Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Bukan Susahpun Hendak Buat Baik

Bismillah Bunyi macam pelik sikit entri kali ni. Ceritanya begini, semalam saya keluar dengan anak-anak mencari sarapan. Kebanyakan gerai jualan pagi sudah tutup dan sudah habis makanan. Maklum sahaja jam sudah hampir jam 10 pagi. Kami berhenti di sebuah gerai, hanya nasi lemak biasa sahaja yang ada. Saya minta 3 nasi lemak bungkus. Semasa kakak peniaga membungkuskan nasi lemak saya, datang seorang lelaki dari kedai bertentangan. Beliau mahu 2 bungkus nasi lemak. Kakak peniaga kata, "Sekejap saya bungkuskan yang ini dahulu nanti tengok masih cukup atau tidak". Selesai 3 bungkus saya, kakak peniaga beritahu lelaki tadi, tidak cukup untuk bungkusan seterusnya. "Satu pun tak dapat ke kak?" Tanya lelaki tadi seperti mengharap. "Tak cukup lah dik" jawap kakak peniaga. Saya berasa simpati dan mahu saja berkata, ambil sahaja 1 bungkus saya punya. Tapi entah kenapa suara tersekat di kerongkong. Saya lihat sahaja lelaki tadi berlalu pergi sambil melintas ja

Apabila Anak Bertanya Tentang Kisah Ajaib

Bismillah Alhamdulillah Suatu petang Umar datang dan menyapa ibu. Umar: Ibu, Frozen tu tipu Ibu: Betul. Tipu. Mana Umar tahu? Umar: Abah cakap. Ultraman pun tipu. Boboiboy pun tipu. Manusia mana ada kuasa. Allah sahaja yang ada kuasa. Ibu: Betul, betul, betul. Umar: Ibu, Allah ada kuasa halilintar ke? Ibu: Ada! Kuasa petir halilintar. Allah yang buat tu. Semua orang takut, syaitan pun takut. Umar: Ooo.. Ibu: Kenapa agaknya manusia buat cerita begitu? Cerita yang menunjukkan manusia ada kuasa. Umar: Tak tahu Ibu: Cerita adalah dari khayalan manusia sendiri. Umar: Khayalan tu apa? Ibu: Khayalan itu adalah imaginasi daripada otak manusia. Hebatkan otak manusia yang Allah ciptakan, boleh imaginasi macam-macam. Imaginasi boleh tapi percaya tidak boleh. Umar: Habis, apa yang kita boleh percaya? Ibu: Kita hanya boleh percaya hanya Allah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kita juga percaya perkara pelik-pelik hanya yang dice

Ibu, Kenapa Kita Kena Mandi?

Bismillah Baru semalam ibu ada ceritakan tentang menyuruh anak mandi. Lewat petang semalam, hampir jam 7 petang, anak-anak masih lagi belum mandi. Tuala sudah ada di bahu tapi macam biasa akan ambil sedikit masa untuk masuk ke dalam bilik air. Seusai ibu mandikan baby Ammar, Aiesyah datang dan bertanya, "Ibu, kenapa kita kena mandi?" Soalan yang baik memang kena pada tempatnya. Otak saya berlegar mencari jawapan yang paling sesuai sambil menyusukan Ammar. "Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Kata saya memulakan hujah. "Seseorang yang tidak mandi, cantik atau comot?" "Comot!" Jawab Aiesyah pantas. "Betul! Bila seseorang mandi, sabun wangi, gosok gigi, pakai baju yang cantik, sikat rambut, pakai tudung, cantik tak?" Tanya ibu lagi menguji. "Mestilah cantik" Jawab Aiesyah. "Sebab itu kita kena mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menjaga kebersihan dan memastikan

Memahami Anak-Anak

Teks: Wan Rohani Sebagai ibu, ada masa saya rasa seperti orang asing dengan anak sendiri. Biasanya perasaan ini muncul apabila saya bercakap atau menyuruh sesuatu, anak buat tidak tahu. Sekarang baru saya faham perasaan ibu saya apabila saya tidak laksanakan apa yang ibu saya minta. Ada masa bila saya minta sesuatu, anak-anak menjawab dan memberi alasan mereka sendiri. Petang semalam, selesai menyusukan baby Ammar, saya minta Aiesyah bawakan kerusi baby untuk saya letak dan tidurkan baby. "Boleh tak ibu bawa baby ke sini dan letakkan baby di tempat kerusi baby berada" jawab Aiesyah. Memang betul pun apa yang Aiesyah katakan, adakala saya sebagai ibu perlu bijak apabila meminta sesuatu dari anak-anak. Mereka juga tidak suka disuruh-suruh. Bila saya fikirkan semula, banyak sangatkah permintaan saya kepada anak-anak? Setiap hari saya perlu ulang banyak kali perkara yang sama, suruh anak-anak mandi, kemas bilik, kemas barang mainan yang bersepah, suruh mengaj

