Skip to main content

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Kisah Hidup


HIDUP BERANI UNTUK GAGAL bukanlah perkara pelik, kerana setiap insan normal yang hidup pasti melalui saat kegagalan atau saat diuji Tuhan, apa yang pasti setiap kegagalan yang ditempuh pengakhirannya adalah KEJAYAAN. Kerana Tuhan telah mengatakan bahawa setiap ujian yang diberikan kepada hambanya adalah yang boleh ditanggung olehnya. Maha Suci Tuhan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kerana ujian yang diberikan cumalah sementara dan percayalah bahawa setiap ujian yang datang pasti ada hikmah dan rezeki yang tidak kita jangka.HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pasti mendapat KEJAYAAN.
Ikuti kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Episod 1: KANAK-KANAK


Aku melalui kehidupan seperti kanak-kanak lain yang dibesarkan di luar kota, sebuah kampung yang bernama Pulau tapi bukanlah pulau. Terasa irihati apabila kawan-kawan mempunyai basikal sendiri sedangkan aku cuma 'menumpang' basikal kakak. Kerana kecewa HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tiada basikal sendiri yang dibelikan ibubapa, mungkin kerana aku belum pandai mengayuh basikal sendiri ku ambil basikal kakak dan bawa ke sekitar kampung. Ternyata aku HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kerana 2 kali terjatuh jambatan dek basikal besar itu. Satunya jambatan lumpur, sungguh malu saat itu diejek rakan kerana berbau busuk dan kali kedua jatuh sungai yang airnya mengalir deras. Hampir lemas waktu itu nasib baik diselamatkan orang kampung yang melalui jambatan itu. Oleh kerana HIDUP BERANI UNTUK GAGAL itu aku dihadiahkan ibu sebuah basikal baru berwarna kuning dan itu adalah KEJAYAAN bagiku.


HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Episod 2: REMAJA


Aku terpilih menyambung pelajaran aliran Sains, memang itu yang ku impikan sejak kecil dan pelajaran yang paling ku suka adalah Kimia dan Matematik. Semasa di Tingkatan 5 aku menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran dan juga pertandingan Bahas aka debat. Aku terpaksa memperuntukkan waktu belajar untuk berlatih bahas di waktu siang dan waktu study malam untuk berlatih Tilawah. Guru Kimia ku memang marah kerana aku sepatutnya belajar dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi SPM. HBUG aku cuba membahagikan masa dengan sebaik mungkin, tidak pernah mengabaikan kerja rumah yang diberikan cikgu. Oleh kerana HIDUP BERANI UNTUK GAGAL aku berjaya mewakili sekolah ke peringkat negeri untuk acara debat dan mendapat keputusan yang baik dalam SPM dan itu adalah KEJAYAAN bagiku.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Episod 3: PEKERJAAN

Setelah tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan, aku bercita-cita untuk menjadi seorang Jurutera yang hebat dalam bidang Komunikasi. Aku tidak memilih untuk kerja pertama, ternyata rezeki memihak kepadaku kerana tidak sampai 3 bulan aku menggangur ku telah dapat tawaran menjadi pendidik tidak terlatih di sekolah swasta berdekatan dengan rumahku. Aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Fizik dan Matematik Tambahan Tingkatan 4 serta subjek Matematik dan English Tingkatan 2. Cabaran yang ditanggung semasa mengajar amat berat, mengajar pelajar lelaki Tingkatan 4 yang cerdik pandai semuanya sentiasa mencabar pengetahuanku. Kerana HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ku pulang jam 6 petang setiap hari menyiapkan kerja sekolah dan tidur lewat pagi kerana mengulangkaji apa yang hendak diajar keesokan hari.  Ternyata cabaran sebagai pendidik di sekolah berbayar ini tidak akan daku lupakan sepanjang hidupku. Tanda hormat kepada pendidik seluruh dunia yang melakukan kerja ini dengan ikhlas. Selepas 6 bulan aku mendapat tawaran sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di salah sebuah badan berkanun. Aku bertekad untuk berhenti dan bekerja di bandar demi HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dan mengejar cita-citaku.


Selepas 4 tahun bekerja dan menimba pengalaman aku mendapat tawaran sebagai Jurutera (jawatan yang kuidamkan selama ini) di syarikat Komunikasi Multi-Nasional. Walaupun gaji yang ditawarkan tidak begitu menarik perhatianku tetapi jawatan Jurutera itu yang aku kejar. Selepas 2.5 tahun memegang jawatan 'idaman' ternyata bukan itu yang aku cari dalam kehidupan sebenar seorang insan yang bergelar ibu ini. Tiada guna orang memandang kita 'gah di luar', tetapi kita tidak merasa 'gah di dalam'. 'Gah di dalam' maksudku berasa bangga dan berpuashati dengan pencapaian diri sendiri. Apa yang aku cari dalam hidup ini? Di manakah KEJAYAAN itu? Ikuti kisah selanjutnya dalam Episod KEHIDUPAN

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Episod 4: KEHIDUPAN

Sejak mula-mula bekerja aku tidak pernah lekang daripada MLM, ada sahaja yang ku join, lepas satu-satu, tujuan utama bukanlah mncari duit sampingan tetapi kepuasan. Walaupun telah menjawat jawatan yang diidamkan tetapi kepuasan bekerja tiada dalam diri. Aku menjadi keliru sehinggalah aku menyertai Takaful (dengan MAAF), tidak seperti MLM sebelum ini ternyata kali ini hasilnya lebih lumayan dan tiada modal dikeluarkan. Aku nekad HIDUP BERANI UNTUK GAGAL melepaskan jawatan yang kuidamkan selama ini demi mengejar impian untuk bekerja sendiri dan meluangkan lebih masa untuk keluarga tersayang. Mindaku lebih terbuka apabila bekerja sendiri, jika dahulu ku tidak nampak peluang yang ada dibiarkan begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa. InsyaAllah sekarang ku mengorak langkah sebaiknya merancang masa hadapan membina peta minda dan target kehidupan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ku ingin kecapi sebuah KEJAYAAN.


HIDUP perlu ada PERANCANGAN, GAGAL merancang bererti merancang untuk GAGAL. Berusahalah mengejar IMPIAN mengikut PERANCANGAN InsyaALLAH Tuhan akan kabulkan. Tiada istilah GAGAL dalam HIDUP selagi kita masih HIDUP, peluang dan ruang sentiasa ada. Kita perlu BERANI mencuba dan menghadapi KEGAGALAN, apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha. Bagi insan yang seagama biarlah kita GAGAL dalam keHIDUPan tapi jangan GAGAL di SANA kerana itulah KEJAYAAN yang hakiki.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Klik atas untuk sertai dan lihat BERANI GAGAL NETWORK

Comments

  1. aik, nape ada testing 1,2,3 lak? hehee.. best nya baca entry akak nie... :)

    ReplyDelete
  2. test tu sbb bariu masukkan comment box.. tadi xde.. ;)

    ReplyDelete
  3. @Wan Anie

    Hi kak Wan, :-)
    Terima kasih kerana berkongsi kisah Hidup Berani Gagal dan pengalaman Kak.

    Sedikit sebanyak dapatlah AJ memotivasikan diri AJ :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...