Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tinta Ibu

Biarkan Kanak-Kanak Dalam Dunia Imaginasi Mereka

Pelbagai cara untuk menjadikan anak teruja untuk ke sekolah Anak perempuan saya perlu sentiasa digesa untuk ke sekolah. Apabila sampai di sekolah, barulah hendak sarung dan ketatkan kasut sekolah. Kadangkala saya terlupa untuk mengingatkan dia 10 minit sebelum sampai di sekolahnya. Pagi tadi saya dapat idea. Selepas menghantar anak yang paling kecil ke taska, sekarang giliran menghantar anak perempuan ke sekolah. "Pesawat kita akan mendarat kurang 5 minit dari sekarang. Penumpang diminta menyiapkan diri dengan lengkap termasuk pakaian, stoking dan kasut. Siapkan beg pakaian sekarang." Tiba-tiba anak perempuan saya menyampuk, “Kami jadi penerjun ibu, sekarang sudah siap bag terjunan” Toing! Idea yang bagus. Sumber: google "Baik, wahai penerjun. Siapkan bag dan kelengkapan. Pesawat sudah mula mencari lokasi yang sesuai untuk penerjun keluar." Apabila kereta sudah parkir, anak saya tidak berlengah seperti biasa. Terus sala...

Jawapan Semua Betul!

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Pagi tadi semasa hendak memandu ke tempat kerja, seperti biasa saya akan memasukkan bag ke dalam kereta. Saya melihat pemadam Umar ada di bawah kerusi di dalam kereta. Semasa sedang memandu, saya katakan kepada anak lelaki saya Umar, "Umar ambil pemadam di bawah kerusi dan simpan di tempatnya." Umar yang baru membuka buku aktivitinya ketika itu membongkok lalu mengambil pemadam tersebut. Semasa hendak memasukkan pemadam ke dalam poket, dia berkata,"Umar tidak perlu guna pemadam sekarang, jawapan Umar semuanya betul." Sekolahnya tidak menggunakan pemadam. Saya dapat lihat, anak saya tidak merasa bersalah sekiranya jawapannya salah. Dia hanya memotong dan menulis jawapan di sebelah jawapan tadi. Ada masa dia membetulkan jawapan dengan menulis jawapan yang betul di atas jawapan sebelumnya. Walaupun kadangkala kelihatan comot, saya biarkan sahaja. Impak positifnya, anak tidak merasa takut-takut untuk menulis ...

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Sabtu lepas, saya berkongsi di dalam Bengkel Guru Rangkaian Tadika ABS berkenaan perkembangan bahasa kanak-kanak di dalam slot Bahasa Budaya Tinggi.  Bahasa terbahagi kepada Bahasa Berkembang dan Bahasa Terhad. Bahasa Berkembang atau Bahasa Tinggi adalah bahasa yang digunakan di sekolah. Perkembangan bahasa kanak-kanak didorong oleh kemahiran lisan berbentuk interaksi linguistik. Kemahiran lisan membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melebihi membaca dan menulis. Kemahiran berfikir perlu ada dalam sistem pembelajaran termasuk interaksi antara guru dan anak-anak pelajar bukan sekadar soal dan jawab. Antara permainan yang menggalakkan pemerolehan bahasa adalah Permainan Memburu Perkataan. Dalam sesi ini saya menggunakan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam sebagai alat bantu. Cara permainan ini; 1. Setiap kumpulan diminta mengambil kad secara rawak. 2. Lukiskan Peta Bulatan menggunakan PETA i-Think (dalam sesi i...

