Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Pencinta Buku & Majalah

Jika tiada apa-apa perancangan hujung minggu ini, apa kata bawa keluarga ke 2 karnival buku yang di adakan di Shah Alam. 1. Karnival MPH 2. Karnival Karangkraf   Click image for bigger view Jumpa di sana.... :D

Nasi Dagang

Pagi ni saya masak pulut kuning dengan gulai ayam, sudah beberapa hari Hakim dan Aiesyah duk minta ibu buatkan 'nasi kuning'. Kali pertama saya masak pulut kuning pada Hari Raya Haji yang lepas. Ibu masak agak lewat dan tak sempat Hakim nak bawa bekal pulut kuning ke Taska. Pada Ahad yang lepas saya masak nasi dagang bagi tujuan potluck Gathering , ini merupakan nasi dagang ke-3 saya buat 100%.  Saya ingin sangat berkongsi dengan anda semua resepi Nasi Dagang versi comellote :D manalah tahu kut2 ada yang nak cuba masak Nasi Dagang kan? Saya pun masih belajar juga jadi ada bahan yang saya agak2 sesedap rasa jer letak. Bahan-bahan Nasi: 1. Beras nasi dagang - direndam sekejap sebelum dikukus dalam 10-15 minit 2. Bawang merah - dihiris halus 3. Halia - dihiris halus 4. sedikit halba 5. Air masak 6. Santan pekat - di masak dengan api perlahan dan diletakk sedikit garam Bahan-bahan Kuah Ikan (Gulai ikan) 1. 1kg Santan pekat 2. 5/6 gelas air 3. 6 ulas bawang merah 4

Walker, Kebaikan atau Keburukan

Kebanyakan bayi berusia lingkungan 5 hingga 15 bulan menggunakan 'walker' termasuk juga anak-anak saya. Jika kita ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan rutin bayi selalunya misi nurse akan mengingatkan kita 'penggunaan walker adalah tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan parah kepada bayi' Kenapa tidak digalakkan? Saya menggunakannya untuk anak-anak saya ok jer... :) Alhamdulillah mungkin kerana rumah saya tiada tangga tinggi dan penggunaannya sangat terhad (waktu-waktu tertentu sahaja).Walker adalah cara saya menangani situasi berikut: 1. Hakim atau Aiesyah bising "Ibu...! Amiklah Umar ni, Umar kacaulah Hakim/Aiesyah nak wat kerja ni!" Kerja diorang selalunya dengan buku-buku atau guli (hobi terbaru). Umar pula sangat suka mengusik kakak dan abangnya sebab dia memang suka 'rasa' buku dan guli tu :D 2. Apabila saya hendak menyapu atau mengemop 3. Anak menangis dan ibu dah tak tahu nak pujuk macamana.... konon letak dalam w

Frust dengan Gathering 1, Gathering 2 Pulak :-)

Walaupun berasa sedikit sedih dan kecewa kerana tidak dapat bersama-sama dengan rakan blogger yang lain menyertai MBP gathering , saya tetap ceria demi anak-anak. Yang bagusnya suami tetap cool aje seperti tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa banyak kali diminta oleh saya pusing kawasan Taman Tasik Shah Alam. Apabila perut sudah mulai lapar dan anak-anak sudah meragam kami berhenti di kawasan berhampiran dengan Masjid Negeri Shah Alam. Abang, Hakim dan Umar mengikut tema Go Green, tapi ibu dan Aiesyah pakai pink sebab memang tak ada baju color hijau dan saya perlu pakai nursing shirt . GoGreen kami raikan sekeluarga kerana berada di hutan rimba Taman Tasik Shah Alam :-P   Apalah yang baby Umar duk fikir tu? Awning tudung saya jadi tak cantik ketok lepas masuk washing machine... hehe :D The Big Green Bag yang di belakang saya tu beli di Tesco Sabtu lepas sempena hari tanpa beg plastik (ala-ala gitu ler.. dah lupa temanya) harga 1.99. Harga asal 3.99 kut diberi diskaun 50% pada

