos sampai ke Hamilton. kalau mmg rezeki sy, sy bgla address kat msia :D

    ReplyDelete
  12. wan, buku ini sangat cantik kalau diubah semula dengan sentuhan sub artikel,

    maksudnya boleh dibuat analisis dengan menulis tips atau panduan yang lebih mudah dan boleh dikongsi dengan lebih ramai wanita dan suri rumah

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    masih ada lagi ke tawaran tu?saya berminat dengan buku berkaitan kewangan sbb tahun ini sy target utk membuat kewangan yg betul..harap2 sy dh memilikinya..
    tqs
    kalu sy layak,ini mail sy
    soutaisokudo@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. kak wan.. nak jugak buku nie.. masih ada lg ker tawarannya?

    email : kecemprenggurl@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Salam..
    Kak wan, saya harap tawaran yang tertutup tu dibuka semula.Saya memerlukan buku itu kerana saya baru berjinak-jinak dengan pengurusan kewangan berhemah.Dengan 3 anak dan kos sara hidup yang tinggi,pastinya perancangan yang tepat dapat menjamin masa depan saya sekeluarga..
    email saya:ayunie79@yahoo.com
    Terima kasih daunn keladi..

    ReplyDelete
  16. the kecemprenggurl & ayunie: sekarang stock buku ni pun dah takde lagi dengan akak, InsyaAllah kalu banyak permintaan akan diusahakan, tunggu entry baru berkaitan buku ini yer... terima kasih kerana berminat.

    ReplyDelete
  17. salam. saya juga berminat untuk dapatkan buku ini. saya baru sahaja mendirikan rumahtangga, rasanya sangat membantu dalam menguruskan kewangan keluarga.

    TQ.

    email: nur_nhr@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  18. Nur_nhr; lihat sticky entry akak berkenaan buku ni yer... tq.

    ReplyDelete
  19. salam.saya baru je dapat tau pasal buku ni..boleh mintak lagi ke?

    ReplyDelete
  20. salam k.wani,
    walau pun saya baru jer terjumpa blog akak..tapi saya amat berminat untuk mendapatkan buku tersebut....harap2 dapatlah akak tunaikan permintaan saya nie...

    ReplyDelete
  21. sori la kan wan, lupa nak bagi email... seri06@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. sgt menarik offer ni.semoga amal jariah ini membawa lebih banyak keberkatan dalam rezeki.saya sgt teringin buku ni.terima kasih.

    rezamahdami@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. Terima kasih pada semua yang memberikan komen di sini....

    Untuk makluman, Buku Wang Saku dan Belanjawan Keluarga telah habis dalam simpanan saya, InsyaAllah jika ada rezeki tahun depan....

    ReplyDelete
  24. saya baru je dtg ke sini & berminat dgn buku ni sbb sy ni xreti nak merancang...:(
    Jd saya rasa buku ni sesuai utk sy...tq

    email me: queen_vie88@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. Salam,cik wan anie,saya nak jugak lah buku nie..lama mencari..tapi tak jumpa2.edisi yang ada pada saya adalah 2008 punya.berguna betul buku nie.Kalau ada lebih, bagi lah saya satu ye.Terima Kasih.

    chefnorirna@yahoo.com

    ReplyDelete
  26. salam akak..try check2 kat kedai nk beli buku ni tp ckp abes.kbetuln blogwalking ni tsermpk ngn blok akak.jd klu bleh dn de lebih, bleh akak email kat sy?

    asfiraasra@yahoo.com

    timaceh ^_^

    ReplyDelete
  27. salam.saya pun nak juga buku mcm ni. ilmu tentang pengurusan kewangan memang sangat patut dan wajar dijadikan salah satu slot bulanan dlm mengisi waktu maghrib isyak di masjid dan surau, Dan JUGA ELOK DIJADIKAN SLOT WAJIB DALAM KURSUS NIKAH ANJURAN JABATAN ATAU MAJLIS AGAM ISLAM DI SELURUH MALAYSIA.maklumlah, banyak cerita ttg PERCERAIAN, mangsa ALONG, belia muflis, ada pulak teruna yang dah 6 tahun bekerja tapi tak kahwin-kahwin, sbb takde matlamat dlm mengurus kewangan.
    SETAKAT INI saya masih MENCARI peluang menghadiri seminar pengurusan kewangan. tak dapat hadiri kursus, dpt buku "itu" pun jadilah sbg pendahuluan "penghilang dahaga".

    springdelta@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. Masih ada lagi ke buku ni? Dah lama saya mencari.

    ReplyDelete
  29. sama la. saya pun duk mencari buku ni setelah membaca buku Kemana wang anda? oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.

    syausj@gmail.com

    ReplyDelete
  30. Buku perancangan kewangan tu masih ada ke? Kalau ada minta emel saya di alamat emel :

    fazmi.bprich@gmail.com

    Terima kasih =) =) =)

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum. Buku perancangan kewangan itu masih ada ke? Saya pun mengtahuinya dari buku ke mana wang anda.:-) kalau ada lagi, harap boleh emailkan kepada saya di utrujah05@yahoo.com ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...