Anak Belajar Secara Santai

Anak lelaki 6 tahun saya masih belum cekap menulis. Saya mencari suatu idea untuk mendorong anak saya lebih cekap menulis secara santai dan menyeronokkan sehingga anak-anak tidak sedar mereka sebenarnya sedang belajar. Saya memberikan tugasan untuk anak ini secara santai. Saya minta anak tulis seberapa banyak nombor kenderaan yang dilihat sepanjang perjalanan pergi dan balik. Perjalanan kami memakan masa hampir satu jam setiap pagi dan petang.  Semasa tugasan ini dijalankan, anak-anak kelihatan gembira dan seronok. Mereka melihat, membaca, menghafal dan menulis di buku nota. Ada masa kakak membantu adik menghafal nombor kereta yang bergerak laju. Mereka saling bantu-membantu dan mendorong satu sama lain. Saya membiarkan sahaja, melihat gelagat anak-anak. Ini baru percubaan pertama! Cuba teka ada berapa kenderaan yang telah ditulis nombor plat di sini?

Menerangkan Apabila Anak Bertanya

Saya mahu kongsikan sesuatu yang berlaku semalam di antara saya dan dua anak, 6 dan 8 tahun. Kami keluar membeli sedikit barang di pasaraya kecil berhampiran. Semasa mengambil mandian untuk bayi, anak lelaki 6 tahun berkata, "Umar mahu mandian ini, boleh?" Anak perempuan 8 tahun pula mengambil satu mandian lagi dan berkata, "Aiesyah mahu yang ini, boleh?" Ibu menggelengkan kepala. Mereka serentak berkata dengan nada memujuk, "Ala, boleh lah ibu." Ibu bawa kedua anak ini ke bahagian rak yang dipenuhi mandian jenama biasa. "Em, kita beli yang ini, 2Liter harganya baru RM8.90. Cuba lihat harga mandian yang Umar dan Aiesyah ambil, berapa harganya?" Aiesyah meneliti botol mandian dan berkata, "RM7.90. Umar punya RM6.90." Saya menduga dengan bertanya, "Jadi bagaimana sekarang?" Kedua mereka memeluk erat mandian yang telah masing-masing pilih. Baik. Kami ke kaunter bayaran. Pulang ke rumah, saya membuka Buku Belanja...

Permainan Bahasa Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Mahukah Puan saya kongsikan satu cara mudah untuk bergembira dengan anak-anak? Kad Imbas Bergambar ini saya beli 2 tahun lepas. Waktu itu saya hanya menceritakan kepada anak-anak pelajar tentang kisah Si Ayam berdasarkan gambar pada kad. Ia habis di situ. Tidak banyak idea untuk menggunakan kad imbas ini. Selepas menghadiri bengkel Berfikir Aras Tinggi beberapa bulan lepas, serta sesi perjumpaan dengan guru yang mengamalkan kaedah HOTS ini, idea menggunakannya semakin berkembang. Rupa-rupanya satu produk Kad Imbas Bergambar ini boleh dipelbagaikan permainan. Sebagai contoh, permainan bahasa, permainan bercerita mengikut imaginasi sendiri, mereka cerita selepas dan sebagainya. Kali ini saya kongsikan permainan perkembangan bahasa yang saya pernah lakukan bersama anak 6 dan 8 tahun. Bagaimana permainannya? 1. Pilih satu kad dan letakkan di atas meja. 2. Minta anak perhatikan gambar betul-betul 3. Sebutkan ap...

Apabila Anak Pandai Bermain Kata

Situasi 1: Suatu petang, seorang anak datang menghampiri ibunya. Dengan nada suara yang lembut, anak itu berkata,"Ibu, tolong bacakan" sambil menghulurkan sebuah buku cerita. Ibu yang sedang asyik membaca buku memberikan respon ringkas,"Minta tolong abah bacakan boleh?" Mendengar kata ibunya, anak terus menjawab,"Ibulah baca, suara ibu sedap." Situasi 2: Malam itu seusai solat Maghrib, anak duduk di meja bersama naskah Al-Quran seraya berkata,"Ibu marilah mengaji, Aiesyah sudah siap ni" Ibu memberi respon,"Abah tolong ajarkan Aiesyah ya" Mendengarkan itu, anak terus menjawab "Ibu setaman hati Aiesyah" Alahai anak pandai bermain kata. Terus kata kunci yang tidak bisa dibuka lagi.

