Skip to main content

Tiada Update Tentang Makanan hari ni

Boleh pulak buat tajuk camtu...? Sebenarnya ibu puasa hari ni sebab tu tak mahu lah cerita pasal makanan... ada jugak dalam draft tu nak bagi resepi asam pedas rasa sayang ibu... haha asam pedas paling simple di alam semesta

Alhamdulillah dapat teruskan puasa yang masih berbaki, minta diberi kekuatan oleh Allah untuk menghabiskan sebelum datangnya Ramadhan. Bila ibu puasa sudah tentu abah pun kena puasa sama, puasa pun nak berteman baru meriah bila berbuka... anak-anak akan join berbuka skali lagi lah meriah. Pahala pun InsyaAllah sama-sama dapat di bulan Rejab penuh keberkatan ni.

Sebelum tu nak bagitau kalau ikutkan bulan Hijrah, semalam dah genap usia perkahwinan ibu dan abah 7 tahun, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami dalam perjalanan menuju rahmat dan redha Allah S.W.T.

Gembira betul bila semalam cikgu nursery tempat Umar dan Aiesyah belajar dan dijaga beritahu ibu bahawa anak-anak ibu sungguh baik dan sangat mudah dijaga, tiada masalah langsung. Bukan lah untuk menunjuk tapi setiap ibu inginkan anak-anak yang sentiasa well behave kan? Walau apa situasi anak jangan lah mengherdik dan memarahi kerana itu bukan didikan tapi kerana amarah.

Gambar sekadar hiasan - ihsan Google

Bila kita rasa 'marah' dengan perbuatan atau ragam anak, jangan terus berkata, kunci mulut sekejap, fikirkan tindakan yang sebaiknya dan ingatkan diri sendiri bahawa kita mahu mendidik anak-anak kerana Allah. InsyaAllah tindakan susulan pasti lebih baik daripada tindakan yang melulu.

Semalam sewaktu beli Yong Tau Fu (lagi sekali?) saya lihat ada kanak-kanak usia 4 tahun duduk di dalam walker, makan dengan tidak sesempurna rakan seusianya yang lain di dalam van menunggu ayahnya berniaga. Hati saya luluh dan terlintas di fikiran saya "Alhamdulillah Ya Allah, anakku semua sihat dan sempurna, tabahkanlah hati ayah ini"

Saya bertanya tentang keadaan anaknya itu, ternyata ayah ini memang sangat kuat dan tabah, setabah anak kecil itu, kerana ramai anak seperti ini yang tidak mampu duduk apalagi makan menggunakan tangan sendiri. Ayah ini bercerita dengan tenang seakan redha dengan kehendakNya, sekarang anak kecil itu sentiasa diberikan rawatan terapi untuk menguatkan otot-otot badan supaya dapat berdikari suatu hari nanti, saya doaka dan kita sama-sama doakan. Amin

Comments

  1. ye la Wan kdg2 bila kita penat asyik kuar je ayat yg tak sepatutnya tapi kemudian rasa nyesal la pulak... huhuhuh...

    ReplyDelete
  2. Pnut,

    Anak memang kena sabar... tu yg kadang2 dengar anak sebut macam2 atau marah kat adiknya, padahal dia ikut kita :D

    ReplyDelete
  3. memang mendidik anak dgn kesabaran.. kakyong sendiri akui, tak punya kesabaran yg tinggi... tp bila melihat org lain boleh sabar.. kenapa tidak kita.. anak2 ni acuan kita kan..

    ReplyDelete
  4. kakyong, sebab tu ibu ni tinggi darjatnya kan... sebab sabar pun kena tinggi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...