Skip to main content

Bermula Dengan Blog Picisan

Bismillah
Alhamdulillah
Terima kasih Allah atas nikmat kesihatan hari ini. Jauh lebih baik dari semalam. Rasa sihat dan segar. Tiada lagi pening kepala, sakit perut, sakit badan. Alhamdulillah.



Banyak perkara yang berlaku pada 3 hari cuti sempena hari kemerdekaan yang lepas. Kakak datang ke rumah dari kampung. Seronok anak-anak bukan main lagi bila bersama sepupu mereka. Hari Ahad kami berjalan ke Bukit Fraser, menikmati udara segar, nyaman dan dingin di atas bukit. Menghantar anak ke sekolah pada Isnin dan tidak sihat pada Selasa.

Memandangkan hari ini adalah hari saya meneruskan cabaran 44 hari selepas 4 hari berehat (lama tu), saya mulakan dengan perkongsian penulisan blog.


Saya suka menulis sejak berada di universiti. Apa yang ada dalam kepala saya luahkan di dalam diari. Sekarang diari itu masih tersimpan dalam kotak yang sudah keluar kutu buku. Tersimpan rapi dan tidak pernah dibelek lagi.

Pada 2009 saya mula berjinak dengan bisnes online dan membina satu blogshopBlog tersebut masih bertahan sehingga hari ini. Nampaknya perlu penjenamaan baru yang lebih segar. Saya menjual keperluan bayi dan kanak-kanak termasuk lampin moden atau Cloth Diapers. Ramai yang masih baru dengan lampin kain dan bertanya itu dan ini, jadi saya bina satu lagi blog Tinta Wan Anie untuk berkongsi cerita tentang penggunaan kain lampin moden. Sekarang blog ini juga masih saya kemaskini seperti biasa cuma entri tidak semeriah seperti 2009, 2010. Hampir setiap hari segar dengan entri baru. Sekarang masih belum kekalkan momentum 1 hari 1 entri, saya tetapkan seminggu 3 atau 4 entri. Walaupun kurang sedikit namun saya mahu menyediakan pengisian yang lebih bermakna dan bermanfaat untuk pembaca blog.

Walaupun hanya mempunyai blog picisan yang kurang diminati sekarang, dapat juga menambah sedikit pendapatan. Nuffnang dan Google Adsense yang saya masukkan dalam blog membuahkan hasil walaupun blog lama ditinggalkan. Sekarang saya kembali semula menulis berkongsi sesuatu yang lebih baik untuk bacaan umum.

Saya sentiasa terbuka dengan cadangan dan komen dari Tuan dan Puan semua. InsyaaAllah untuk kebaikan bersama.

Saya juga berbesar hati untuk berkongsi bagaimana membina blog dari zero. Saya ajarkan setakat yang saya boleh. Kami ada tim sendiri untuk ibu yang bekerja dari rumah, namun ibu berkerjaya juga dialu-alukan. Whatsapp atau Telegram saya Puan Wan Anie 013-2821450 dan nyatakan Belajar Bina Blog ya!


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...