Silap Saya - was Gathering

Semalam berungkus lumus saya menyiapkan gulai ikan untuk juadah nasi dagang yang saya nak bawa ke gathering MBP hari ini. Lepas balik dari membeli barang-barang dapur saya mula kan operasi, dari jam 7.30 hingga 9.45 mlm. Saya bangun hampir jam 5 pagi untuk siapkan nasinya pula, jam 7.30 baru selesai semua padahal saya plan nak gerak dah time tu :( Anak-anak baru bangun, lepas dah siapkan anak mandi pakai semua, depa nak makan pulak..... gitu gini hampir jam 8.20 baru gerak, dahler lewat turun lepas 10 minit perjalanan kami patah balik sebab barang tertinggal :-s Sampai di area Tasik Shah Alam hampir jam 9.30 pagi, dah lewat sangat dari perancangan asal, tak tahu berapa kali kami duk tawaf tasik tapi tak nampak pun lembaga hijau yg saya bayangkan sebelum datang ke sini. Kami berhenti bila melihat kelibat ramai orang, tapi bukan group MBP. Jam menunjukkan 10.58 anak-anak dah meragam nak main playground. Kami berhenti di tepi tasik berdekatan dengan masjid (saya ingat landmark yg diber

Anak dan Gathering

Bismillah Beberapa hari tiada new entry, masa begitu pantas berlalu seperti pepatah Arab ada mengatakan "Masa Ibarat Pedang". Minggu depan adalah minggu terakhir di bulan pertama tahun 2010. 24jam masa sehari rasanya tidak cukup untuk melakukan semua benda. Aiesyah sudah pandai bermain game 'mix and match' dan belajar ABC di starfall.com, tangan Aiesyah yang kecil comel itu dulunya nak tekan mouse pun selalu tak jadi sekarang dah boleh drag2. Pada ibubapa yang mempunyai anak 2-5 tahun, saya sangat mencadangkan web education ini . Belajar sangat menyeronokkan dan menggembirakan anak kecil anda sehingga ibu terpaksa bersaing untuk menggunakan pc, dan adakalanya sampai tertidur di depan pc dengan kepala terlentuk di kerusi :)   Umar pula sejak 2-3 hari ni agak manja, selalu nak kena main dengan dia menyebabkan ibu rasa senang hati duduk sambil main2 jer dengan Umar sementara Aiesyah belajar dan ibu juga tidak senang duduk kerana banyak lagi mende yang belum settle.

Rahsia Solat Awal

Saya nak kongsikan email yang diterima berkaitan Kelebihan Solat di awal waktu, semoga bersama mendapat manfaatnya. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim Alumni ESQ Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi... Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang

Menyusur & Merangkak

Eh.... apa ni? Terkejut bila melihat sesuatu 'bendasing' yang terdapat di dalam najis bayi 7bulan yang sedang aktif merangkak. Bayi seusia ini yang ligat menyusur dan merangkak pasti akan mengutip apa sahaja yang dirasakan menarik pada perhatian mereka dan memasukkan di dalam mulut, apa rasa mende ni? Eksplorasi seluruh kawasan rumah termasuk dapur dan bilik air sudah menjadi tabiat anak kecil seusia ini. Ini adalah satu proses pembelajaran anak yang kadang-kadang merunsingkan ibubapa dan penjaga bayi. Jika anak di nursery mungkin keadaan lebih terkawal kerana keadaan nursery yang mesra anak kecil dan sentiasa dipantau oleh pengasuh yang bersama mereka 24 jam, tapi bagaimana jika anak yang ditinggalkan sendirian atau bersama kakak yang berusia 2.7 tahun? Kakak... tolong ibu jaga adik yer....! Ok...! sahut kakak. Eh! Lupa pula ibu bahawa kakak kadang-kadang menjaga adik dengan membuat adik seperti tunggangan aka kuda, isk..isk kesian adik. Kakak juga membantu menjaga adik den

Gerhana Matahari Separa.. Hari ini 3.01 petang

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. Gerhana Matahari separa dijangka berlaku hari ini Jumaat 15 Jan'2010 bermula jam 3.01 petang. Bagi yang beragama Islam digalakkan melakukan solat Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan sebagai tanda kebesaran Allah dan ini jarang-jarang berlaku.

