Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Kambing Panggang Terbaik Dari Ladang

Anda suka makan kambing? Ibu ni memang tolak batu dan kayu jer kut... semua makan, rugi kalau tak merasa semua makanan yang ada di sekeliling kita ni kecuali yang haram. Jika di Malaysia memang sukar nak jumpa peniaga jual kambing panggang tepi jalan macam jual sate, jika nak makan kambing panggang kena lah pergi ke restoran yang berkenaan dengan harga yang agak mahal atau buat sendiri. Kambing panggang banyak dijual di Guangzhou dan kebanyakan yang menjualnya adalah peniaga Muslim. Memang heaven bila dapat merasa kambing panggang di sini, ironinya tidak ada pula masalah sakit kepala atau panas badan bila makan daging kambing ni. Daging yang fresh dibakar dan diletakkan sos semasa proses panggang dilakukan, memang sangat sedap entah spice apa yang diletakkan nampak macam serbuk cili sahaja. Lembut pula dagingnya, jika di Malaysia daging kambing biasanya agak liat sedikit.   Membakar dengan memakai jaket, jika di Malaysia agak kurang tabiat begini, hehe.....  Ini pulak kambin

Trip To Guangzhou

I'm ready! Dah siap semua barang cuma tunggu nak bertolak sahaja. Ke Guangzhou atau juga dikenali Canton City, bandar ke-3 terbesar di China. Walaupun sedih untuk meninggalkan keluarga, anak-anak terutamanya walaupun hanya beberapa hari. Ibu susah pesan kepada Hakim dan Aiesyah semalam, nampaknya anak-anak boleh faham dan berharap semuanya berjalan dengan baik. Doakan ibu selamat pergi dan pulang, semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

Lembaran Baru 2011

Assalamualaikum, Selamat kembali ke sekolah dan selamat memulakan persekolahan bagi anak-anak yang baru menjejak kaki ke sekolah, anak-anak ibu belum lagi ke sekolah 'orang besar' kata mereka, sebab hakim masih ke PASTI dan Aiesyah ke Playschool bersama Umar. Tahun 2011 membuka lembaran baru dalam hidup kami, dalam bidang perniagaan, ibu akan mengoak satu langkah lagi ke hadapan, InsyaAllah semoga segala langkah dipermudahkan NYA. Menghitung hari ibu akan berangkat ke satu tempat untuk mencari pengalaman baru dan belajar sesuatu yang baru di sana yang akan diaplikasikan di sini. Januari suhu di sana dalam lingkungan 10 - 18 darjah Celcius, jadi ibu perlu persiapkan beberapa perkara sebelum bertolak Khamis ini. Ini lah tempat yang akan ibu kunjungi;