Skip to main content

3 Tahun Telah Berlalu

Aiesyah sudah genap 3 tahun hari ni........

Ramai keluarga kami yang lahir bulan June, bermula dari Umar, abah, Aiesyah hari ni, kakak ibu, mak dan ayah ibu. Kami plan nak buat sambutan juga tahun ni secara kecilan tapi tidak berkesempatan, InsyaAllah ada rezeki kami nak balik kampung bulan depan dan adakan sedikit jamuan di sana bersama tok che' dan tokki.

Tepi longkang jugak dia nak posing :)

Aiesyah anak ibu yang comel lote ni selamat dilahirkan pada 21 Jun 2007, 2 hari lebih awal dari duedate dan pada hari check up. Sudah terasa ombak-ombak contraction pada pagi Khamis hari tu, memandangkan check up pukul 11am jadi ibu bersiap dalam pukul 8 sampai hospital pukul 9 pegi makan dulu kenyang2 pastu baru gi jumpa dr dalam kul 10. Masa check up dr cakap bukaan dah 4cm, terus jer suh masuk labour room.

Dari awal mengandung sehingga minggu ke-38 kedudukan bayi berubah-ubah, risau juga bila dr cakap kedudukan anak songsang, walau anak kecil pun jika songsang, dr terpaksa caeser. Itu yang dr cakap sebab sejarah anak sulung berat 4.3kg. Alhamdulillah semuanya normal dan berjalan dengan baik sekali.
Hari kelahiran 21/6/2010
Sehari selepas kelahiran

Anak perempuan pertama kami, bunga penyeri taman keluarga kami.


Kesan bintik-bintik merah yang mulanya ibu ingatkan ruam rupanya adalah ekzema yang berterusan malah semakin teruk sehingga Aiesyah 2 tahun. Pelbagai cara, pelbagai ubat,  pelbagai ikhtiar yang kami lakukan namun keadaan tetap tidak berubah, ini adalah sedikit ujian kepada kami.

Lihat gambar-gambar lain di sini.

Hari-hari kami tiada lagi indah tanpa suara nyaring dan halus Aiesyah, nyanyian yang sering menghiburkan kami, keletah manja yang mencuit hati kami. Anak yang rajin, membantu dan menolong apa sahaja bila diminta sehingga kadang-kadang jadi mangsa buli abang. Aiesyah bijak mengatur cerita, suka berbicara, ada sahaja idea dan jawapan bila di tanya, bila tersenyum nampak lesung pipit di pipi.


Walau nampak lebih serius di luar dengan orang yang tidak dikenali tapi Aiesyah sangat mudah mesra. Bila berjaya buat sesuatu Aiesyah akan cakap "Aiesyah hebat!" Ya memang Aiesyah hebat, Aiesyah good girl!


Membesar dengan riang wahai anak-anakku, ibu dan abah doakan kalian menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin.

Comments

  1. happy birthday aiesyah...semoga membesar sebagai anak solehah utk ibu & ayah..dan jadik serikandi islam sebagaimana Aisyah R.A...amin

    ReplyDelete
  2. terima kasih MamaYatie.... iyer biar jadi sekuat Aiesyah, penyebar kebaikan

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahu ke-3 aiesyah! semoga membesar sebagai juara anak yang solehah, taat ibu ayah juga patuh pada Allah dan rasul. cute la, ada lesung pipt.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kakchik bagi pihak aiesyah... :D

    ReplyDelete
  5. hepi besday aiesyah.. comel nya ade 2 lesung pipit...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...