Doa Apabila Ditimpa Musibah/Kehilangan

Bismillah Alhamdulillah Wahai Allah Yang Maha Pengasih Wahai Allah Yang Maha Penyayang Wahai Allah Yang Maha Pengampun Terima kasih memberikan kami kasih sayang yang tidak terhitung. Bantulah kami untuk memberikannya kepada mereka yang sedih, sakit dan kesunyian. Berikanlah mereka kekuatan untuk terus hidup dan beriman kepadaMu. Wahai Allah yang menerima taubat, ampuni kami. Semalam 22 Ogos 2014 adalah hari negara menerima kepulangan mangsa tragedi #MH17. Seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas apa yang telah menimpa mangsa tragedi. Sekalung takziah untuk keluarga mangsa, moga Allah beri kekuatan kepada mereka. Menerima berita kehilangan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun barangsiapa yang redha dengan ketentuan Tuhan, akan diampuni dosa dan ditambah phala berganda, InsyaaAllah. Ibu kongsikan di sini satu doa yang elok diamalkan apabila ditimpa musibah atau kehilangan sesuatu termasuk orang yang kita sayang. Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguh

Bisnes Online

Bismillah Apakah idea bisnes yang boleh dijalankan di rumah? - Bisnes online (menjual produk secara fizikal atau dropship) - Perkhidmatan seperti menjahit baju, langsir, cadar, sarung bantal, selimat dan sebagainya - Membuat dan menjual kek, cupcakes, tempahan untuk majlis dan keraian - Catering, masakan berat dan minuman petang, kuih-muih dan sebagainya Ini antara bisnes yang boleh dijalankan di rumah, sekiranya tiada kemahiran maka bisnes online (jual produk) menjadi kelaziman ramai ibu-ibu yang memulakan perniagaan di rumah. Dapatkan ebook 101 Idea Bisnes Dari Rumah untuk panduan dan rujukan. Apakah yang diperlukan untuk memulakan perniagaan online di rumah? - Laptop dan kemudahan internet - Akaun bank yang boleh menggunakan Internet Banking - Email akaun dan no tel bimbit Untuk permulaan hanya itu sahaja yang diperlukan, bagaimana untuk mulakan? Buka akaun fb, cari kenalan baru, sertai group yang berkaitan Cari peluang memulakan perniagaan sec

Bermain Sambil Belajar: Kebaikan Bermain Pasir

Teks: Wan Rohani Anak-anak bermain sambil belajar. Bermain bukanlah untuk keseronokan semata-mata bagi anak-anak. Banyak perkara yang anak belajar secara langsung atau tidak langsung semasa bermain. Apabila pulang ke kampung, antara aktiviti wajib kami akan bawa anak-anak bermain air dan pasir pantai. Namun ianya terhad dengan masa yang ada. Memang tidak dapat dinafikan, anak-anak memang gemar bermain pasir pantai. Satu atau dua jam untuk aktiviti ini memang tidak cukup. Banyak kebaikan bermain pasir. Salah satu terapi untuk lembutkan jemari anak-anak, mengasah skil pergerakan jemari halus. Selain bermain pasir, menguntai manis, menggunting dan menampal.  Kebaikan bermain pasir: Mengasah skil pergerakan jemari halus Menggenggam, menggempal, mengurai dan lain-lain. Ini membantu untuk aktiviti lain yang banyak menggunakan jemari halus. Meningkatkan daya tumpuan dan fokus Membina bangunan istana pasir bertingkat-tingkat, menghubungkan bongkah-bongkah

Merancang Jadual Bekerja Di Rumah

Teks: Wan Rohani Bekerja dari rumah kedengaran seperti mudah tapi tidak sebagaimana anggapan segelintir ibu-ibu yang mahu mendapatkan 'title' WAHM. WAHM adalah singkatan bagi  Working At Home Mom . Bekerja di rumah jauh beza dengan bekerja di pejabat. Perkara pertama yang saya notis adalah susahnya mahu fokus apabila bekerja di rumah. Suasana berbeza dengan dikelilingi anak-anak dan keselesaan di rumah sendiri. Mahukah ibu-ibu saya berikan sedikit tips dan panduan untuk merancang jadual kerja di rumah. 1. Mulakan hari di awal pagi. Waktu pagi adalah waktu yang paling saya suka. Tenang, nyaman, sunyi. Tiada gangguan anak-anak. Bersihkan diri, bersendirian dengan Allah. Solat sunat, mengaji al-Quran atau berzikir. 2. Tuliskan perkara yang perlu diselesaikan dari yang paling penting sehingga kurang penting. 3. Selesaikan urusan anak-anak terlebih dahulu terutama melibatkan anak kecil. Susukan dahulu, salin lampin, sediakan makanan dan lain-lain.

