Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Mendorong Anak Suka Membaca/Mengaji

Apabila mahu mendorong anak membaca atau mengaji al-Quran, sebutkan 3 perkara ini: 1. Sebut kerja baik yang mahu disuruh 2. Sebut impak positif apabila kerja itu dilakukan 3. Impak negatif tidak disebut Contoh skrip; "Aiman, mari kita mengaji. Apabila Aiman rajin mengaji, Aiman dapat mengaji dengan lancar. Nanti boleh jadi imam." "Adik, lepas mandi kita baca buku ya. Nanti adik lancar membaca, boleh baca buku cerita pula." Impak yang positif akan mendorong anak melakukan kerja baik. Jangan disebut impak negatif atau menggunakan ugutan. Contoh skrip menyebut impak negatif; "Aiman, mari mengaji. Kalau Aiman malas mengaji, nanti Aiman tidak pandai membaca al-Quran. Ustaz mengaji marah Aiman nanti." Contoh skrip menggunakan ugutan. "Adik, lepas mandi baca buku. Tak baca buku, ibu tidak mahu ajak adik pergi taman." Semasa mengajar anak membaca atau mengaji, teknik tidak menegur kesalahan digunakan. Tidak menegur kesalahan

Kelas Mengaji Ustazah Wan Anie

Saya jarang menceritakan tentang kelas mengaji saya di rumah setiap malam Isnin hingga Khamis setiap minggu. Setiap malam tersebut saya memakai topi sebagai ustazah dan suami sebagai ustaz. Terasa janggal pada awalnya apabila anak-anak mengaji memanggil dengan panggilan Ustazah. Sekarang dengan bilangan pelajar hampir 15 orang (belum termasuk anak-anak sendiri). Anak-anak ini adakala menjadikan saya seorang penyabar, namun ada masa juga saya menjadi seperti seekor ibu singa yang kelaparan. Terkocoh-kocoh mengejar masa, solat dan bersiap untuk kelas mengaji jam 8 - 9 setiap malam.  Kelas mengaji ini telah bermula sejak Oktober 2013. Bermula dengan anak jiran-jiran seramai 7 orang dari 5 hingga 12 tahun. Angka itu semakin bertambah walaupun ada yang sudah berpindah dan sudah habis mengaji.  Masih ada ibubapa yang pentingkan khatam al-Quran. Namun bagi saya khatam itu tidak penting. selalu saya ingatkan anak-anak mengaji supaya tidak perlu mengaji dengan Ustazah sampai