Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Jurnal Aktiviti Ramadhan Anak-Anak

Teks dan Foto: Wan Rohani Wan Ismail Hampir 9 bulan saya terlibat dengan kerja-kerja mengubahsuai, membuat editing dan menulis konten untuk buku kanak-kanak. Ianya adalah sebahagian daripada skop kerja yang saya perlu lakukan. Bidang penerbitan buku kanak-kanak adalah satu bidang baru bagi saya. Namun menulis aktiviti untuk anak-anak dan penulisan santai bukanlah satu perkara baru. Bersama tim saya ada pembangun modul yang hebat. Kelab ARAF, Little Ibnu Sina dibangunkan oleh pembangun modul yang berbakat besar. Mereka mempunyai nyalarasa dalam bidang tersebut. 3 Modul yang menjadi USP di Rangkaian Tadika ABS; Kelab ARAF, Teknik Nabi dan Bahasa Budaya Melayu Tinggi (BBMT). Saya akan ceritakan di dalam entri yang lain tentang 3 USP tersebut. Entri ini untuk saya ceritakan tentang Jurnal Aktiviti Ramadhan. Ramadhan adalah bulan yang istimewa berbanding bulan yang lain. Penganut agama Islam seluruh negara berpuasa wajib di bulan ini. Ramadhan cuma datang sekali setahun