Feb 6, 2010

Jika ke Terengganu, Jangan Lupa Kepok Lekor Tok Beng

Jika orang Terengganu pasti tahu dengan 'keglemeran' Kepok Lekor Kampung Bukit Tok Beng atau nama singkatan Kepok Lekor BTB. Pasti berbaloi-baloi jika anda membelinya walaupun terpaksa beratur hampir sejam semasa peak hours. Kerepok Lekor nya memang berasa ikan habis dan sedap dimakan begitu sahaja! Kepok BTB ini dibentuk bulat dan panjang lebih besar daripada kerepok losong yang diketahui umum. Makan kerepok rebus sewaktu panas sebatang pasti tak cukup.... :)

Kami jika balik kampung memang tak lepaskan peluang untuk singgah ke sini, jika taknak beratur buatlah pesanan awal melalui telefon. Mudah sahaja nak cari lokasi Kepok Lekor BTB ni yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng, jalan nak ke Seberang Takir. kedai kerepok ni terletak berhampiran dengan Kedai Air Buah Gelas Besar. Jika tahu lokasi Stadium Sultan Mizan yang runtuh haritu, memang dah dekat sangat dah tu.

Teringin nak makan kepok lekor cubalah singgah dan beli di sini, pasti melekat ;;) Jangan pergi lewat petang mungkin kedai sudah ditutup. Dulu kami suka juga ke Kedai Air Buah Gelas Besar (dibuka petang ke malam) kerana air buah yang sedap dan murah. Sebut sahaja air buah apa yang nak selalunya tidak menghampakan, ciku, kiwi, durian, durian belanda semua daripada buah sebenar bukan perisa. Pernah kami minum air gelas paling besar, dikongsi bertiga dan gelasnya berbentuk boot, tapi sekarang ni tak tahulah sebab dah bertahun tak ke sana. Hajat nak minum di situ pada cuti baru ni tak kesampaian sebab kedai tutup.

Jika ke Terengganu jangan lupa yer singgah di Kampung Bukit Tok Beng dan mencuba Kerepok Lekor BTB ni....

11 comments:

  1. huhuhu rosma lum sampai g terengganu..sape nk bawakkan??

    ReplyDelete
  2. rosma alahai kesiannya.... jom ler akak bawakkan tunggu akak jadi terengganu tourist guide ;)

    ReplyDelete
  3. sedapnya wan

    tiap kali balik, kepok lekor memang mesti beli

    ReplyDelete
  4. memang sedap kepok lekor ni.. rasa ikan asli. hari tu abang dtg umah bawakan kepok lekor bkt tok beng ni lah... puas hati dapat mkn! :)

    ReplyDelete
  5. Masayu: mmm memang sedap... memang tidak lepaskan peluang untuk beli banyak-banyak dan bekukan dalam freezer, sebulan lebih pun masih boleh dimakan

    abu mishkah: betulx3... kepok lekor BTB antara kepok lekor yang paling sedap dan murah :)

    ReplyDelete
  6. Anie buat sy terliur ni. lama tak mkn keropok lekor. huhu

    ReplyDelete
  7. Nur.. terliur ker? cepat2 lah balik mesia... :)>-

    ReplyDelete
  8. kopok lekor...makanan yg tak pernah saya jemu...

    ReplyDelete
  9. sirna, CatlinaFly: betul...x3 :D

    ReplyDelete
  10. terliur air liur masa membaca... kepok leko and air buah yang mcm2 ada.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails