Ibu melahirkan Muhammad Amirul Hakim 5 tahun lepas pada 03 Mei 2005 di Hospital Jerteh, Besut, Terengganu. Perancangan asal nak bersalin di Hospital Selayang, walaupun sudah 7 hari overdue dari tarikh asal tiada tanda-tanda melahirkan, bila terasa senak ibu ajak abah ke hospital untuk buat pemeriksaan, maklumlah anak sulong tak tahu nak bezakan contraction biasa dengan contraction hendak melahirkan :D
Bila dr cek, belum ada tanda dan bukaan hanyalah 1cm, dr minta kami pulang dan datang untuk admit keesokan hari untuk induce. Akibat takut bila dengar dr cakap nak induce, kami bertekad untuk pulang ke kampung malam itu jugak. Ni kalu terberanak dalam kereta... apa kes?
Alhamdulillah sampai di rumah pagi 1 Mei 2005 dengan selamat, berehat dan makan angin di pantai ke pasar cari segala benda yang teringin nak makan. Abah pun dah apply cuti seminggu sebab jangka ibu dah bersalin waktu tu.... haha.
Keesokannya 2 hb ibu dah perasan ada keluar tanda lendir bercampur darah sedikit tapi tak ada rasa sakit langsung, mak cakap belum lagi anak sulong lambat prosesnya. Kami ke pasar Kuala Besut, turunkan mak dan pergi buat check up kat klinik kesihatan berdekatan, misi (nurse) cakap bukaan 4cm minta terus ke hospital. Ingat sempat nak pergi pasar kejap tapi misi suh naik ambulance tak bagi balik.... alahai.
Sempat merasa naik ambulance, masa dalam ambulance tu baru ibu rasa contraction kuat dan sakit. Abah ikut dari belakang, sempat singgah ke rumah amik segala keperluan untuk bersalin. Semalaman di Hospital Jerteh tidak boleh tidur sebab contraction kuat dan sakit, berjalan keliling katil sambil baca surah Yasin, dan doa serta ayat selusuh yang mak ajarkan pada ibu.
Keesokan pagi 3 Mei lepas bersarapan dengan roti 2 keping bersama telur masak separuh dan air teh, dr cek bukaan dalam 6cm dan minta bersiap masuk ke labour room. Sebelum ke labour room ibu suh abah belikan nasi berlauk bekalan perut sebab tak berapa nak kenyang makan roti (tengah sakit-sakit makan boleh tahan lagi tu...). Dah kenyang baru masuk labour room, lepas sejam dr pecahkan air ketuban, lepas tu sakitnya YaALLAH memang tuhan saja yang tahu. dari pagi ibu bertarung nyawa (memang ingat mati dah masa tu) kul 7 baru lah Hakim keluar, terbelit tali pusat dan sudah kebiruan sebab lama sangat bertarung nak keluar. Alhamdulillah mengalir air mata bila dengar Hakim menangis. lepas cuci misi letakkan hakim atas dada ibu, abah ambil wudhuk dan azankan hakim.
Lepas misi dah cuci dan mandikan dengar misi tu cakap "wah patutlah susah nak keluar berat 4.32kg" bila ibu nak ambil untuk disusukan, misi cakap baby awak ni dah nak tumbuh gigi, baru ibu perasan, gusi belah bawah hakim dah putih, memang betul nak tumbuh gigi. Memang satu keajaiban seolah mimpi menjadi kenyataan bila ibu beritahu kawan ibu yang ibu bermimpi baby ibu keluar dah ada gigi.
Kini Hakim telah 5 tahun, terasa baru sahaja ibu menyusukan, terasa baru sahaja tangisan ibu dengar, terasa baru belajar bertatih..... ibu berdoa semoga Hakim menjadi anak yang baik akhlaknya, menghormati ibuabah dan orang tua, lembut dalam budibicara, menjadi anak yang soleh dan contoh kepada adik-adik.

Selamat Hari Lahir lil Hakim..
ReplyDeleteMoga menjadi seperti indahnya nama yang diberi.. :)
Selamat hari lahir abg Hakim..semoga jadi anak yg soleh utk ibu & abah, contoh yg baik tuk adik2 & mujahid sejati tuk agama.Insyaallah..
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Hakim, moga jadi anak yang soleh ;D
ReplyDeleteterima kasih ummumishkah, MamaYatie dan Mas...
ReplyDeleteibu tolong jawab bagi pihak hakim :D
Selamat HAri Lahir utk Hakim. Anie, nanti pergi ke 1SK-MBP Family Day tu? Kalau pergi cari sy kat tgkt 2 bhgn aktiviti utk kanak2 ye.
ReplyDeleteInsyaAllah Nur, ada rezeki boleh kita jumpa....
ReplyDelete