Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ::PARENTING

Tip Komunikasi Berpengaruh Anak-Anak #1

Tips Komunikasi berpengaruh Anak-Anak + Apabila anak menceritakan tentang sesuatu, dengar dan angguk-anggukkan kepala atau berkata ya, ya walaupun apa yang diceritakan itu ada keraguan. + Apabila anak bertanya atau mahu berikan respons, gunakan perkataan yang baik. Bahasa positif. + Jangan sebut atau ungkit perbuatan buruk yang pernah anak lakukan untuk dijadikan pengajaran. Padam rekod lama. + Dengar anak bercakap sehingga habis, jangan mencelah. Tunggu giliran bercakap. Ini mengajar anak supaya mendengar apabila orang bercakap dan tunggu giliran untuk bercakap. Gaya komunikasi paling berpengaruh adalah gaya komunikasi Nabi Muhammad (sebutkan selawat). Bengkel Mendorong Anak  Sabtu 28 Nov 2015.

Biarkan Kanak-Kanak Dalam Dunia Imaginasi Mereka

Pelbagai cara untuk menjadikan anak teruja untuk ke sekolah Anak perempuan saya perlu sentiasa digesa untuk ke sekolah. Apabila sampai di sekolah, barulah hendak sarung dan ketatkan kasut sekolah. Kadangkala saya terlupa untuk mengingatkan dia 10 minit sebelum sampai di sekolahnya. Pagi tadi saya dapat idea. Selepas menghantar anak yang paling kecil ke taska, sekarang giliran menghantar anak perempuan ke sekolah. "Pesawat kita akan mendarat kurang 5 minit dari sekarang. Penumpang diminta menyiapkan diri dengan lengkap termasuk pakaian, stoking dan kasut. Siapkan beg pakaian sekarang." Tiba-tiba anak perempuan saya menyampuk, “Kami jadi penerjun ibu, sekarang sudah siap bag terjunan” Toing! Idea yang bagus. Sumber: google "Baik, wahai penerjun. Siapkan bag dan kelengkapan. Pesawat sudah mula mencari lokasi yang sesuai untuk penerjun keluar." Apabila kereta sudah parkir, anak saya tidak berlengah seperti biasa. Terus sala...

Menerangkan Adab Meminta Izin Kepada Anak

Sumber Google Ibu: Mahukah anak-anak ibu belajar tentang adab-adab yang disebutkan di dalam Quran? Anak: Nak, nak. Adab apa ibu? Ibu: Adab yang pertama: Larangan masuk ke bilik ibu dalam 3 waktu kecuali dengan izin. Ada 3 waktu, anak-anak tidak boleh masuk ke dalam bilik ibu dan abah kecuali dengan izin Anak: Waktu apa ibu? Ibu: Waktu pertama sebelum Subuh Kedua waktu tengahari Ketiga selepas Isyak Apabila hendak masuk, perlu minta izin dengan memberi salam. Begini caranya, "Assalamualaikum, boleh saya masuk?" Selepas diberi keizinan barulah masuk. Anak: Kenapa begitu ibu? Ibu: Itu adalah arahan yang telah ditentukan oleh Allah. Ada disebutkan di dalam Surah An-Nur: Ayat 58. Surah ini di ayat pertama, Allah sebutkan bahawa ini adalah surah yang Allah turunkan dan wajibkan hukumnya supaya manusia beringat. Sebelum subuh - mungkin ibu dan abah belum lagi bangun. Tengahari - waktu panas, waktu mandi dan menukar pakaian Selepas Isyak - waktu ti...

Permainan Bahasa Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Mahukah Puan saya kongsikan satu cara mudah untuk bergembira dengan anak-anak? Kad Imbas Bergambar ini saya beli 2 tahun lepas. Waktu itu saya hanya menceritakan kepada anak-anak pelajar tentang kisah Si Ayam berdasarkan gambar pada kad. Ia habis di situ. Tidak banyak idea untuk menggunakan kad imbas ini. Selepas menghadiri bengkel Berfikir Aras Tinggi beberapa bulan lepas, serta sesi perjumpaan dengan guru yang mengamalkan kaedah HOTS ini, idea menggunakannya semakin berkembang. Rupa-rupanya satu produk Kad Imbas Bergambar ini boleh dipelbagaikan permainan. Sebagai contoh, permainan bahasa, permainan bercerita mengikut imaginasi sendiri, mereka cerita selepas dan sebagainya. Kali ini saya kongsikan permainan perkembangan bahasa yang saya pernah lakukan bersama anak 6 dan 8 tahun. Bagaimana permainannya? 1. Pilih satu kad dan letakkan di atas meja. 2. Minta anak perhatikan gambar betul-betul 3. Sebutkan ap...

Menolak Permintaan Anak Menggunakan Ayat Tawaran

Cerita 3 ekor biri Pulang dari bengkel Ahad lepas, Umar menangis sambil menghentak-hentakkan kaki ke lantai. Saya bertanya,"Apakah yang membuatkan Umar menangis?" Kata Umar "Nak telefon" Saya memegang kepalanya sambil ligat memikirkan apakah pilihan yang saya ada untuk memujuk. Saya teringat beberapa helai kertas berwarna hijau dan hitam yang ada di dalam beg sandang belakang. Saya menggunakan ayat tawaran "Mahukah Umar belajar membuat biri-biri dan katak?"  Saya bertanya lagi selepas Umar menganggukkan kepala. "Mahu buat biri-biri dahulu atau katak?" Memujuk anak melupakan gajet hanya dengan kertas, gunting dan gam.  Malam itu juga Umar melekatkan 3 ekor biri-biri di satu sudut khas dinding. Sengaja saya membiarkan 3 ekor biri-biri tidak melekat dengan kuat supaya anak akan menggerakkan sambil bercerita. Semalam  sudah ada tambahan rumput dan air yang anak-anak tampal sendiri. ------------------...

Bengkel Kreatif HOTS (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Saya dapati kanak-kanak berusia 3 - 12 tahun suka apabila kita membacakan buku cerita bergambar dengan gaya HOTs. Apa itu HOTS? Kemahiran dan respon kita bertanya dan bertindakbalas dengan soalan yang merangsang daya fikir anak-anak. Bagaimana kita bertanya dan bertindak balas sebelum, semasa dan selepas bercerita banyak memberi kesan. Ia satu cara menanam nilai dan menajam persepsi kanak-kanak. Kesan amalan HOTS kepada kanak-kanak: - kanak-kanak berfikir - kanak-kanak menerbit idea - kanak-kanak berupaya menyelesaikan masalah dengan cara mereka. Peranan ibubapa sebagai pembimbing, pendorong, pemudahcara dengan memberi input-input bermakna kepada anak-anak. - Puan Fatimah Haslina EduModule dengan kerjasama Puan Fatimah Haslina akan mengadakan satu bengkel kreatif HOTS pada 29 Mac ini. Objektif utama bengkel untuk memperkenalkan teknik HOTs ini kepada ibubapa dan bagaimana guru dan ibubapa boleh menggunakan beberapa teknik untuk merangsang kemahiran berfikir anak-anak. Pe...

Bahasa Dan Budaya Tinggi

Sebagai ibu yang bekerja, saya terpaksa menghantar anak-anak di bawah jagaan pengasuh. Apabila anak-anak pulang, saya mendengar berbualan dan percakapan anak-anak sesama mereka. Lain macam bunyinya. Jarang anak menuturkan perkataan yang tidak elok di hadapan kami kecuali ketika mereka marahkan sesuatu. Saya tahu ada yang tidak kena. Anak saya sudah mula menuturkan bahasa melayu rendah. Mustahil anak-anak menuturkan sesuatu yang tidak pernah didengar. Saya membuat kesimpulan bahasa rendah ini adalah ikutan daripada mendengar perbualan orang yang lebih dewasa secara langsung atau menonton filem yang rendah akhlaknya. Bercakap menggunakan bahasa rendah semakin menular di dalam masyarakat. Bagaimana untuk memperkayakan masyarakat dengan bahasa melayu tinggi? Saya percaya orang yang bercakap menggunakan bahasa yang baik-baik adalah orang yang baik-baik. Bangsa Melayu adalah bangsa yang tinggi nilai budayanya. Ini antara perjuangan Rangkaian Tadika ABS mengamalkan baha...

