Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

AIR, KEBERSIHAN & KECERDASAN

Bismillah.. Semalam satu hari suntuk rumah kami tiada bekalan air terus, air tangki tu adalah dengan air untuk bekalan minum. Pernah ketiadaan air sebelum ini sekejap aje, tapi semalam memang menguji sungguh sampai saya sudah ke tahap tiada kecerdasan. Kejadian disedari (ceh macam berita pulak) seawal pagi selepas saya mandi dan solat subuh, apabila masuk ke dapur perkara pertama yang dibuat bersihkan apa yang patut di sinki. Bila buka jer.. isk takde air (frust macam kena tinggal dek suami seminggu...) ruginya sebab saya dah siapkan basuhan di awal pagi (membasuh tidaklah rugi tapi terasa rugi air yang digunakan untuk basuhan apabila ketiadaan sumber air utama). Bila tiada air maka banyaklah projek terbengkalai, saya cuma masak nasi sahaja dan minta abang belikan lauk siap. CD yang belum dicuci, periuk yang perlu dibasuh terasa sangat tidak bersih dengan keadaan begini. Air minum juga terpaksa berjimat cermat untuk susu anak-anak, bila teringat nak minum saya minum dengan kuantiti y

Contest - HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Minda Separa Sedar  Klik di atas untuk baca artikel berkenaan Minda Separa Sedar HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Kisah Hidup Klik di atas untuk baca artikel berkenaan Kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Saya terpandang entry terbaru daripada Zie_Fauzi tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL   sebab Puan Zie_Fauzi ni memang rajin masuk contest, apa saja contest yang ada di alam maya persada ni sure dia masuknya. Bila baca DenaiHati selaku penaja contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL , mudah sahaja syarat-syaratnya. Denaihati memang suka anjurkan contest mungkin kerana ramai penaja, antara penaja contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini; 1. DSGClicks 2. Berani Gagal Network 3. One Malaysia Blogshop 4. Anisha Online Mall 5. Saudacare Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini daripada blog Zie-Fauzi Kepada sesiapa yang baca ini dan nak join CONTEST INI pastikan anda tulis "Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL daripada Blog Tinta Comellote

APA CERITA?

Bismillah... Pulang kampung dengan rasa yang sangat gembira dan seronok, pulang ke mari dengan rasa gembira bercampur pilu (ala-ala cerita hindustan gitu, dengan mak lah selalunya macamlah nak pergi lama... huhu sebulan 2 nanti balik lagi alahai anak mak). Jika tiada aral minggu depan mak dan ayah akan ke sini pula, adikku yang bongsu akan mendaftar di UITM. Kami yang tinggal di area KL dan Selangor akan berkumpul bila ada keluarga yang datang dari kampung inikan pula mak ayah. Sampai di rumah sekitar jam 11 malam, susukan baby Umar terus ibu tertidur. Bangun seawal 5 pagi terus bukak pc (buang tabiat dah ni sebab dah seminggu tinggalkan buddy dan kawan2 rindu rasanya... ;-) pc dah terpasang elok, baju dah siap berbasuh, agaknya pukul berapa lah abang tidur sempat buat semua kerja dengan memunggah barang-barang selori dari dalam kereta. Satu barang pun ku tak sempat punggah, ingat nak tolong juga (percaya kah?) Seharian semalam saya seperti berjalan dengan separuh badan aje (betu

NO LIFE CAN BE GREAT.....

"No Life Can Be Great.... Until it is Focused Dedicated and Discipline" But do we have the POWER TO CHANGE THE FUTURE? What do you see in your future five years from now? Can you see your future in this field? It is hazy, fuzzy or is there nothing there? OR is your future crystal clear? Now a beautiful poem titled "The FUTURE" The Future is now Anything I can see with my imagination already exists and is already done. I cannot hold it in my hands yet, for I am on one side of the wall.... The Present But I am looking through a window of time at what is on the other side....The Future. It is there, real, just as I see it, and has always been there. Out of need or want or desire, I can open the door and walk through to the other side where I need to be.

Posting Terakhir

Janganlah buat-buat terkejut pula dengan tajuk posting di atas yer.. ala-ala macam dah nak pergi meninggalkan alam fana ini ( yer lah sesungguhnya kematian itu pasti dan kita tidak tahu bila ia akan datang menjemput kita.. Insaflah dah nak masuk tahun baru ni umur pun semakin meningkat remaja ) Sebenarnya esok saya nak start bercuti balik kampung (excited nih)... barang-barang pun belum habis kemas lagi, ibu beranak 3 ni berkemas memang tak sudah-sudah... last2 jom ler balik! Dulu balik kampung bawa 1 bag aje (psst waktu berdua dulu la..) skang ni banyak nyer nak kemas... bila la anak-anak nak besar dan pandai kemas baju sendiri masuk dalam bag sendiri.. so kalu cari apa baju ke skirt ke seluar ke tak jumpa senang sket ibu jawab (mana ibu tahu kan ke sendiri yang kemas baju.. huhu) Bila dah buat announcement nak bercuti.. banyak pula order masuk hari ni sini . Alhamdulillah semua dah settle dan saya pastikan semua order dihantar hari ni. Pagi tadi sempat saya masak cream mushroom s

SELAMAT TAHUN BARU 1431H

Doa Akhir Tahun Dibaca di waktu Asar sebelum Maghrib 3x Doa Awal Tahun Di baca waktu Maghrib 3x

BERCUTI ATAU BALIK KAMPUNG?