Anak Lapan Tahun Mahu Blog Sendiri

Saya cuma ada seorang anak perempuan buat masa ini. Aiesyah lapan tahun. Beliau ada bakat dalam berbahasa. Aiesyah sudah pandai membaca sejak usianya lima tahun walaupun tidak belajar membaca secara formal. Sejak kecil beliau suka dibacakan buku cerita. Seingat saya hampir setiap hari Aiesyah tidak mahu tidur sekiranya tidak dibacakan buku. Tidur bertemankan buku adalah perkara biasa. Apabila mahu ke mana-mana, paling kurang satu buku mesti dibawa bersama. Tabiat suka membaca sudah berjangkit kepada abangnya Hakim yang dulu tidak suka membaca. Aiesyah pernah minta ibu buatkan satu blog untuk dia menulis selepas membaca cerpen Teta Pergi Turki dan Teta Balik Umrah. Terima kasih kepada kawan FB yang menghadiahkan dua buku ini. Nampaknya ibu perlu lakukan sesuatu untuk mengasah bakat menulis Aiesyah pula. Walaupun lancar membaca, Aiesyah belum pandai menulis dengan betul (ejaan), jadi ini adalah medium untuk beliau berlatih. Tahun ini ibu akan banyak dedahkan Aiesyah dengan...

Apakah Tajuk Yang Sesuai?

Ralat saya rasa apabila tidak ada entri baru di blog, sedangkan setiap hari sentiasa ada tetamu yang datang berkunjung. Apakah tajuk yang sesuai untuk saya tulis di sini? Saya sedang catatkan beberapa tajuk yang akan saya tulis, yang mana satu perlu saya tulis dahulu? 1. Tips memilih buku cerita untuk anak 2. Memcari buku untuk ajar anak cepat membaca 3. Buku ajar anak membaca yang ada di pasaran 4. Bagaimana memberi pengajaran kepada anak melalui bercerita Mana satu menjadi pilihan?

Bermula Dengan Blog Picisan

Bismillah Alhamdulillah Terima kasih Allah atas nikmat kesihatan hari ini. Jauh lebih baik dari semalam. Rasa sihat dan segar. Tiada lagi pening kepala, sakit perut, sakit badan. Alhamdulillah. Banyak perkara yang berlaku pada 3 hari cuti sempena hari kemerdekaan yang lepas. Kakak datang ke rumah dari kampung. Seronok anak-anak bukan main lagi bila bersama sepupu mereka. Hari Ahad kami berjalan ke Bukit Fraser, menikmati udara segar, nyaman dan dingin di atas bukit. Menghantar anak ke sekolah pada Isnin dan tidak sihat pada Selasa. Memandangkan hari ini adalah hari saya meneruskan cabaran 44 hari selepas 4 hari berehat (lama tu), saya mulakan dengan perkongsian penulisan blog. Saya suka menulis sejak berada di universiti. Apa yang ada dalam kepala saya luahkan di dalam diari. Sekarang diari itu masih tersimpan dalam kotak yang sudah keluar kutu buku. Tersimpan rapi dan tidak pernah dibelek lagi. Pada 2009 saya mula berjinak dengan bisnes online dan membina sa...

