Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pendidikan Al-Quran

Menerangkan Adab Meminta Izin Kepada Anak

Sumber Google Ibu: Mahukah anak-anak ibu belajar tentang adab-adab yang disebutkan di dalam Quran? Anak: Nak, nak. Adab apa ibu? Ibu: Adab yang pertama: Larangan masuk ke bilik ibu dalam 3 waktu kecuali dengan izin. Ada 3 waktu, anak-anak tidak boleh masuk ke dalam bilik ibu dan abah kecuali dengan izin Anak: Waktu apa ibu? Ibu: Waktu pertama sebelum Subuh Kedua waktu tengahari Ketiga selepas Isyak Apabila hendak masuk, perlu minta izin dengan memberi salam. Begini caranya, "Assalamualaikum, boleh saya masuk?" Selepas diberi keizinan barulah masuk. Anak: Kenapa begitu ibu? Ibu: Itu adalah arahan yang telah ditentukan oleh Allah. Ada disebutkan di dalam Surah An-Nur: Ayat 58. Surah ini di ayat pertama, Allah sebutkan bahawa ini adalah surah yang Allah turunkan dan wajibkan hukumnya supaya manusia beringat. Sebelum subuh - mungkin ibu dan abah belum lagi bangun. Tengahari - waktu panas, waktu mandi dan menukar pakaian Selepas Isyak - waktu ti...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Menggunakan Kad Imbas Sebagai Alat Bantu Mengajar Anak Membaca Al-Quran

Kad imbas adalah alat bantu mengajar yang sering digunakan di sekolah pra, tadika mahupun sekolah biasa. Penggunaan kad imbas dapat meransang otak kanan dan otak kiri. Kad imbas boleh digunakan kepada anak-anak seawal bayi. Kad Imbas IQRA' Kad Imbas mestilah besar dan mudah dilihat. Warna yang baik digunakan untuk kad imbas adalah putih, hitam dan merah. Tulisan merah atau hitam dengan warna putih sebagai tanah, dapat menarik perhatian anak-anak. Perkataan flash card berasal dari 'flash' dan 'card' menunjukkan kad dengan cepat, 1 kad 1 saat atau kurang dari 1 saat. Pendekatan yang digunakan adalah seperti cara otak berfungsi, apabila menyebut rumah contohnya, otak terus menggambarkan rumah dengan cepat.Menggunakan kad imbas dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan dan IQ anak. Sememangnya pembelajaran menggunakan kad imbas ini adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang menerima maklumat secara menyeluruh (ho...

Teknik Mudah Belajar Membaca Quran dan Belajar Tajwid

Ibu pernah kongsikan di sini bagaimana ibu mengajar anak-anak mengaji. Ibu-ibu di luar lebih cemerlang dalam mendidik anak mengaji, ada yang menghantar kepada guru Quran dan ada yang mengajarkannya sendiri. Mengajar anak kebaikan walaupun 1 huruf pasti dibalas juga dengan kebaikan. Apalagi jika mengajarkan ayat-ayat Allah. Ibubapa memerlukan kesabaran yang lebih tinggi apabila mengajar anak sendiri, ini yang selalu ibu dengar daripada kawan-kawan yang mengajar anak-anak di rumah. Ibu kagum dengan ibu yang mampu mengadakan 'homeschooling' secara formal di rumah. Itu antara cita-cita ibu, ibu cintakan dunia pendidikan kanak-kanak. Satu huruf akan mendapat 10 pahala kebaikan, mengajarkan anak membaca basmalah yang mempunyai 19 huruf sudah mendapat 190 pahala kebaikan InsyaaAllah. Setiap hari berapa kali anak membacakan basmalah? Bayangkan setiap kali anak membacanya, pahala mengalir kepada kita yang mengajarkannya. Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belaja...

Teknik Mudah Belajar Mengaji Quran

Ibu dulu belajar mengaji menggunakan Muqaddam, kalian belajar mengaji bagaimana? Kaedah Muqaddam adalah teknik yang digunakan dahulu, sekarang ini banyak kaedah yang diperkenalkan untuk memudahkan proses pembelajaran al-Quran. Tujuan semuanya sama untuk memandai kita membaca Quran. Terdapat lebih 16 kaedah telah diperkenalkan di Malaysia, antara yang popular Iqra', Qiraati, Al-Barqy, Al-Matien (Ustaz Zamri), Al-Baghdadi, dan banyak lagi termasuk kaedah Muqaddam. Itu belum lagi termasuk belajar secara interaktif menggunakan CD seperti e-Iqra' dan Quran Digital yang banyak dijual di pasaran. Walaubagaimanapun, bagi ibu tiada teknik terbaik kerana teknik terbaik adalah yang paling sesuai dengan seseorang individu itu. Setiap individu berbeza teknik terbaik masing-masing. Bagi ibubapa dan pendidik, menggunakan pelbagai kaedah atau teknik pembelajaran dapat membantu anak/pelajar menyesuaikan diri dengan teknik yang disukai. Hakim mula belajar quran secara formal ket...