Menerangkan VS Memarahi

Anak kecil ditimang-timang, dipeluk dan dicium hampir setiap saat. Lihat sahaja muka bayi, mahu sahaja dipeluk cium. Hilang semua tekanan dan masalah apabila dapat peluk dan cium ahli syurga ini. Apabila anak semakin besar, 4-5 tahun usianya sudah semakin lincah, pandai meneroka sekeliling. Bedak dijadikan salji, air dilantai dijadikan permainan meluncur. Apabila memegang pen, pensil mula melakar dan menghasilkan karya seni di kertas dan dinding rumah. Mencampurkan semua bahan yang ada di dapur untuk resepi rekaan terbaru dan dimasukkan dalam peti ais untuk lihat hasilnya. Ini cuma sebahagian kecil penerokaan dan kaji selidik anak-anak. Semakin membesar semakin mencabar. ada sahaja perkara yang mereka lakukan. Pada mereka ianya satu keseronokan tapi kenapa dimarah pula? Kasihan anak-anak yang semakin membesar. Hampir setiap perkara baru yang mereka lakukan dimarahi ibu. Peluk cium ibubapa semakin berkurangan. Apa puncanya? Apakah ibu dan ayah sudah tidak sayangk

Rangsang Anak Gemar Membaca

Bismillah "Anak saya sudah 7 tahun tapi masih belum pandai membaca". Antara SMS yang saya terima daripada seorang ibu yang prihatin dengan perkembangan anak mereka. Ianya bermula selepas saya berkongsi bagaimana saya mengajar anak sulung saya dahulu membaca di hujung usia 6 tahun di  blog ini . Tujuan saya tiada lain ketika itu hanyalah mahu berkongsi bahawa dengan kesungguhan, semuanya tidak mustahil. Mengambil masa sepenuhnya semasa cuti sekolah hujung tahun 2011 mengajar anak yang akan memasuki sekolah rendah membaca. Jangan malu dan rasa tertekan sekiranya mengalami situasi serupa, dengan pelbagai bahan bantu yang ada di pasaran sekarang. Tinggal lagi mahu dengan tidak mahu. Antara kesilapan yang pernah saya lakukan dalam mendidik anak, tidak menghiraukan perkembangan anak dan hanya menyerahkan tanggungjawab tersebut bulat-bulat kepada guru di tadika. Apabila menerima aduan daripada ramai ibu di luar sana, saya tahu bahawa saya tidak berseorangan ket

Anak Belajar Daripada Kehidupan

Saya ingin kongsikan satu puisi yang ditulis oleh  Dorothy Law Nolte, Children Learn What They Live Apabila anak banyak dikritik, mereka belajar mengutuk Apabila anak banyak mengalami permusuhan, mereka belajar berseteru Apabila anak banyak mengalami ketakutan, mereka belajar prihatin Apabila anak banyak dikasihani, mereka belajar mengasihi diri sendiri Apabila anak banyak dicemuh, mereka belajar menjadi pemalu Apabila anak banyak mengalami perasaan cemburu, mereka belajar iri hati Apabila anak banyak mengalami hal yang memalukan, mereka belajar berasa bersalah Apabila anak banyak diberikan dorongan, mereka belajar mempercayai diri Apabila anak menikmati toleransi, mereka belajar sabar Apabila anak banyak dipuji, mereka belajar menghargai Apabila anak diterima dikasihi, mereka belajar mengasihi Apabila anak diberikan perhatian, mereka belajar yakin diri Apabila anak berasa diakui, mereka belajar mempunyai sasaran Apabila anak diajar memberi, mereka belajar bermu

Rangsang Anak Semasa Dalam Kandungan

Bagaimana meransang anak semasa dalam kandungan? Perkembangan sel otak amat aktif semasa tumbesaran bayi dalam kandungan, bercakap-cakap dan berbual dengan bayi. bacakan buku untuk bayi. Sebagai muslim kita sangat digalakkan untuk membaca Al-Quran sepanjang kehamilan. Ibu-ibu mengandung boleh membacakan surah-surah seperti: al-Fatihah - tenang hati dan kuat daya ingatan at-Taubah - membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat Surah Yusuf - cantik rupa dan akhlak Surah Maryam - mudah bersalin dan anak sabar Surah Luqman - cerdik akal dan jiwa - Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal Ibu panggil buku pink, ada beberapa buah lagi di rak. Ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan buku pink ini mohon wassap 013-2821450 (Pn Wan Anie). Harga cuma RM15.

