Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Nora: Voice of Ummi

Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah ke jalan yang lebih baik termasuk penyanyi yang terkenal dengan kelunakan suaranya. Nora antara penyanyi yang ibu suka sejak awal penampilannya sebagai penyanyi kerana lagu yang didendangkan semuanya sedap di telinga ibu. Tambahan pula kebanyakan lagu yang dinyanyikan Nora diciptakan sendiri oleh suaminya Johan Nawawi memang sesuai dengan kemerduan suaranya.  Album Voice of Ummi yang memuatkan lagu kanak-kanak juga berunsur ketuhanan. Anak-anak ibu sangat suka dengan lagu Erti Al-Fatihah masing-masing sudah hafal makna Al-Fatihah itu sendiri. Ibu bangga dengan apa yang dilakukan oleh Nora dan suaminya jika tidak kerana lagu tersebut mungkin anak-anak tidak tahu erti surah pertama di dalam Kitab Suci Al-Quran yang kita baca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari. Dengar lagu Erti-Al-Fatihah oleh Voice of Ummi di sini . Ibu pula suka dengan lagu Pedoman, bait-bait liriknya penuh makna, melodinya menusuk jiwa. Roda

Aktiviti Pembelajaran Di Rumah | Homeschooling

Anak-anak mula belajar semasa di dalam rahim ibu. Proses pembelajaran berterusan sepanjang hidup, setiap hari anak-anak belajar perkara baru. Ibu juga belajar perkataan baru seperti 'pencil hot' sebenarnya pencil khat. Aiesyah anak yang kreatif, menghasilkan lukisan ini :) Lukisan membantu menggerakkan daya imaginasi seperti melukis Kak Ros yang ramping ini. Ini pula lukisan ibu... em nampaknya sama sahaja dengan lukisan Aiesyah :) Juga lukisan ibu... :) Aktiviti tampal-menampal menggunakan kertas warna yang digunting dan dibentuk mengikut kreativiti masing-masing. Hakim dengan lukisan 'robot jahat'nya. bentuk bunga-bunga itu dihasilkan dengan melipat kertas warna dan menggunting mengikut corak yang disukai.... lihat hasilnya. Hasil kerja tangan abah dan Hakim Bagaimana dengan lukisan bebas menggunakan warna air? Sila hamparkan tikar di laman rumah sebelum operasi bermain warna air dimulakan. Anak-anak sudah mengambil tempat, ib

Marah Pada Siapa?

Malam ini 1 Rejab, bermakna kurang 1 hari 2 bulan, kita akan menempuh Ramadhan yang mulia. Bulan yang dinanti setiap tahun.  Ibu berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini sekali lagi. Sedikit perkongsian untuk santapan dari cerita yang ibu dengar di slot Mukmin Profesional di IKIM bersama Yang Berbahagia Ustaz Pahrol Juoi. Mengisahkan tentang seorang suami yang pulang ke rumah lalu diberikan tembikai yang dibeli di pasar kepada isterinya. Isteri marah-marah selepas memotong tembikai kerana rasanya yang tawar.... Si suami menasihati isterinya dengan penuh hikmah; Tembikai ini ditanam oleh petani yang mahukan hasil buah tembikai yang manis-manis. Pemborong datang ke kebun petani memborong buah tembikai yang manis-manis sahaja buahnya. Peniaga membeli buah tembikai yang manis-manis sahaja daripada pemborong Lalu saya membeli sebiji buah tembikai yang manis untuk dibawa pulang daripada peniaga tersebut Sekarang selepas memotongnya baru

Kisah Hari ini | Seminar Fesbuk Power

Alhamdulillah sudah sampai di rumah, berkesempatan untuk menghadiri Seminar FesbukPower di Dewan MCA, Jalan Ampang.  Seminar dijadualkan bermula jam 8.30 pagi, ibu keluar rumah jam 7.15 pagi. Plan mahu naik komuter, sampai sahaja di Stesen Rawang 7.46, tren baru berlepas....  Tren berikutnya jam 8.15, pukul berapa nak sampai? Ibu terus ke Gombak, naik LRT lebih cepat. Ibu nak cepat, sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas di kaunter minta ibu gunakan mesin. Sudah lama tidak menaiki LRT, rupanya sekarang sudah menggunakan coin, sama seperti yang digunakan oleh tren Metro di Guangzhau. Sampai di Wisma MCA, lega belum bermula, ramai betul manusia, ramai yang berulang-ulang pergi ke Seminar DAO kerana mahukan energy positif dan tambah ilmu.  Menarik, penuh tenaga, gelombang positif. Antara perkara yang diulang oleh Dr Azizan dalam seminarnya; The Power of Giving The MORE you give, the MORE you get! Social Media adalah fenomena Internet terkini, Fac

Kuasa Doa | Kata-kata Adalah Doa

Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan, kebahagian, ketenangan dan kenikmatan, ibu doakan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya yang kalian tempuhi. Pernah diceritakan oleh seorang Ustaz (ibu lupa di mana mendengar kisah ini, radio IKIM atau di masjid), kisah seorang 'abid iaitu hamba Allah yang mahu mengabdikan dirinya hanya kepada Allah, mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya hanya dengan beribadah kepada Allah. Hamba ini sering berdoa kepada Allah supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah, cukup sekadar dua keping roti setiap hari sebagai makanannya. Dipendekkan cerita, hamba ini mendapat fitnah lalu dimasukkan ke dalam penjara, di sana beliau tidak melakukan perkara lain selain beribadah kepada Allah dan diberikan 2 keing roti setiap hari. Lihat betapa besarnya kuasa doa, lihat apa yang kita doa setiap hari. Berdoa bukan hanya di tikar sembahyang seusai solat, tetapi setiap waktu, seperti apa yang bermain di fikiran, dan kita memang berkehendakkann

Kenapa Hari-Hari Kena Solat?