Bukan Susahpun Hendak Buat Baik

Bismillah Bunyi macam pelik sikit entri kali ni. Ceritanya begini, semalam saya keluar dengan anak-anak mencari sarapan. Kebanyakan gerai jualan pagi sudah tutup dan sudah habis makanan. Maklum sahaja jam sudah hampir jam 10 pagi. Kami berhenti di sebuah gerai, hanya nasi lemak biasa sahaja yang ada. Saya minta 3 nasi lemak bungkus. Semasa kakak peniaga membungkuskan nasi lemak saya, datang seorang lelaki dari kedai bertentangan. Beliau mahu 2 bungkus nasi lemak. Kakak peniaga kata, "Sekejap saya bungkuskan yang ini dahulu nanti tengok masih cukup atau tidak". Selesai 3 bungkus saya, kakak peniaga beritahu lelaki tadi, tidak cukup untuk bungkusan seterusnya. "Satu pun tak dapat ke kak?" Tanya lelaki tadi seperti mengharap. "Tak cukup lah dik" jawap kakak peniaga. Saya berasa simpati dan mahu saja berkata, ambil sahaja 1 bungkus saya punya. Tapi entah kenapa suara tersekat di kerongkong. Saya lihat sahaja lelaki tadi berlalu pergi sambil melintas ja...

Memahami Anak-Anak

Teks: Wan Rohani Sebagai ibu, ada masa saya rasa seperti orang asing dengan anak sendiri. Biasanya perasaan ini muncul apabila saya bercakap atau menyuruh sesuatu, anak buat tidak tahu. Sekarang baru saya faham perasaan ibu saya apabila saya tidak laksanakan apa yang ibu saya minta. Ada masa bila saya minta sesuatu, anak-anak menjawab dan memberi alasan mereka sendiri. Petang semalam, selesai menyusukan baby Ammar, saya minta Aiesyah bawakan kerusi baby untuk saya letak dan tidurkan baby. "Boleh tak ibu bawa baby ke sini dan letakkan baby di tempat kerusi baby berada" jawab Aiesyah. Memang betul pun apa yang Aiesyah katakan, adakala saya sebagai ibu perlu bijak apabila meminta sesuatu dari anak-anak. Mereka juga tidak suka disuruh-suruh. Bila saya fikirkan semula, banyak sangatkah permintaan saya kepada anak-anak? Setiap hari saya perlu ulang banyak kali perkara yang sama, suruh anak-anak mandi, kemas bilik, kemas barang mainan yang bersepah, suruh mengaj...

Doa Apabila Ditimpa Musibah/Kehilangan

Bismillah Alhamdulillah Wahai Allah Yang Maha Pengasih Wahai Allah Yang Maha Penyayang Wahai Allah Yang Maha Pengampun Terima kasih memberikan kami kasih sayang yang tidak terhitung. Bantulah kami untuk memberikannya kepada mereka yang sedih, sakit dan kesunyian. Berikanlah mereka kekuatan untuk terus hidup dan beriman kepadaMu. Wahai Allah yang menerima taubat, ampuni kami. Semalam 22 Ogos 2014 adalah hari negara menerima kepulangan mangsa tragedi #MH17. Seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas apa yang telah menimpa mangsa tragedi. Sekalung takziah untuk keluarga mangsa, moga Allah beri kekuatan kepada mereka. Menerima berita kehilangan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun barangsiapa yang redha dengan ketentuan Tuhan, akan diampuni dosa dan ditambah phala berganda, InsyaaAllah. Ibu kongsikan di sini satu doa yang elok diamalkan apabila ditimpa musibah atau kehilangan sesuatu termasuk orang yang kita sayang. Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguh...

Terima Kasih Allah

Bismillah Salah satu cara untuk mengajar diri bersyukur adalah dengan sentiasa mengucapkan terima kasih. Terima kasih Allah. Ungkapan yang biasa ini payah juga terlantun dari bibir jika tidak dibiasakan. Terima kasih Allah aku masih bernafas hari ini Terima kasih Allah Engkau berikan aku kesihatan yang baik Terima kasih Allah suamiku masih ada, sihat sejahtera Terima kasih Allah anak-anak masih ada disampingku setiap hari Apabila menyebut ungkapan terima kasih setiap kali bangun pagi, hati lebih tenang. Kasih sayang kepada pasangan dan anak-anak semakin bertambah. Baru semalam saya mendapat khabar sedih seorang kawan sekolah saya kehilangan anak lelaki beliau buat kali kedua. Jadi amatlah tidak wajar sekiranya saya tidak bersyukur dengan kurniaan 3 anak lelaki yang sihat dan comel. Kami mahu anak-anak sentiasa berterima kasih dengan apa yang ada. Berterima kasih tandanya bersyukur dan tidak mengeluh dengan yang belum ada.  Apabila kami makan makanan yang ...

