Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Sabtu 16 November 2013 Ujian Diagnostik Main Tudung Botol

Bismillah Aiesyah baru sahaja balik dari ujian diagnostik untuk kemasukan ke darjah satu tahun hadapan. Beberapa minit selepas sampai di sekolah, abah telefon ibu beritahu Aiesyah tidak mahu masuk ke kelas dan membuat ujian. Ibu beritahu abah supaya Aiesyah mencari rakan-rakan di tadika pasti. Alhamdulillah ada kawannya yang dapat memujuknya masuk ke kelas. Ibu fikir ada dua perkara yang menyebabkan Aiesyah tidak mahu masuk. 1. Suasana yang berbeza. 2. Pakaian yang berbeza. Pelajar lain semua memakai pakaian sekolah lengkap, cuma Aiesyah seorang sahaja memakai unifom Pasti. Ibu yang tidak sempat belikan pakaian sekolah. Sampai sahaja di rumah, Aiesyah beritahu, "Ibu best tadi Aiesyah pergi sekolah, dapat markah 100" Oh ye sudah dapat markah ke? Ibu tanya kepada abah. Abah kata mana ada. Emmm rupanya Aiesyah seronok agaknya dapat jumpa kawan dan dapat jawab lah tu. Alhamdulillah. Semasa Aiesyah dan abah tiada di rumah, ibu lawan main 'che

Persediaan Cuti Sekolah Sesi 2013

Bismillah Hari ini adalah hari kedua terakhir sebelum berakhir sesi persekolahan sesi 2013. Kami di sini sibuk dengan persedian Hari Anugerah yang akan berlangsung Sabtu ini 16 Nov 2013. Ibu dipertanggungjawabkan untuk uruskan 2 persembahan pelajar, nasyid dan lakonan. Seronok walaupun penat! Sejak berbadan dua tenaga yang ada seperti 60% sahaja daripada sebelum ini. Cepat penat. Mungkin disebabkan kurang selera makan beberapa minggu ini. Bila bermula cuti sekolah ibu percaya banyak aktiviti bersama keluarga di rancang. Kem Cuti Sekolah untuk anak-anak atau percutian bersama keluarga seperti menjadi acara wajib apabila tiba cuti sekolah. Hakim anak sulung ibu pertama kali akan menyertai kem cuti ini selama 3 minggu di Kemaman, Terengganu. Nampaknya Hakim sudah tidak sabar untuk ke sana. Alhamdulillah. Aktiviti yang belum dirancang untuk Aiesyah dan Umar. Serta aktiviti untuk diri sendiri memandangkan abah bekerja seperti biasa. Bila tiada aktiviti, anak-anak akan k

Aktiviti Meningkatkan Kemahiran Motor Halus Kanak-Kanak

Kemahiran motor halus merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat pergerakan. Contohnya seperti menggenggam, memegang, melukis dan sebagainya. Ibu perhatikan kanak-kanak yang mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar. Anak-anak yang selalu didedahkan dengan permainan yang melibatkan anggota tangan dan kaki lebih terkehadapan dalam kemahiran motor halus. Dahulu ketika kecil, kita biasa bermain dengan tanah dan pasir, guli, batu-batu kecil, buah getah dan sebagainya. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membantu semasa kita mula belajar menulis di sekolah. Antara aktiviti yang boleh meningkatkan motor halus adalah seperti berikut: 1. Bermain tanah liat atau play doh . Atau bermain dengan pasir. 2. Membuka dan menutup penutup botol 3. Memasukkan benang ke dalam lubang. Ikat benang seperti mengikat tali kasut. Anak ibu Umar mula be

Selamat Tahun Baru 1435 Hijrah

Bismillah Rupanya sudah lebih sebulan blog ini tiada entri baru. Menulis ini merupakan tabiat yang tidak boleh ditinggalkan, jika ditinggalkan ia menjadi tawar dan hampar. Walaupun sentiasa ada perkara yang hendak ditulis, ianya bakal hilang begitu sahaja jika tidak ditulis di buku nota. Baru-baru ini ibu telah muat turun satu aplikasi mudah Evernote yang membantu ibu menulis idea di saat tiada talian internet. Apabila line internet diaktifkan cuma terus masukkan sahaja. Walaupun bunyinya seperti mudah, namun masih juga tidak dapat dilakukan seperti dirancang.  Alhamdulillah hari ini ibu boleh linang bersama anak-anak di rumah. Tidak sabar untuk bercuti. InsyaaAllah ibu akan terlibat dengan kelas membaca dan Kem Tahfiz untuk anak-anak 4-6 tahun cuti sekolah ini sehingga 14 Disember. Selepas tarikh tersebut kami akan habiskan masa di kampung sehingga penghujung tahun 2013, jika diizinkan Allah. Hari ini adalah hari terakhir di tahun 1434H, maghrib nanti akan masuk 1 M