Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Tip Komunikasi Berpengaruh Anak-Anak #1

Tips Komunikasi berpengaruh Anak-Anak + Apabila anak menceritakan tentang sesuatu, dengar dan angguk-anggukkan kepala atau berkata ya, ya walaupun apa yang diceritakan itu ada keraguan. + Apabila anak bertanya atau mahu berikan respons, gunakan perkataan yang baik. Bahasa positif. + Jangan sebut atau ungkit perbuatan buruk yang pernah anak lakukan untuk dijadikan pengajaran. Padam rekod lama. + Dengar anak bercakap sehingga habis, jangan mencelah. Tunggu giliran bercakap. Ini mengajar anak supaya mendengar apabila orang bercakap dan tunggu giliran untuk bercakap. Gaya komunikasi paling berpengaruh adalah gaya komunikasi Nabi Muhammad (sebutkan selawat). Bengkel Mendorong Anak  Sabtu 28 Nov 2015.

Biarkan Kanak-Kanak Dalam Dunia Imaginasi Mereka

Pelbagai cara untuk menjadikan anak teruja untuk ke sekolah Anak perempuan saya perlu sentiasa digesa untuk ke sekolah. Apabila sampai di sekolah, barulah hendak sarung dan ketatkan kasut sekolah. Kadangkala saya terlupa untuk mengingatkan dia 10 minit sebelum sampai di sekolahnya. Pagi tadi saya dapat idea. Selepas menghantar anak yang paling kecil ke taska, sekarang giliran menghantar anak perempuan ke sekolah. "Pesawat kita akan mendarat kurang 5 minit dari sekarang. Penumpang diminta menyiapkan diri dengan lengkap termasuk pakaian, stoking dan kasut. Siapkan beg pakaian sekarang." Tiba-tiba anak perempuan saya menyampuk, “Kami jadi penerjun ibu, sekarang sudah siap bag terjunan” Toing! Idea yang bagus. Sumber: google "Baik, wahai penerjun. Siapkan bag dan kelengkapan. Pesawat sudah mula mencari lokasi yang sesuai untuk penerjun keluar." Apabila kereta sudah parkir, anak saya tidak berlengah seperti biasa. Terus sala