Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Bila Tiada Idea Menulis Di Blog

Ibu lihat entry blog ibu yang lama-lama, memang mengimbau kenangan bila membacanya. Ada yang gembira, ada sedih, walaupun sebaik mungkin tiada yang pahit, biar semua yang pahit ibu telan sendiri. Ibu mahu setiap tutur kata menjadi inspirasi, menjadi panduan, membuatkan otak berfikir mencari titik perubahan yang bakap merubah hidup menuju redha Ilahi. Beberapa hari ini, mata ibu ini dicemari dengan kata-kata keji, nista, cacian dan kekotoran mulut dan jari jemari  insan yang seagama dalam melontarkan pandangan peribadi memberi tindakbalas kepada situasi yang berlaku di negara tercinta ini. Tidak kurang juga yang sanggup putus kawan (unfriend) di facebook dek kerana berbeza pandangan dan saling mengata untuk menang hujah. Pandangan peribadi adalah pandangan peribadi, usah dikotori dengan cacian dan kata-mengata yang mengeruhkan keadaan. Kadang-kadang dalam sesetengah situasi diam itu adalah lebih baik. Secara peribadi, ibu memang tidak gemar membaca perkataan negati

Indahnya Berbudi Kepada Tanah

Pagi Sabtu pagi yang cukup cerah, damai dan menenangkan. Apa khabar anda pagi ni? Ibu doakan anda dalam kesihatan yang baik. Apa perkara pertama yang anda lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur? Berdoa dan bersyukur, syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan melaksanakan tugas hari ini, syukur masih ada ibu bapa yang kita masih punya ruang dan waktu untuk berbakti kepada mereka, syukur masih punya suami yang sihat dan baik, bertanggungjawab, syukur ada anak-anak yang boleh kita curahkan kasih sayang. Semuanya syukur, syukur, syukur. Fokus pada kesyukuran (yang banyak) dan bukan kekurangan (yang sedikit) Ibu memandang ke luar, pokok pisang hidup subur di depan sana, tidak lama lagi dengan izin Allah akan mengeluarkan hasil. Pohon buluh madu yang sudah meninggi dan menjadi tempat berteduh ibu waktu petang. Sungguh indah dan tenang pohon ini, pohon yang tiada dosa, sentiasa berzikir kepada Allah. Cerita mula-mula menanam pohon buluh dan pokok pisang di sini . P

Makanan Best Di Saigon, Vietnam

Jika ke Saigon atau Ho Chi Minh City, Vietnam usah risau tentang makanan, banyak restoran makanan halal terdapat di sana, dan ada juga restoran yang diusahakan oleh orang Malaysia yang merantau di sana. Makanan yang disajikan juga tidak jauh beza dengan makanan di Malaysia, sajian ayam dan ikan terutama restoran milik masyarakat Melayu Champa. Restoran VN Halal yang terletak di tengah bandar Saigon, berdekatan dengan Ben Thant Market. Jika ke sini jangan lupa minum air kopi vietnam.. memang kaw! Ini antara makanan yang sempat ibu nikmati semasa di Saigon tahun lepas. Tiada dalam gambar air kopi susu Vietnam dan air kelapa. Jika anda berkesempatan ke Saigon, jangan lupa mencuba air tersebut. Popiya ni serius sedap sangat!  Sup Sayur, ada bendi.  Ikan sweet sour, memang sedap, tidak pasti ikan apa Sambal belacan pun nak ambil juga! Ibu up gambar ni bukan apa, rindu nak ke Saigon.... suasana jalanraya yang sibuk, pasar yang penuh manusi

Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal

Semalam ibu berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Konvensyen Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal peringkat Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Perancangan asal mahu ke perjumpaan re-charge Alumni IMKK Dr Azizan, tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ibu tukar plan ke Shah Alam. Walaupun ibu tidak layak untuk menyertai kerana bukan status ibu tunggal atau ibu tinggal, tapi disebabkan minat sangat dengan panel yang dijemput, ibu pergi jua mencedok sedikit ilmu. Pendaftaran bermula 8 pagi, ibu memang mahu sampai lewat kerana mahu mendengar apa yang disampaikan penceramah sahaja termasuk YB Hjh Rodziah yang sangat ibu kagumi. Ibu sampai semasa YB Hjh Rodziah menyampaikan ucapan merasmikan konvensyen, kemudian majlis rehat untuk minum pagi. Selepas itu majlis disambung dengan perkongsian oleh panel penceramah. Memang berbaloi, kerana panel bukan calang-calang mereka pakar dalam b

Home is Cool! Better Than School

Pagi Sabtu yang tenang dan nyaman, cuaca redup di sini, matahari malu-malu untuk menampakkan diri. Sesekali gerimis menambahkan lagi suhu nyaman. Anak-anak awal pagi sudah bangun, sudah terbiasa walaupun hari cuti sekolah. Ibu selalu ingatkan abang Hakim bangun awal untuk solat Subuh. Ibu mencari idea memulakan sekolah di rumah yang cool dengan pembelajaran yang menyeronokkan. Memandangkan Umar tidak mahu ke Playschool, 1 hari pergi, 4 hari di rumah. Bangun awal bersiap tapi lepas ibu hantar Aiesyah je, mula lah si Umar dengan pelbagai cara menarik minat ibu supaya membawanya pulang. Aiesyah pula ke tadika dengan jadual sendiri, formulanya senang seperti ini, hari ini sekolah, esok tak sekolah, kemudian sekolah, pasti tak sekolah. Nampaknya Aiesyah lebih pandai mengatur jadualnya sendiri. Ibu sendiri tidak pasti apa yang berada di fikiran anak ibu 5 tahun ini.  Pernah ibu tanya,"Sekolah best atau rumah best?" Jawab Aiesyah,"Rumah lagi best"

Resepi Akok Ringkas | Akok Triangle

Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan, ibu doakan kalian berada di bawah lembayung rahmat Allah dan diberikan kebaikan serta rezeki yang melimpah ruah penuh barakah. Ibu tercari-cari topik yang sesuai pagi ini, nampak gaya 'akok' sering muncul di fikiran jadi ibu buat keputusan untuk kongsikan resepi 'akok' ringkas ini. Kami sekeluarga memang sukakan kuih tradisional ini, bila balik kampung selalu singgah di gerai sebelum sampai Jerteh untuk dapatkan kuih idaman hati ini. Sungguh enak di makan masa panas :) Sebelum ini ibu hanya tahu beli sahaja, sehinggalah terlihat rancangan Resepi Ummi di TV Al-Hijrah. Memang senang sahaja membuatnya dengan menggunakan pembakar roti. Ingatkan bila ada arang aje boleh bakar akok.  Bahan-bahan dan cara membuatnya 200ml pati santan (1 bungkus santan kecil tu sedang elok je 200ml) 150gm manisan/gula melaka (ibu kurangkan sikit kuantiti untuk kurangkan manis) 100ml air - dimasak bersama manisan sehingga ca

Jumbo Sport Day: Hakim's School

Bismillah, segala pujian dan kesyukuran hanya layak untuk Allah tuhan sekalian alam. Bukit Beruntung, Sabtu 14 April 2012: Hari sukan sekolah Hakim untuk tahun 2012 atau dikenali sebagai Jumbo Sports Day. Acara bola jaring, bola sepak, lontar peluru dan pelbagai acara padang telah diadakan sebelumnya (pada minggu yang sama). Hari ini lebih kepada acara sukaneka dan sedikit acara balapan. Sabtu kedua bermakna Abah kerja, ibu menjadi pengurus membawa 3 anak ini ke padang sekolah Hakim. Seawal jam 7 pagi kami bergerak dari rumah. Membawa bekalan roti sosej dan nugget goreng serta air kosong. Sampai sahaja di sekolah, Hakim terus menyertai rakan-rakan yang di lain mengikut rumah masing-masing, kuning, hijau, merah juga biru. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, kemudian acara kawat dan persembahan tabik hormat dan slogan setiap rumah. Seronok anak berdua ni melihat abang/kakak berkawat, bukan apa ni, sibuk mencari abang Haki