Aku Cinta PadaMu

Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti dilafazkan melalui kata-kata, perbuatan dan kelakuan. Asas kepada penzahiran ini adalah hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kita memberitahu seseorang apabila kita mengasihinya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Apabila seseorang itu kasih akan saudaranya maka beritahulah dia bahawa dia kasihkannya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Oleh itu kasih mempunyai pelbagai bentuk; kasih kerana Allah dan agama, kasih kerana kebaikan seseorang serta akhlaknya dan sebagainya. Dalam aspek rumahtangga, perlu wujud kasih sayang dan cinta antara suami isteri dan ia perlu dizahirkan. Biasanya isteri lebih banyak dan pandai menzahirkannya. Suami pula biasanya kurang romantik dan kurang menzahirkannya. Walau bagaimanapun setiap pasangan harus memulakannya. Jangan hanya harap pasangan anda menzahirkannya sedangkan anda hanya diam membatu diri. Pepatah menyebut “THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET”

Isteri Dara

Ustazah Fatma Az-Zahra menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) ;;) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga. Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri2 semoga ada manafaatnya. JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR HA

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK

Menjadi pendengar yang baik adalah salah satu cara Komunikasi Berkesan . Agak sukar untuk menjadi pendengar yang baik jika kita tidak tahu bagaimana caranya. Faktor ini boleh menyumbang kepada keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Amat penting untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak juga, jangan cepat menghakimi dan memberi tindakbalas atas apa yang diceritakan oleh anak sedangkan mereka hanya mahu kita mendengar. 2 sebab utama kenapa kita mesti menjadi pendengar yang baik. Pertama, kita mempelajari apa yang kita tidak tahu hanya selepas kita sanggup mendengar. Kedua, manusia mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik Berikut adalah tips menjadi pendengar yang baik: 1. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan 2. Berikan perhatian sepenuhnya 3. Lihat tepat ke dalam anak matanya 4. Anggukkan kepala sebagai tanda gerak balas 5. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya..... ya... haah.. hoho" dan sebagainya 6. Cuba selami perasaan orang yang

BUKU INSPIRASI CONTEST 2010

Ini adalah entry contest pertama saya di tahun 2010 yang dianjurkan oleh Pn. Masayu . Boleh dikatakan ini rentetan daripada contest yang diadakan tahun lepas berkenaan SOHO, WAHM, SAHM, WAHO (Work@Home and Office) Yang ini saya tambah sendiri sebab ramai ibu hebat yang bekerjaya di pejabat dan juga bekerja di rumah.Sila ke laman ini untuk melihat selanjutnya tentang contest ini. Jika berkesempatan saya ingin mendapatkan kedua buku... boleh ker Pn Penganjur? Saya memang peminat buku tentang perancangan kewangan dan sekarang saya sangat berminat untuk membaca karya Ust. Hasrizal (selepas Aku Terima Nikahnya) ;) 1. Status kini c. Wanita bekerja di rumah Saya lebih suka menggunakan kerjaya di rumah daripada kerja (kerja2 rumah juga kerja di rumah tetapi kerjaya ini khusus kepada kerja... faham ke apa saya cakap ni? :)) ) Walaupun saya bekerja di rumah sekarang tapi saya ingin membina kerjaya sepertimana ibu2 yang membina kerjaya di pejabat. Pilih salah satu cabaran berikut ata

BELUM ADA DIARY LAGI?

Selamat berhujung minggu kepada semua, Hari ini sudah masuk hari ke-9 di tahun 2010, bermacam perkara yang hendak dilakukan di tahun ini, moga Allah permudahkan segala urusan InsyaAllah. Setiap hari ada sahaja benda yang saya hendak tulis tapi saya belum punya diary tuk 2010 lagiii...! Diary bagi saya lebih kepada organizer dan saya memang suka menulis apa sahaja yang saya rasakan perlu walaupun kadang-kadang saya perasan bende yang sama ditulis berulang kali! :D Sudah 2 tahun termasuk tahun ini saya beli diary cum planner sendiri, yer lah dulu bekerja dengan company pasti merasa diary baru setiap hujung tahun. Saya sungguh tiada masa keluar untuk mencari barang-barang keperluan saya sendiri :( sehingga terpaksa menggunakan buku nota sementara mendapat diary. Begitu juga dengan kalendar meja yang penuh dengan tulisan conteng-conteng tu. Pentingkah entry ini? Sebenarnya saya juga sedang menguji sesuatu di dalam blog entry ini dan nampaknya berjalan lancar.  ;)

