Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Gagal Di Sini, Berjaya Di Sana

Haritu berkobar-kobar mahu menulis entry baru seminggu sekurang-kurangnya 2-3 entry, masih belum berjaya dilaksanakan, nampaknya sebulan 2-3 entry adalah ;( Bukan senang nak melakukan tindakan selari dengan perancangan, perlu kekuatan di situ.... Alhamdulillah, hari ini sudah berjaya puasa 3 hari di bulan Syawal, masih berbaki 3 hari, memandangkan esok cuti, ibu bercadang untuk skip dulu dan sambung minggu depan, tapi nampaknya abah begitu bersemangat untuk teruskan puasa berturut-turut. Hakim baru dapat puasa 1 hari :) Bermakna tidak dapat menghadirkan diri ke jamuan raya sekolah Hakim esok.... mmmmm.... Untuk berjaya bukan senang, bila melihat orang yang telah berjaya berada di puncak sekarang, sudah pasti onak dan duri sepanjang jalan ditempuh tanpa putus asa. Ibu belajar dan belajar, betul bukan senang untuk senang.... Biar gagal berkali-kali di dunia tidak mengapa, kerana peluang sentiasa ada untuk perbaiki diri.... setiap jatuh itu bukan kegagalan, cuma suat

Bacalah Quran Walaupun Belum Faham Maknanya...

Ada satu kisah yang ibu ingin kongsikan di sini, kisah ini diceritakan daripada seorang Ustaz semasa Kuliah Dhuha minggu lepas. Seorang anak bertanya kepada ayahnya, "Perlukan kita membaca Al-Quran jika tidak faham maknanya?" Ayah kemudian meminta anaknya mengambil guni di dalam stor, guni tersebut berdebu dan kotor kesan tersimpan lama dan tidak digunakan dalam jangka masa lama. Anak bertanya, "Apa kita nak buat buat dengan guni ini ayah?" Ayah meminta anak membawa guni ke sungai dan mengambil air, masukkan air di dalam guni dan membawa pulang. Walaupun anak pelik, kerana pasti air di dalam guni akan keluar, anak tetap melakukan suruhan ayahnya. Seperti dijangka sampai sahaja di rumah, guni sudah kosong, tiada air berbaki di dalamnya. Ayah meminta lagi anak ke sungai dan mengisikan air dalam guni dan bawa air itu pulang. Anak mengikut sahaja dan ianya berlaku beberapa kali, sehingga anak sudah kepenatan. Anak, " Ayah saya suda

Resepi Puding Jagung Manis Senang Sedap

Marathon 2 hari berturut-turut ibu buat puding jagung manis resepi ringkas dan sedap. Resepi asal ibu lihat sepintas lalu di facebook seorang teman, tapi sudah lupa siapa kerana lihat sepintas lalu sahaja. Tidak direkodkan, senang sahaja resepinya. Ini kali pertama ibu buat dapat 1 bekas ni dan 6 bekas kecil puding... Tak sempat ambil gambar sudah dihabiskan anak-anak... Anak-anak ibu memang sukakan puding terutama jagung dan coklat. Pertama kali buat Alhamdulillah menjadi :) Bahan-bahan: 1 tin Jagung Manis 1 tin susu sejat isian (susu cair) 1/2 cawan gula 1 cawan agar-agar 3 cawan air Cara-cara: Cairkan 1 cawan agar-agar bersama 3 cawan air. 1 cawan agar-agar anggaran separuh paket (saiz kecil) Bila agar-agar sudah cair, masukkan gula.. Masukkan susu dan jagung manis Bila sudah mendidih, padam api. Masukkan dalam acuan, biar sekejap dan masukkan dalam peti ais. Ini kali kedua buat, 3 kali ganda dari yang pertama, ini pun bertahan tak sampai 2 hari Alha