Teknik Tidak Menegur Kesilapan Anak

Bismillah.... Ya Allah berikan kami kebaikan hari ini, berjumpa dengan orang yang baik-baik sahaja, dapat menambah nilai hidup orang lain dengan izinMu Ya Allah. Bukan senang menjadi penulis (berangan menghasilkan buku panduan best-seller!) Memerah idea dan meluahkan dengan kata-kata yang tersusun dan baik bahasanya. Menulis dengan tenang di waktu sunyi tanpa gangguan sesiapa, seperti sekarang ini. Target ibu untuk aktif menulis di blog sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, bukan sekali seminggu ya! 3 kali diambilkira bila menulis perkara kebaikan yang boleh menambah nilai hidup orang lain atau dengan kata lain pembaca budiman yang dikasihi Allah dan Rasul. Jika ada selingan itu dikira sunat sahaja di sini Pagi ini 14/04/2012 Sports Day di sekolah Hakim, minggu ini straight pakai baju sukan ke sekolah, terpaksa ibu basuh dan jemur di bawah kipas sebab baju sukan ada sehelai sahaja. Seronok betul Hakim excited anak ibu ini, petang semalam Hakim tunjukkan pada ibu di

Bagaimana Mengawal Emosi Ketika Marah

Bismillah, ibu hilang sabar dengan perlakuan anak yang bermain barang yang ibu ingin pos sehingga terkoyak balutannya. "Boleh tak jangan kacau barang ibu?" marah ibu dengan nada tinggi. Anak menangis dan mengadu kepada kakaknya, "Ibu marah Umar...." terisak-isak. "Tak apa, kak Aiesyah kan ada, mari kita main color-color" pujuk si kakak. Anak-anak yang normal biasanya melakukan eksplorasi dengan kreativiti mereka sendiri. Terbalikkan cawan mahu melihat hasilnya, owh air tumpah ke bawah, atau menyusun semua bantal di atas lantai dan memijaknya satu persatu sambil berkata "1,2,3, ketuk, sungai ini ada buaya.... lariiiiii...!" Menggunting langsir sehingga terputus dua, melukis bulatan besar di dinding rumah dengan 'high performance' marker! Ini semua tanda anak normal, lincah, ceria, kreatif. Bila marah anak berlari hingga terhantuk dinding, ada ibu lain yang punya anak tidak mampu berlari mahupun bertatih sendiri. Bila marah a

Aura Positif Anak-Anak

Sudah hampir jam 12 malam. Anak-anak lena dibuai mimpi seusai menyiapkan kerja sekolah. Ibu sayu melihatkan Hakim yang lembik kurang bermaya. Mata anak ibu ini kelihatan merah semasa ibu mengambilnya di sekolah petang tadi. Pelbagai andaian di dalam benak ini, bergaduhkah? Kena marah dengan guru kah? Jatuh kah? Sebaik masuk sahaja dalam kereta, air mata jatuh dari kelopak mata sambil berkata "Hakim demam". Tangan ibu tangkas merasa kepala Hakim dan ternyata kepala dan badan Hakim panas melebihi suhu badan normal. Ibu pegang bahu Hakim seraya berkata dengan nada memujuk "Hakim demam? Sikit sahaja ni, esok baik lah ni" Niatnya supaya Hakim berhenti menangis rupanya semakin tersedu. "Mu'alimmah kata esok tak payah datang sekolah" kata Hakim sambil menangis. Oh anak ibu kan kuat, Hakim memang jarang sakit,  ibu sendiri sudah lupa bila kali terakhir Hakim demam panas begini. Antara ke-3 anak ibu Hakim anak yang paling kuat antibodi (jika ibu boleh