MESIN BASUH BERASAP

Sekarang cuaca sudah cerah, tadi hujan dengan guruh dan kilat. Saya memang tak berani nak pasang modem bila kilat, sebab dulu masa kecik2 mak selalu minta padamkan suis bila ada guruh dan petir. Arahan itu melekat di dalam benak saya sehingga sekarang. Risau juga jika terbakar modem, atau laptop meletup ker... :). Dulu pernah berlaku overload current di rumah sewa kami menyebabkan banyak perkakas elektrik rosak dan perlu dibaiki termasuk tv, peti ais, mesin basuh dan kipas. Seingat saya kipas memang tak dapat dibaiki, mesin basuh dan tv punya lama nak dibaiki kerana tokey kedai tu cakap tunggu sparepart. Kelam kabut juga waktu tu, tak larat saya nak basuh guna tangan (last pi hantar dobi) hampir sebulan juga lah. Nasib baik waktu tu kami baru berdua, belum ada anak lagi, jika sekarang tak sanggup wei nak cuci baju yang berlambak setiap hari. Basuh guna mesin pun penat apalagi tangan... ooooh tidaaak! Dalam masa sebulan itu kami pulang ke rumah bila waktu malam untuk tidur sahaja (ma

LAHIRKAN ANAK CEMERLANG!

Ada beberapa perkara yang saya hendak ceritakan sepanjang saya balik kampung tempoh hari dan cerita hujung minggu lepas, cuma belum berkesempatan untuk tekun bekerja keras di depan pc dan khusyuk memerah idea. Sejak kebelakangan ini saya asyik tidur awal sahaja. Di siang hari pula, masanya lebih lapang dengan 2 anak tapi saya seperti lalai asyik meneman Aiesyah di depan tv dan mengulit tangannya bila dia menonton tv dan tidur. Seronok saya merasa seperti ibu beranak dua aje! Umar tidur pun lebih berjadual kerana tiada anasir yang mengacau bila dia hampir-hampir nak terlelap. Banyaaaakkk masa ibu luangkan bersama Aiesyah, sampai dia jadi terlebih manja pulak! Daripada pembacaan, bagi anak-anak, erti kasih sayang bagi mereka adalah masa yang kita luangkan bersama mereka. lebih banyak masa yang diluangkan ibubapa bersama anak-anak, maka lebih erat kasih sayang yang terjalin. Sebab itu berlaku situasi di mana anak lebih rapat dengan bibik kerana banyak masa mereka bersama bibik agakny

CERITA SEKOLAH

Hari ni dah masuk hari ke-3 persekolahan, bermakna Hakim dah 3 hari bangun awal dan pergi ke sekolah dihantar oleh abah on the way ke tempat kerja. Alhamdulillah sepanjang 3 hari ni tiada apa masalah, nampak gembira Hakim dengan kawan-kawan baru dan guru. Aiesyah di rumah nampak seperti kebosanan kerana tiada kawan untuk bermain, bergurau dan bergaduh, tapi di sudut positif nampak sangat Aiesyah bebas melakukan apa sahaja di rumah dengan adik Umar dan ibu tanpa mendapat arahan 'komander' lagi. Ibu sedikit sunyi di rumah bila Hakim tiada kerana dialah kawan yang paling akrab dan abang yang boleh diharap menjaga adik-adik. Hakim yang excited mendapat beg sekolah Ben-10 dan juga kasut sekolah (anak 5 tahun pun pakai kasut sekolah yang hanya ditinggalkan di luar pintu sekolah :) Aiesyah pun dapat beg juga, lebih kecil sesuai dengan umurnya. Kedua beg ini kami beli di kampung harga murah di sana dan banyak pilihan, dengan RM20 dan RM10 dah boleh dapat beg yang cantik. Kasut

MY FAMILY

Entry ini khas untuk contest yang saya pernah join dulu, nasib baik anak-anak semua sporting nak berposing sebelum kami keluar mendaftar hakim ke PASTI At-Taqwa dan sejurus selepas itu kami ke Shah Alam berjumpa dengan ibubapa saya yang datang bersama adik bongsu yang mendaftar untuk kemasukan baru UiTM. Pagi tadi baru ada masa nak mengadap pc, upload gambar dan post entry. Gambar ini saya menunjukkan antara pakaian kanak-kanak koleksi ComelLote Collections . Gambar ini pernah keluar dalam Kosmo 090909. This is My Family Maafkan my baby Umar ye!