Anak Yang Baik

Bismillah Seminggu kami pulang ke kampung meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta. Seminggu masih belum mencukupi untuk melawat semua saudara yang ada. Terasa cepat masa berlalu, belum puas berada di desa nan permai. Perjalanan balik lebih membosankan berbanding perjalanan pulang ke kampung. Ikutkan hati mahu sahaja lama-lama di kampung. Apakan daya tuntutan kerja dan sekolah anak perlu diutamakan. Biasanya dalam perjalanan ke mana-mana, ada sahaja perkara yang kami bincangkan bersama. Pengisian masa supaya perjalanan terisi dengan perkara yang berfaedah, bertukar pendapat, memahami dan menyelami hati pasangan. Antara waktu berkualiti kami berdua adalah semasa dalam perjalanan, boleh berbual bersama. Tiada gangguan gajet apabila suami memandu. Tiada bunyi bising apabila sistem audio kereta kami tidak digunakan. Banyak perkara yang mengajar kami erti syukur. Anak-anak dan kehidupan. Bersyukur Allah kurniakan kami anak-anak yang sihat dan baik. Di kala ada ibuba...

Selamat Meneruskan Puasa

Bismillah.. Alhamdulillah sudah memasuki 26 Ramadhan. Masih berbaki 3 hari lagi. Apakah sedih akan meninggalkan Ramadhan atau gembira dengan ketibaan Syawal? Lemahnya imanku Ya Allah. Ibu baru beberapa hari puasa. Baby Muhammad Ammar  memasuki hari ke 53. Sudah bulat dan gepu pipi :) Anak-anak sudah teruja mahu pulang ke kampung, maklum sahaja sudah lama kami tidak balik. Pertama kali baby Muhammad akan berjumpa dengan Tokki Tokche dan Tokmek. Selamat meneruskan puasa yang masih berbaki beberapa hari. Keseronokan sambut raya jangan sampai kita melalaikan ibadah yang diberi pahala berganda bulan berkat ini. Banyak sangat kekurangan ibu rasakan Ramadhan kali ini. Anak adalah anugerah dan nikmat yang tiada nilai, namun anak juga adalah ujian bagi ibu. Terlewat solat, susah bangun solat malam, kurang mengaji, dan banyak lagi. Baik, semoga berjumpa lagi. InsyaaAllah.

15 Tips Mudah Bersalin; Kongsi Pengalaman Sendiri

Bismillah walhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Terima kasih Allah Kelahiran anak ke-4, Muhammad ke-3 dalam keluarga kecil kami pada 4.36 pagi Isnin 3 Syaaban 1435H Suatu kelahiran yang dinanti selepas 40 minggu + 17 hari. Ramai yang tanya, tak induce ke? Doktor tak marah ke? Baby ok ke lama dalam perut? Selamatkah? Macam-macam lagi soalan yang keluar semasa menanti kelahiran bayi ini. Sehingga pada mulanya ibu sendiri keliru apakah betul apa yang ibu lakukan dengan hanya menunggu sahaja signal datang. Alhamdulillah itulah yang terbaik bagi ibu dengan sokongan suami, dan keluarga terdekat terutama ibu ayah dan ibu mertua. Allah makbulkan doa mereka supaya ibu dan bayi selamat, InsyaaAllah. Terima kasih juga kepada semua rakan yang mendoakan. Ibu ingin kongsikan tips untuk memudahkan kelahiran atau mempercepatkan proses kelahiran. Natural Inducer bukan dengan menyerah diri bulat-bulat ke hospital dan doktor akan masukkan sejenis ubat yang d...

Toleransi Hidup Berkeluarga

"Asyik aku sahaja yang kena buat semua kerja rumah, habis dia buat apa? Duduk goyang kaki depan tv sambil baca suratkhabar, tolong lah sikit. Nak masak lagi, basuh baju sekolah anak lagi". Bebelan isteri semasa tangan pantas menyapu lantai yang berselerak dengan cebisan kertas hasil seni anak-anak. Situasi yang jarang berlaku, sekarang suami dan isteri masing-masing pandai memainkan peranan, bertolak ansur dalam hal rumahtangga seoiranya tiada pembantu yang menguruskan hal rumah. Keharmonian rumahtangga terletak pada peranan yang dimainkan oleh pasangan suami isteri. Tahu tanggungjawab dan boleh bertoleransi dalam semua hal. Sekiranya mampu, ambil pembantu rumah sepenuh masa atau cukup yang datang satu atau dua hari seminggu. Ada yamg suka menggunakan gadget kerja rumah, bergantung kepada pilihan masing-masing. Setiap keluarga itu unik, setiap pasangan berbeza. Sesekali tinggalkan rutin yang biasa, hantar baju ke kedai dobi, ambil yang sudah siap bergosok. Tempah atau ...

Sabtu 16 November 2013 Ujian Diagnostik Main Tudung Botol

Bismillah Aiesyah baru sahaja balik dari ujian diagnostik untuk kemasukan ke darjah satu tahun hadapan. Beberapa minit selepas sampai di sekolah, abah telefon ibu beritahu Aiesyah tidak mahu masuk ke kelas dan membuat ujian. Ibu beritahu abah supaya Aiesyah mencari rakan-rakan di tadika pasti. Alhamdulillah ada kawannya yang dapat memujuknya masuk ke kelas. Ibu fikir ada dua perkara yang menyebabkan Aiesyah tidak mahu masuk. 1. Suasana yang berbeza. 2. Pakaian yang berbeza. Pelajar lain semua memakai pakaian sekolah lengkap, cuma Aiesyah seorang sahaja memakai unifom Pasti. Ibu yang tidak sempat belikan pakaian sekolah. Sampai sahaja di rumah, Aiesyah beritahu, "Ibu best tadi Aiesyah pergi sekolah, dapat markah 100" Oh ye sudah dapat markah ke? Ibu tanya kepada abah. Abah kata mana ada. Emmm rupanya Aiesyah seronok agaknya dapat jumpa kawan dan dapat jawab lah tu. Alhamdulillah. Semasa Aiesyah dan abah tiada di rumah, ibu lawan main 'che...

Persediaan Cuti Sekolah Sesi 2013

Bismillah Hari ini adalah hari kedua terakhir sebelum berakhir sesi persekolahan sesi 2013. Kami di sini sibuk dengan persedian Hari Anugerah yang akan berlangsung Sabtu ini 16 Nov 2013. Ibu dipertanggungjawabkan untuk uruskan 2 persembahan pelajar, nasyid dan lakonan. Seronok walaupun penat! Sejak berbadan dua tenaga yang ada seperti 60% sahaja daripada sebelum ini. Cepat penat. Mungkin disebabkan kurang selera makan beberapa minggu ini. Bila bermula cuti sekolah ibu percaya banyak aktiviti bersama keluarga di rancang. Kem Cuti Sekolah untuk anak-anak atau percutian bersama keluarga seperti menjadi acara wajib apabila tiba cuti sekolah. Hakim anak sulung ibu pertama kali akan menyertai kem cuti ini selama 3 minggu di Kemaman, Terengganu. Nampaknya Hakim sudah tidak sabar untuk ke sana. Alhamdulillah. Aktiviti yang belum dirancang untuk Aiesyah dan Umar. Serta aktiviti untuk diri sendiri memandangkan abah bekerja seperti biasa. Bila tiada aktiviti, anak-anak akan k...