Aiesyah sudah genap 3 tahun hari ni........
Ramai keluarga kami yang lahir bulan June, bermula dari Umar, abah, Aiesyah hari ni, kakak ibu, mak dan ayah ibu. Kami plan nak buat sambutan juga tahun ni secara kecilan tapi tidak berkesempatan, InsyaAllah ada rezeki kami nak balik kampung bulan depan dan adakan sedikit jamuan di sana bersama tok che' dan tokki.
Aiesyah anak ibu yang comel lote ni selamat dilahirkan pada 21 Jun 2007, 2 hari lebih awal dari duedate dan pada hari check up. Sudah terasa ombak-ombak contraction pada pagi Khamis hari tu, memandangkan check up pukul 11am jadi ibu bersiap dalam pukul 8 sampai hospital pukul 9 pegi makan dulu kenyang2 pastu baru gi jumpa dr dalam kul 10. Masa check up dr cakap bukaan dah 4cm, terus jer suh masuk labour room.
Dari awal mengandung sehingga minggu ke-38 kedudukan bayi berubah-ubah, risau juga bila dr cakap kedudukan anak songsang, walau anak kecil pun jika songsang, dr terpaksa caeser. Itu yang dr cakap sebab sejarah anak sulung berat 4.3kg. Alhamdulillah semuanya normal dan berjalan dengan baik sekali.
Anak perempuan pertama kami, bunga penyeri taman keluarga kami.
Kesan bintik-bintik merah yang mulanya ibu ingatkan ruam rupanya adalah ekzema yang berterusan malah semakin teruk sehingga Aiesyah 2 tahun. Pelbagai cara, pelbagai ubat, pelbagai ikhtiar yang kami lakukan namun keadaan tetap tidak berubah, ini adalah sedikit ujian kepada kami.
Lihat gambar-gambar lain di sini.
Hari-hari kami tiada lagi indah tanpa suara nyaring dan halus Aiesyah, nyanyian yang sering menghiburkan kami, keletah manja yang mencuit hati kami. Anak yang rajin, membantu dan menolong apa sahaja bila diminta sehingga kadang-kadang jadi mangsa buli abang. Aiesyah bijak mengatur cerita, suka berbicara, ada sahaja idea dan jawapan bila di tanya, bila tersenyum nampak lesung pipit di pipi.
Walau nampak lebih serius di luar dengan orang yang tidak dikenali tapi Aiesyah sangat mudah mesra. Bila berjaya buat sesuatu Aiesyah akan cakap "Aiesyah hebat!" Ya memang Aiesyah hebat, Aiesyah good girl!
Membesar dengan riang wahai anak-anakku, ibu dan abah doakan kalian menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin.
Ramai keluarga kami yang lahir bulan June, bermula dari Umar, abah, Aiesyah hari ni, kakak ibu, mak dan ayah ibu. Kami plan nak buat sambutan juga tahun ni secara kecilan tapi tidak berkesempatan, InsyaAllah ada rezeki kami nak balik kampung bulan depan dan adakan sedikit jamuan di sana bersama tok che' dan tokki.
Tepi longkang jugak dia nak posing :)
Dari awal mengandung sehingga minggu ke-38 kedudukan bayi berubah-ubah, risau juga bila dr cakap kedudukan anak songsang, walau anak kecil pun jika songsang, dr terpaksa caeser. Itu yang dr cakap sebab sejarah anak sulung berat 4.3kg. Alhamdulillah semuanya normal dan berjalan dengan baik sekali.
Hari kelahiran 21/6/2010
Sehari selepas kelahiran
Kesan bintik-bintik merah yang mulanya ibu ingatkan ruam rupanya adalah ekzema yang berterusan malah semakin teruk sehingga Aiesyah 2 tahun. Pelbagai cara, pelbagai ubat, pelbagai ikhtiar yang kami lakukan namun keadaan tetap tidak berubah, ini adalah sedikit ujian kepada kami.
Lihat gambar-gambar lain di sini.
Hari-hari kami tiada lagi indah tanpa suara nyaring dan halus Aiesyah, nyanyian yang sering menghiburkan kami, keletah manja yang mencuit hati kami. Anak yang rajin, membantu dan menolong apa sahaja bila diminta sehingga kadang-kadang jadi mangsa buli abang. Aiesyah bijak mengatur cerita, suka berbicara, ada sahaja idea dan jawapan bila di tanya, bila tersenyum nampak lesung pipit di pipi.
Walau nampak lebih serius di luar dengan orang yang tidak dikenali tapi Aiesyah sangat mudah mesra. Bila berjaya buat sesuatu Aiesyah akan cakap "Aiesyah hebat!" Ya memang Aiesyah hebat, Aiesyah good girl!
Membesar dengan riang wahai anak-anakku, ibu dan abah doakan kalian menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin.
happy birthday aiesyah...semoga membesar sebagai anak solehah utk ibu & ayah..dan jadik serikandi islam sebagaimana Aisyah R.A...amin
ReplyDeleteterima kasih MamaYatie.... iyer biar jadi sekuat Aiesyah, penyebar kebaikan
ReplyDeleteselamat ulang tahu ke-3 aiesyah! semoga membesar sebagai juara anak yang solehah, taat ibu ayah juga patuh pada Allah dan rasul. cute la, ada lesung pipt.
ReplyDeleteterima kasih kakchik bagi pihak aiesyah... :D
ReplyDeletehepi besday aiesyah.. comel nya ade 2 lesung pipit...
ReplyDelete