Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Mari Lihat Detail Berkenaan Set Adik Bijak Baca

Baru ada kesempatan untuk kemas kini berkenaan Set Adik Bijak Baca. Sebelum ini hanya tunjuk gambar set hadapan sahaja. Kali ini mari kita lihat isi dalam buku pula. Ada ibu dan guru yang minta untuk melihat isi dalam buku bacaan untuk kanak-kanak ini. Kami faham kerana di luar sana ada banyak jenis buku membaca. Menggunakan Set Adik Bijak Baca, anak-anak hanya perlu kuasai dua suku kata dimulai dengan bunyi a i dan u. Apabila anak suah kuasai 2 suku kata, anak sudah boleh membaca ayat mudah seperti ini. Pujilah sedikit, "Wah, adik sudah boleh baca. Lepas ni boleh baca buku cerita pula!" Semua ini di buku 1. Apabila sudah kuasai semua suku kata di atas ini, baru boleh perkenalkan buku 2 untuk kvk (konsonan vokal konsonan). Kali ini baru dibunyikan fonik. Untuk buku 3 pula ada ang ing ung, ny, diftong seperti ai au.  Buku 4 Buku 4 Apabila telah selesai buku 3, buku 4 adalah pengukuhan bacaan. Dalam buku 4 ada pantun,

Bagaimana Cara Membaca Buku

Menyemai budaya membaca di peringkat awal bermula dari pre-reading proses. Lihat entry ibu sebelum ini untuk baca lanjut berkenaan 'pre-reading'. Apabila anak meminati bacaan, mereka akan sentiasa tertarik dengan bahan bacaan. Apakah bahan bacaan yang terdapat di sekeliling kita. Ada banyak. Antaranya papan tanda, tanda label di pakejing makanan atau minuman, bunting, poster, majalah dan buku. Jika sebelum ini, ibu hanya tahu membaca itu adalah membaca teks. Namun persepsi ini berubah selepas membaca beberapa buah buku berkaitan membaca terbitan Indonesia. Puan Septriana Murdiani di dalam bukunya Bengkel Baca menyentuh 51 strategi membaca agar anak cinta membaca, ini akan ibu kongsikan dalam entri yang lain. Hari ini ibu akan sentuh berkaitan jenis membaca sahaja. Ada tiga (3) cara membaca buku: 1. Membaca Gambar. Ini biasanya yang dilakukan oleh anak kecil yang belum pandai membaca. Mereka interpretasi gambar mengikut kefahaman dan ayat sendiri. Ini juga salah

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Membaca?

Sejak posting ibu berkenaan ajar anak membaca pada 2011 menjadi top post di blog ini, ramai juga yang mesej bertanyakan bilakah waktu yang sesuai untuk ajar anak membaca. Ibu berkongsi daripada sumber bacaan dan pengalaman ibu membesarkan lima anak. Anak sulung sekarang sudah 14 tahun dan yang paling kecil 3 tahun. Mengajar anak sulug paling mencabar atas faktor tiada pengalaman. Anak kedua sudah boleh membaca semasa usia 5 tahun. Anak ketiga ketika 6 tahun. Anak ke-4 sekarang sudah 5 tahun namun ibu belum mengajarkan secara formal di rumah, hanya bacakan buku cerita bersama si kecil 3 tahun. Membaca adalah satu proses yang kompleks. Tidak berlaku dalam waktu yang singkat. Ibu sendiri mula minat membaca buku selepas lahirnya anak kedua. Waktu itu banyak perkara yang tidak sempurna bagi anak sulung. Masa anak kedua baru belajar banyak perkara terutama hal pendidikan anak termasuk menyusukan. Jadi semasa anak kedua kecil, kami mula membeli buku untuk bacaan sendiri dan bacaa