Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Menjaga Kesihatan Diri Ikut Cara Rasulullah

Air Zam-Zam Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat 1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim) 3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada ti

Teknik Mudah Belajar Membaca Quran dan Belajar Tajwid

Ibu pernah kongsikan di sini bagaimana ibu mengajar anak-anak mengaji. Ibu-ibu di luar lebih cemerlang dalam mendidik anak mengaji, ada yang menghantar kepada guru Quran dan ada yang mengajarkannya sendiri. Mengajar anak kebaikan walaupun 1 huruf pasti dibalas juga dengan kebaikan. Apalagi jika mengajarkan ayat-ayat Allah. Ibubapa memerlukan kesabaran yang lebih tinggi apabila mengajar anak sendiri, ini yang selalu ibu dengar daripada kawan-kawan yang mengajar anak-anak di rumah. Ibu kagum dengan ibu yang mampu mengadakan 'homeschooling' secara formal di rumah. Itu antara cita-cita ibu, ibu cintakan dunia pendidikan kanak-kanak. Satu huruf akan mendapat 10 pahala kebaikan, mengajarkan anak membaca basmalah yang mempunyai 19 huruf sudah mendapat 190 pahala kebaikan InsyaaAllah. Setiap hari berapa kali anak membacakan basmalah? Bayangkan setiap kali anak membacanya, pahala mengalir kepada kita yang mengajarkannya. Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belaja

Sayangi Diri Sebelum Menyayangi Orang Lain

"Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini," keluhnya perlahan. "Puan telah terkorban," balas saya juga perlahan. "Saya terkorban kerana berkorban." Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya. Saya masih ingat kata-kata suaminya, "Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak... " Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang

Kenapa Ibu Tidak Solat?

Soalan yang sukar dijawab.... Anak ibu Hakim 7 tahun seusai solat Maghrib bertanya kepada ibu soalan di atas. Ibu mencari-cari jawapan yang sesuai, spontan ibu menjawab;  "Ibu tidak boleh solat" "Tapi kenapa?" Hakim tidak puas hati "Perempuan ni istimewa, Tuhan sayang lebih..." ibu cuba berseloroh menggunakan kata-kata Kak Ros di dalam satu episod Upin Ipin. "Tipu... " "Orang perempuan Allah bai keistimewaan, boleh rehat dari solat dalam jangka masa tertentu sahaja" ibu mula mencari idea yang sesuai diserap oleh anak 7 tahun ini "Ye lah tu.... Mana aci?" Hakim masih tidak puas hati. Perbualan berhenti setakat itu, ibu sudah lupa apa yang berlaku waktu itu... Di hari yang lain, persoalan, "Kenapa ibu tidak solat?" masih lagi bermain di bibir Hakim. Ibu perlu menjawab dengan cara yang berbeza dari jawapan sebelum ini. "Allah ciptakan kaum lelaki kuat daripada kaum wanita, wan

Tanda-Tanda Awal Kanser

Perlu ambil tahu tanda-tanda awal supaya mudah dikesan terutama untuk diri sendiri atau keluarga terdekat. maklumat ini ibu dapat dari akhbar Harian Metro, Jumaat 18 Februari 2011. 1. Kanser pangkal rahim Sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersama suami dan turun berat badan 2. Kanser Payudara Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada 3. Kanser Usus Besar Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. 4. Kanser Paru-Paru Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan 5. Kanser Perut Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenayng walaupun makan sedikit. 6. Kanser Limpa Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdom