Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis. 

Anak-Anak Mudah Menulis Dengan Bermain Monkey Bar

Alhamdulillah hari ini 1 Disember 2013. Bermakna tinggal 30 hari lagi kita akan memasuki tahun baru 2014. Monkey Bar? Apa tu? Mula-mula mendengarnya ibu ingat Monkey Bar ini adalah satu permainan online. Rupanya tempat anak-anak main gayut-gayut. Ini Monkey Bar Ibu juga baru tahu yang permainan Monkey Bar membantu anak mudah menulis. Ibu baca di blog Puan Nik Eliani  penulis buku Bacalah Anakku dan Read Easy. Di tadika kami ada monkey bar ini, dan ibu perhatikan tidak semua pelajar berani untuk memanjat dan bergayut. Namun ramai juga yang berani beraksi seperti ahli gimnastik, lagak seperti kelawar tidur dengan kepala di bawah dan hanya bergayut dengan kaki. Ada juga yang boleh membuat pusingan badan 360 darjah! Ibu ingat pelajar yang boleh membuat aksi begini hanya mempunyai keberanian yang tinggi dan kekuatan badan terutama di bahagian atas badan. Rupanya aktiviti ini dapat membantu memudahkan anak-anak menulis; 1. Anak-anak mempunyai kekuatan bahagian