Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Usahawan Bermula Dari Usia Kecil

Hari usahawan sekolah merupakan platform yang bagus untuk memperkenalkan anak pelajar dengan asas bisnes.  Pada hari ini, setiap kelas ada gerai jualan sendiri.  Guru bersama pelajar akan tentukan kelas mereka akan jual apa. Katakan sandwich.  Berapa banyak yang hendak dijual?  Apa bahan mentah yang kita perlukan?  Berapa kos yang diperlukan sebagai modal awal?  Berapa harga sandwich yang kita akan jual?  Anak ada maklumkan bahawa gerai yang mendapat kupon paling banyak menjadi juara.  Kupon terbanyak itu maksudnya apa?  Jualan tertinggi.  Dunia usahawan bukanlah hanya jualan yang paling banyak.  Kita lihat gerai mana yang mendapat perhatian pelanggan dari sudut khidmat pelanggan, gerai mana yang punya usp tersendiri.  Tahun lepas ada pelajar yang memakai apron datang ke meja ibu bapa yang sedang duduk berbual dan menikmati makanan, mereka menunjukkan barang jualan dan mula buat promosi. Inisiatif yang bagus. Lain daripada gerai-gerai yang lain.  Selepas selesai sesi, liha