Soalan yang keluar dari mulut Hakim yang baru menyambut hari lahir ke-7 beberapa hari lepas.  Ibu terdiam seketika, mencari jawapan yang sesuai dengan kefahamannya. Ibu tanya "Kenapa hari-hari Hakim makan?" Hakim "Sebab lapar" Ibu "Kita makan sebab perut lapar, kita solat sebab rohani lapar, makan untuk kenyangkan perut, solat untuk kenyangkan rohani" "Bila rohani seseorang itu kenyang, sukar untuk dia melakukan sesuatu perbuatan jahat yang dilarang oleh Allah seperti mencuri, merompak" Hakim terdiam, em nampaknya jawapan ini kurang sesuai untuk Hakim. Ibu sambung lagi  " Ok begini, siapa yang berikan kita makan? "Allah" serentak dijawab hakim dan Aiesyah "Siapa ciptakan mulut supaya kita dapat makan? "Allah" "Siapa ciptakan kita tangan supaya dapat suap nasi, dapat menyentuh, dapat bermain?" "Allah" "Siapa ciptakan mata supaya kita dapat me

Hakim Sudah 7 Tahun

Semalam hari lahir Hakim yang ke-7, 03/05 mengikut tarikh Masihi, jika mengikut tahun Hijrah sama bulan kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah SAW, 24 Rabiulawal.  Pada mulanya ibu bercadang untuk memberikan Hakim hadiah sahaja di hari lahirnya tahun ini, hadiah yang diminta sejak beberapa bulan lepas. Ibu akan maklumkan hadiahnya bila kami sudah tunaikan janji, InsyaAllah.   2 hari sebelumnya, Hakim beritahu yang dia mahu kek di hari lahirnya, emmm anak ibu ini macam tahu-tahu sahaja bila tarikh lahirnya kan? Jadi ibu tidak sampai hati, ibu penuhi permintaan Hakim pada petang 2hb selepas ambil Hakim dari sekolah, kami singgah di kedai kek berdekatan ketika hujan turun dengan lebatnya. Meredah hujan ibu sambil membawa kek ke kereta.  Kononya nak beli lebih awal untuk surprise Hakim, ibu sudah pesan siap-siap pada Aiesyah jangan beritahu abang Hakim kita nak beli kek.... sekali tengahari elok pula Umar tidur, memang tak sampai hati ibu nak angkat dan kejutkan anak yang sedan

12 Tip Bekerja Dari Rumah | Kepuasan Bekerja dan Kebahagian Keluarga

Selepas menghadiri Productive Muslim Seminar beberapa bulan yang lepas, ibu tidak ketinggalan untuk mendapatkan artikel terkini dari ProductiveMuslim.Com yang sangat berguna dan sangat praktikal. 12 Tips berguna untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah dalam masa yang sama mencapai kebahagian dan kecemerlangan rumahtangga. Here are 12 top tips for staying productive whilst working at home and managing a family. Allah is only a du’a away  – All things start with the worship of Allah. It’s important to start the day and end the day by spending moments in the remembrance of Allah. Anything is possible by the will of Allah, if you put your mind to it. Ask Allah to strengthen you and bless your time. Always seek guidance for the day ahead. The day starts the night before  – Plan what you and your family need to start the day. From getting school, work and nursery bags ready and placed by the door; preparing packed lunches and ensuring all clothes for the next day are ironed. This

Tip Bisnes Puan Ainon Mohd | Faktor Peribadi Dalam Dunia Bisnes

Ibu masih lagi belum berkesempatan untuk ke PBAKL yang masih berlangsung di PWTC sehingga Ahad ini. Senarai buku yang hendak dibeli memang agak banyak, ibu cuba untuk senarai pendek mengikut budget semasa.  Hari ini ibu ingin berkongsi tip bisnes daripada Puan Ainon Mohd, COE PTS Sdn Bhd. Lahir pada 1950 di Kampung Jenjarum, Kuala Langat, Selangor. Pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum berhenti kerja pada usia 38 tahun dan memulakan bisnes sendiri. Istimewanya beliau tidak pernah memohon sebarang bantuan dari mana-mana agensi kerajaan dalam menjalankan bisnesnya. Beliau bermentor dengan peniaga-peniaga Cina berkenaan selok belok berniaga, dan sehingga sekarang bisnes beliau berkembang dengan dukungan pembekal Cina dan India. Dalam menjalankan urusan bisnesna sehari-hari, beliau sangat berpegang teguh kepada 2 prinsip mencari rezeki: 1. Hanya menjual benda-benda yang betul-betul halal dengan cara yang halal 2. Bersih daripada amalan rasuah Tip