Tips Pemilihan Tadika Anak-Anak

Memilih tadika adalah antara perkara penting apabila anak bakal memasuki usia 4 hingga 6 tahun. Namun ada juga tadika yang mengambil anak dari usia 3 tahun. Apakah panduan ibubapa untuk memilih tadika bagi anak-anak? Modul dan Kurikulum Dalam satu soal selidik yang telah diadakan oleh tim tadika, aspek modul dan kurikulum menjadi pilihan utama ibubapa. Antara skop yang perlu diambilkira: - Medium Bahasa - Subjek dan kandungan pelajaran yang diajar di tadika - Berapa bilangan buku yang anak akan dapat - Adakah sebarang kerja rumah diberikan Soalan begini sebagai asas untuk mendapat gambaran keseluruhan pembelajaran di tadika tersebut. Nilai dan Budaya Penerapan nilai penting bagi ibubapa yang menekankan aspek pendidikan secara menyeluruh. Bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah diri anak. - Pengisian Fardhu Ain, solat dan hafazan bagi ibubapa yang mementingkan pendidikan Islam. - Nilai budaya dan adab-adab Guru dan Pendidik Antara soalan yang biasa di tanya oleh ibub...

Tangani Anak Nakal

Teks oleh: Wan Rohani Wan Ismail "Saya tidak tahu nak buat apa lagi" "Anak saya ni nakal sangat, bila kita cakap dia buat tak tahu" Keluh seorang ibu kepada saya semasa kami berjumpa di majlis rumah terbuka. Saya senyum sahaja, tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Saya bukan pakar kanak-kanak, pengalaman masih sangat cetek. Namun saya percaya setiap anak yang dianugerahkan ada keistimewaan tersendiri. Ibubapa adalah pendidik dan pembimbing yang diamanahkan untuk menyemai serta membaja benih kebaikan dalam diri anak-anak. Sebagai ibu yang bekerja di rumah, kesabaran selalu diuji. Adakala terikut juga dengan panahan syaitan dan nafsu amarah. Jadi perkongsian ini untuk ingatan diri sendiri, bagaimana menangani anak nakal. 1. Tiada istilah anak nakal Tukar 'anak nakal' kepada 'anak kreatif' atau 'anak bijak' supaya sel-sel otak menterjemahkan yang sama. Setiap kali abang usik adik, tukar dari skrip "Jangan usik ...

8 Tips Melahirkan Anak Soleh

Anak soleh adalah impian semua ibubapa, harta yang sangat bernilai dan kekal sehingga ibubapa meninggal. Pertama : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari. Tips seterusnya baca artikel penuh...

Sayangi Diri Sebelum Menyayangi Orang Lain

"Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini," keluhnya perlahan. "Puan telah terkorban," balas saya juga perlahan. "Saya terkorban kerana berkorban." Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya. Saya masih ingat kata-kata suaminya, "Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak... " Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang ...

Bila Anak Sudah Besar.....

Cabaran sebagai ibubapa semakin bertambah bila anak semakin membesar, betul atau tidak tunggu anak anak membesar dulu. Pemikiran anak-anak semakin berkembang dan kadang-kadang semakin kompleks. Si Hakim sekarang sudah malu-malu bila sebut perkataan love, love awek katanya. Amboi anak ibu kemain yer sekarang sudah pandai sebut awek-awek. Tadi sebelum hakim ke sekolah, macam biasa kami bersalaman, hakim akan cium tangan dan kiss 2 pipi dan dahi ibu, bila ibu peluk hakim ibu saja lah cakap 'I love U' nak tengok reaksi hakim, eh malu-malu pulak, apa lah ibu ni katanya. Mungkin sebelum ini ibu hanya gunakan perkataan sayang, tidak menggunakan love padahal maksudnya sama. Bila anak semakin membesar, lebih banyak soalan kompleks yang mereka tanya, lebih banyak perkara yang mereka fikirkan. Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya,"Ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al-Quran, sentiasa biasakan mere...

