Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Berikan Hanya Susu Ibu

Minggu ini rutin semakin sibuk, keluar di awal pagi dan pulang hampir maghrib baru tiba di rumah. Hujung minggu ini ibu akan isi masa sepenuhnya dengan keluarga, minggu depan satu debaran baru buat ibu, nak tahu apa dia tunggu next entry InsyaAllah. Tadi ibu sempat baca entry Farah tentang Gathering Sarakids baru-baru ini, ibu sangat teruja dengan ibu-ibu yang hadir sambil menyanyikan lagu menyusu. Alhamdulillah kesedaran ibu-ibu tentang pentingnya penyusuan susu ibu seawal kelahiran semakin meningkat terutama di kalangan ibu-ibu muda. Gambar yang ibu ambil dari blog Farah Sarakids Menyusu itu mungkin senang bagi sesetengah ibu tapi untuk meneruskan penyusuan lengkap sehingga 2 tahun agak sukar. Di saat-saat genting jika tiada sokongan terutama suami, keluarga terdekat mahupun kawan-kawan boleh membantutkan penyusuan susu ibu sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu telah melalui proses ini, ibu banyak belajar dari pengalaman sendiri dan rakan-rakan blog. Alhamdulillah anak ketiga men

Update - Cerita 24 April 2011

Hari ini merupakan Hari Ahad terakhir bagi bulan April 2011, bersamaan 20 JamadilAwal 1432H. Hampir jam 4 petang baru kami sampai di rumah, keputusan ibu melihat perlawanan futsal dan bola jaring anak-anak. Tidak sabar untuk melihat gambar-gambar sekitar Sarakids Gathering hari ini. Seawal pagi kami keluar; Duit booth dan gathering telah dibayar, tapi sayang tak dapat hadir di saat akhir, ibu bercadang untuk membawa anak-anak berjumpa rakan sebaya mereka dan berseronok di Denai Alam hari ini tapi inilah keputusan ibu. Walaupun mungkin ini bukan keputusan terbaik tapi inilah ibu yang sentiasa mendahulukan keluarga dan anak-anak. Tujuan sebenar ibu hendak menyertai Sarakids Open Day adalah untuk anak-anak, sambil menyelam minum air buka gerai jualan sambil buat promosi dan memperkenalkan Comel Lote Collections kepada ibu-ibu yang hadir. Sampai sahaja di stadium, semua sudah bersedia di garisan masing-masing; Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi nasihat dan idea, jarak

Dalam Dilema... about Sarakids Open Day

Baru semalam ibu ibu war-warkan tentang penyertaan ibu di Sarakids Gathering & 2nd Open Day, tapi sejak petang semalam ibu berada dalam dilema. Memang ibu menantikan peluang untuk berjumpa dengan ibu-ibu hebat di luar sana sambil bersukaria di tapak pesta booth, nampaknya terpaksa membatalkan niat kerana ada perkara lain yang perlu diambil berati (betulkah bahasa ni) Petang Selasa dapat surat dari sekolah Hakim dan isi kandungannya berbunyi lebih kurang begini: "Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan telah terpilih untuk mewakili pasukan Futsal di Kejohanan Sukan Futsal dan Bola jaring peringkat ....... bertarikh 24 April 2011" Ibu mana yang tidak gembira bila melihatkan anaknya berlatih sejak 2 bulan yang lepas untuk pertandingan ini. Tapi ibu ini merasa sedih sedikit sebab terlalu lewat pihak sekolah memaklumkan kepada kami. Hakim memang ada bakat bermain bola, sejak dari pandai bertatih memang pantang tengok bola, biasanya tendangan kaki kiri. Nampaknya Umar

Jumpa Ahad ini 24/4/2011 Sarakids Open Day

Setiap hari ibu merindui blog ibu sendiri.... Bila buka, tak tahu nak tulis apa... hehe Baby Umar sudah 1 tahun 10 bulan dan 2 hari (masih baby kah?) sepupu seusianya sudah bergelar abang, dan Aiesyah semasa usianya juga sedang menunggu masa bergelar kakak. Anak bongsu ibu ini sudah semakin lincah fizikal, mental dan juga oralnya, bersembang tak ingat sambil muncung-muncung, kakak dan abangnya layan aje. Kelakar bila abang Hakim senyum sambil memalingkan muka pada ibu bila bercakap dengan adik-adiknya (tak faham ler tu...) Sudah pandai makan dan suap sendiri, pakai baju dan seluar sendiri walaupun kadang-kadang macam ikan duyung, sudah pandai mandi sendiri tak payah disuruh-suruh, sabun sendiri dan gosok gigi sendiri. Baca buku pun dah pandai.... Aiesyah pula semakin berimaginasi, apa sahaja yang dipegangnya pasti ada cerita sendiri, kalau tak percaya bagi sahaja buku dan minta dia ceritakan, sudah tentu ibu terlopong sambil mendengarnya.... Abang Hakim semakin besar pand

Bila Musim Buahan Tiba...

Assalamualaikum Sekarang sudah tiba musim buah-buahan dan yang paling seronok bila dapat makan buah free, jika ada saudara-mara atau kawan-kawan yang ada dusun buah-buahan masa ni lah masa terbaik untuk bertandang ke rumah mereka :D ibu dan keluarga pasti akan pulang ke kampung bila musim buah sebab jika kami tak balik membazir buah-buah tu tak ada siapa nak makan....   Ibu paling gemar buah durian, rambutan, manggis dan duku (duku di kampung tak sama dengan buah dokong atau langsat kat sini). Anak-anak ibu paling suka rambutan dan manggis, sekarang (masa menulis ini) harga rambutan dan manggis masih mahal sekitar RM6 - RM8 sekilo sebab pokok baru berbuah, tunggu 3-4 minggu lagi pasti harga akan jatuh sekitar RM2 - RM4 sekilo. Balik kampung! makan buah rambutan dan manggis sepuasnya, kalau tak juga puas bawa ke sini, masuk dalam guni atau dalam kotak supaya buah tak cepat rosak. Syukur kita duk kat negara Malaysia ni banyak buah-buahan tempatan yang mungkin sukar didapati di negar

Profession Usahawan

Assalamualaikum...  Semakin hari semakin payah mencari ruang untuk kemaskini blog, entah mengapa idea menulis kadang-kadang hilang bila berada di depan laptop dan biasanya datang semasa memasak :D Semasa kecil ibu selalu ditanya bila besar hendak jadi apa, jawapannya sudah pasti bukan sekadar manusia tetapi manusia yang berguna. Biasanya soalan begini dijawab dengan satu jawatan atau profession seperti guru, doktor atau penyanyi.... Bila besar baru ibu sedar ada satu profession yang juga mulia seperti profession yang lain iaitu profession usahawan. Sudah tentu ia profession yang mulia dan hebat kerana profession ini disandang oleh daie terhebat kekasih junjungan mulia ALLAH, Rasulullah SAW. Usahawan bukan sekadar menjual dan memasarkan produk tetapi lebih dari itu maka ibu masih jauh untuk bergelar usahawan apalagi usahawan yang hebat. Ya hebat! Perkataan yang sentiasa ibu sogokkan kepada anak-anak supaya mereka tidak merasa rendah diri dan malu. Walau apapun kita walau di manap