Assalamualaikum,
Di petang begini jika dapat minum teh dengan keropok lekor panas-panas mesti nyaman kan.... jika ada keropok lekor Tok Beng lagi best!
Umar sudah dibuai mimpi selepas rengekan demi rengekan tadi, hakim dan aiesyah pula bermain basikal di luar bersama kawan-kawan, ibu mencari teman bicara di sini, sunyi rasanya bila partner tiada di sisi. Abah ada kursus sekarang ni, alangkah bagus jika kami berdua bekerja sendiri, InsyaAllah suatu hari nanti Working At Home Parent.
Bila-bila nak bercuti, balik kampung, atau shopping tidak ikut masa kerja lagi semuanya diatur mengikut jadual kami sendiri. Jika ibu yang bekerja sendiri ini beriya nak ke mana-mana tidak jadi juga jika abah tidak dapat cuti atau terpaksa bekerja.
Walaupun agak kelam kabut dengan karenah anak bertiga tanpa abah ni tapi ibu tidak ada masalah, InsyaAllah anak-anak ibu semua bagus, mendengar cakap dan boleh bertolak ansur. Kelakar tadi bila tengok hakim dan aiesyah bermain bersama, hakim menjadi kuda tunggangan dan aiesyah seperti puteri yang menunggang kuda, bermain dan bergelak ketawa... apalagi yang anak-anak berasa lebih gembira daripada itu?
Rindu pula pada abah, jika di waktu begini selalu abah akan melayan anak-anak bermain basikal atau bermain bola. Urusan baju juga pasti sudah beres, sebab abah sangat rajin membantu urusan kain baju. Malam semalam sebelum tidur sempat lagi abah mencuci semua diapers kotor, pagi ni ibu bangun wah sudah siap di cuci, tinggal nak dijemur sahaja itupun abah juga yang buat. Bab masukkan insert dalam cd pun abah juga yang rajin, ibu tahu amik yang dah kemas dalam almari jer.
Malas kah seorang isteri jika suaminya banyak membantu? Mungkin sebab abah kurang arif bab masak-memasak jadi bab cuci-mencuci abah banyak tolong. Jika nak harapkan isteri lakukan semuanya boleh bertukar jadi superwoman agaknya. Suami isteri tidak perlu berkira bab kerja rumah nama pun berkongsi hidup, dulu ibu pernah nak buat jadual kerja rumah macam belajar kat sekolah dulu..... tapi tak gamak pula lagipun biar lah apa sahaja yang abah nak lakukan pun Alhamdulillah, apa yang abah buat lebih daripada apa yang ibu expect sebenarnya.
Pujilah jika suami bantu walaupun kerja yang kita anggap remeh temeh. Sentiasa slow talk terutama waktu sebelum tidur, minta pandangan dan bantuan. Kadang-kadang suami tidak respons bila ditanya tapi InsyaAllah jika kita cakap dengan ikhlas, kita akan lihat perubahannya nanti. Berdoalah supaya suami sentiasa ringan tulang dan kuatkan ikatan kasih sayang kita sekeluarga, InsyaAllah.

Comments
Post a Comment