Kami sangat berhajat untuk bercuti, dah lama benar tidak pergi bercuti sejak keahiran baby Umar ni. Pergi jalan-jalan balik hari tu tidak lah dikira percutian kan? Abang dapat cuti 4 hari maknanya seminggu kami akan cuti, ibu ni sedia maklumlah di rumah nak apply cuti dengan siapa yer? Maknanya kami ada seminggu untuk bercuti dan kami bercadang untuk balik ke kampung, pulang ke kampung seolah bercuti juga bagi kami kerana banyak perkara yang menyamankan apabila berada di sana Parents - Saat yang indah bila balik bertemu dengan mak ayah kita kan? maklum saja lah Raya Haji haritu kami cuma beraya di sini , kerinduan untuk balik bertemu dengan ayahbonda mengusik kalbu! Bukan ke memandang wajah kedua orang tua itu mendapat pahala? Senangnya membuat kebaikan kan.... Makanan - Yang ni memang duk kepingin, banyak makanan yang ada di kampung tiada di sini, jika ada pun rasanya berbeza. Bila balik kampung nasi berlauk pagi-pagi tu memang tak boleh tinggal, nasi dagang, kuih muih yang

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Wah... senangnya terbang bersama MAS dengan adanya flymas.mobi ! Semuanya di hujung jari anda dan di mana sahaja. Semua perkhidmatan ada di sini dari book flight, check booking, flight status, timetable, luggage tracer (manalah tahu kut terhilang bag pulakkan) even check in pun boleh! (lepas ni nak masuk flight sumer orang duk tunjuk-tunjuk telefon jer lah yer..) Jika tiba-tiba anda teringin nak balik kampung di Kota Bharu, anda ambil je handphone terus taip http://flymas.mobi dan paparan skrin seperti di bawah akan muncul. Anda boleh melihat paparan dengan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Click on Book Flight; choose origin and destination, date, oneway or return ticket and class. Easy with flymas.mobi ! Sungguh cepat dan mudah dengan flymas.mobi anda boleh membuat tempahan tiket di mana sahaja. Flymas.mobi sangat membantu jika anda di saat kecemasan kan? Maklumlah dengan musim tengkujuh sekarang ini, bila berada di kampung anda kena cepat-cepat booking flight b

KENDURI NASI AYAM GEMAS

Semalam kami sempat ke Seremban untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin kawan sepejabat dahulu. Sungguh meriah dengan warna tema merah dapatlah saya berjumpa dengan kawan-kawan lama . Cepatnya masa berlalu, hampir 2 tahun ditinggalkan rasanya seperti baru semalam... aih tak ingat ke anak pun dah besar. Bertolak sekitar jam 11 pagi sampai di rumah pengantin hampir jam 2. Sesat berpusing-pusing sebab tidak jumpa landmark yang diberikan Nasi Beriyani yang menjadi santapan para tetamu sangat menyelerakan, abang ambilkan nasi untuk ibu sebab ibu pegang anak kecil nanti dia colek lauk ngan tangan kan susah pula kami . Baik betul baby umar masa ibu makan duk hisab buah oren kalau tidak habis tumpah nasi ibu tangannya memang x boleh duk diam. Alahai sedapnya nasi, saya marah abang letak nasi kat saya sikit dah banyak dah sebenarnya atau abang nak ibu diet, sedangkan ibu ini sentiasa makan banyak huhu. Rasa macam nak tambah tapi saya malu sebab ramai tetamu yang datang duk beratur takkan say

NASIB BAIK TAK AMBIL SPM!

Pelik bunyinya bukan, kenapa pula bernasib baik jika tidak ada SPM, bukan ke SPM tu exam yang penting menentukan halatuju kita? Seorang lelaki bernama Kamal berusia awal 20-an sedang berlegar-legar di sebuah pusat membeli-belah untuk mencari pekerjaan, sudah hampir setahun dia mengganggur. Kamal berjalan menuju ke toilet, alahai zaman ni nak ke toilet pun kena bayar, dalam poket ada rm5 je ni kalau masuk toilet 20sen, baki lagi rm4.80 apa nak makan hari ni? Selepas melepaskan hajat, Kamal keluar dari toilet dan terlihat satu iklan yang tertulis "Penjaga tandas awam diperlukan gaji sehari RM5 dan komisen atas seorang yang masuk ke tandas rm0.05. Kelayakan minima SPM" Kamal memegang rambutnya yang kusut masai berbau masam kerana tidak pernah menggunakan shampoo. Kerja jaga tandas pun nak SPM, habis orang macam aku yang tak ada SPM ni nak kerja apa? Mungkin boleh runding dengan supervisor ni. Kamal segera pergi berjumpa dengan supervisor penjaga tandas awam dan meminta jasa

Holiday!

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Kisah Hidup

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL bukanlah perkara pelik, kerana setiap insan normal yang hidup pasti melalui saat kegagalan atau saat diuji Tuhan, apa yang pasti setiap kegagalan yang ditempuh pengakhirannya adalah KEJAYAAN. Kerana Tuhan telah mengatakan bahawa setiap ujian yang diberikan kepada hambanya adalah yang boleh ditanggung olehnya. Maha Suci Tuhan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kerana ujian yang diberikan cumalah sementara dan percayalah bahawa setiap ujian yang datang pasti ada hikmah dan rezeki yang tidak kita jangka. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pasti mendapat KEJAYAAN. Ikuti kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Episod 1: KANAK-KANAK Aku melalui kehidupan seperti kanak-kanak lain yang dibesarkan di luar kota, sebuah kampung yang bernama Pulau tapi bukanlah pulau. Terasa irihati apabila kawan-kawan mempunyai basikal sendiri sedangkan aku cuma 'menumpang' basikal kakak. Kerana kecewa HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tiada basikal sendiri yang dibelikan ibubapa,