Teknik Tidak Menegur Kesilapan Anak

Bismillah.... Ya Allah berikan kami kebaikan hari ini, berjumpa dengan orang yang baik-baik sahaja, dapat menambah nilai hidup orang lain dengan izinMu Ya Allah. Bukan senang menjadi penulis (berangan menghasilkan buku panduan best-seller!) Memerah idea dan meluahkan dengan kata-kata yang tersusun dan baik bahasanya. Menulis dengan tenang di waktu sunyi tanpa gangguan sesiapa, seperti sekarang ini. Target ibu untuk aktif menulis di blog sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, bukan sekali seminggu ya! 3 kali diambilkira bila menulis perkara kebaikan yang boleh menambah nilai hidup orang lain atau dengan kata lain pembaca budiman yang dikasihi Allah dan Rasul. Jika ada selingan itu dikira sunat sahaja di sini Pagi ini 14/04/2012 Sports Day di sekolah Hakim, minggu ini straight pakai baju sukan ke sekolah, terpaksa ibu basuh dan jemur di bawah kipas sebab baju sukan ada sehelai sahaja. Seronok betul Hakim excited anak ibu ini, petang semalam Hakim tunjukkan pada ibu di ...

Bagaimana Melatih Anak Solat?

Bismillah... Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa singgah di sini, tanpa kehadiran anda tidak mungkin ibu mendapat cek Nuffnang yang ke-4 ini walaupun kekerapan mengemaskini blog tidak seperti dahulu. Ibu nekad untuk berubah, lebih rajin menulis dan berkongsi untuk kebaikan bersama (ibu dan anda) dan bukan sebarang penghargaan atau wang Nuffnang yang ibu pertaruhkan. Terima kasih sekali lagi, ibu suka anda! Jumlahnya RM94.20 nanti jadi RM942.00 pula :) Baru-baru ini ibu ke Temerloh sendirian atas urusan kerja dan menuntut ilmu, sampai di sana ibu berkenalan dengan sepasang suami isteri bersama anak mereka yang tinggal tidak jauh dari rumah ibu. Kakak ini mengajak ibu pulang bersama (konvoi) kerana kami melalui jalan yang sama, ibu setuju memandangkan kursus berakhir hampir jam 6.30 petang dan ibu pula memandu sendirian ke Batang Kali yang memakan masa hampir 2 jam. Kami berhenti di Genting Sempah untuk melepaskan hajat, dan solat Jama' Maghrib Isya'...

Syukur dan Terima Kasih

"Sekiranya kamu bersyukur, akan Allah tambahkan nikmat kepada kamu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Allah itu amat pedih" Pentingnya untuk menyemai sikap syukur terutama kepada anak-anak kecil supaya sifat syukur ini menjadi amalan mereka. Sentiasa mengucapkan terima kasih adalah petanda syukur. Mari kita mulakan! Walaupun ibu masak nasi dan lauk biasa-biasa sahaja untuk makan pagi, tengahari atau malam, anak-anak ikut abah cakap 'terima kasih ibu'.  Bila kita mulakan sesuatu yang baik, ianya menjadi sangat manis. Seperti memberikan seseorang chocolate, dan    ada yang menghadiahkan kita juga chocolate yang sama tapi lebih manis rasanya. Terima kasih sangat simple dan senang, tapi sukar untuk diucapkan jika tidak diamalkan. Jika anak kecil yang baru pandai bercakap sudah pandai mengucapkan terima kasih, apalagi orang dewasa seperti kita semua. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa berbunganya hati ibu ini bila ana...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...