Tangani Anak Nakal

Teks oleh: Wan Rohani Wan Ismail "Saya tidak tahu nak buat apa lagi" "Anak saya ni nakal sangat, bila kita cakap dia buat tak tahu" Keluh seorang ibu kepada saya semasa kami berjumpa di majlis rumah terbuka. Saya senyum sahaja, tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Saya bukan pakar kanak-kanak, pengalaman masih sangat cetek. Namun saya percaya setiap anak yang dianugerahkan ada keistimewaan tersendiri. Ibubapa adalah pendidik dan pembimbing yang diamanahkan untuk menyemai serta membaja benih kebaikan dalam diri anak-anak. Sebagai ibu yang bekerja di rumah, kesabaran selalu diuji. Adakala terikut juga dengan panahan syaitan dan nafsu amarah. Jadi perkongsian ini untuk ingatan diri sendiri, bagaimana menangani anak nakal. 1. Tiada istilah anak nakal Tukar 'anak nakal' kepada 'anak kreatif' atau 'anak bijak' supaya sel-sel otak menterjemahkan yang sama. Setiap kali abang usik adik, tukar dari skrip "Jangan usik

Terima Kasih Allah

Bismillah Salah satu cara untuk mengajar diri bersyukur adalah dengan sentiasa mengucapkan terima kasih. Terima kasih Allah. Ungkapan yang biasa ini payah juga terlantun dari bibir jika tidak dibiasakan. Terima kasih Allah aku masih bernafas hari ini Terima kasih Allah Engkau berikan aku kesihatan yang baik Terima kasih Allah suamiku masih ada, sihat sejahtera Terima kasih Allah anak-anak masih ada disampingku setiap hari Apabila menyebut ungkapan terima kasih setiap kali bangun pagi, hati lebih tenang. Kasih sayang kepada pasangan dan anak-anak semakin bertambah. Baru semalam saya mendapat khabar sedih seorang kawan sekolah saya kehilangan anak lelaki beliau buat kali kedua. Jadi amatlah tidak wajar sekiranya saya tidak bersyukur dengan kurniaan 3 anak lelaki yang sihat dan comel. Kami mahu anak-anak sentiasa berterima kasih dengan apa yang ada. Berterima kasih tandanya bersyukur dan tidak mengeluh dengan yang belum ada.  Apabila kami makan makanan yang isti

Selesaikan Hutang Kad Kredit

Bismillah Sejak semalam saya terfikir untuk tulis tentang hutang. Pada mulanya mahu tangguhkan dulu tajuk yang serius, mahu tulis yang santai-santai sahaja dulu. Namun bila difikirkan balik, pengurusan kewangan dan hutang ini menjadi topik penting yang tidak boleh diambil mudah. Apalagi sekiranya tuan dan puan berhajat untuk bekerja sendiri, memulakan perniagaan atau bekerja di rumah. Hutang kad kredit sekiranya tidak diurus dengan baik boleh mengheret kita kepada hutang sampai tua. Keazaman untuk selesaikan semua hutang mesti kuat. Contohnya mahu bereskan semua hutang dalam tempoh masa tertentu. Ilmu tentang pengurusan kewangan perlu dicari dan dipelajari.  Saya pasti ramai di luar sana yang mahu melangsaikan segala hutang dengan segera tapi tidak tahu bagaimana cara. Mahukan tuan dan puan sekiranya saya memperkenalkan satu ebook yang memberikan 12 teknik cara menyelesaikan hutang kad kredit? InsyaaAllah hutang kita boleh selesai tanpa perlu bayar semua hutang itu

Anak Yang Baik

Bismillah Seminggu kami pulang ke kampung meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta. Seminggu masih belum mencukupi untuk melawat semua saudara yang ada. Terasa cepat masa berlalu, belum puas berada di desa nan permai. Perjalanan balik lebih membosankan berbanding perjalanan pulang ke kampung. Ikutkan hati mahu sahaja lama-lama di kampung. Apakan daya tuntutan kerja dan sekolah anak perlu diutamakan. Biasanya dalam perjalanan ke mana-mana, ada sahaja perkara yang kami bincangkan bersama. Pengisian masa supaya perjalanan terisi dengan perkara yang berfaedah, bertukar pendapat, memahami dan menyelami hati pasangan. Antara waktu berkualiti kami berdua adalah semasa dalam perjalanan, boleh berbual bersama. Tiada gangguan gajet apabila suami memandu. Tiada bunyi bising apabila sistem audio kereta kami tidak digunakan. Banyak perkara yang mengajar kami erti syukur. Anak-anak dan kehidupan. Bersyukur Allah kurniakan kami anak-anak yang sihat dan baik. Di kala ada ibuba