Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Teladan Dari Kisah Upin Ipin

10 Julai 2013 | 9:43pm 2 Ramadhan 1434 Anak-anak pasti teruja dengan watak Upin Ipin seperti kawan rapat mereka. Watak yang hidup dan berjaya memikat hati anak-anak kecil hinggalah dewasa. Upin Ipin 2 adik beradik kembar yatim piatu yang tinggal bersama nenek dan kakaknya. 2 beradik yang sentiasa ceria dan gembira. Banyak teladan yang dapat diajarkan kepada anak menerusi kisah Upin Ipin.  Anak-anak terus mahu puasa selepas melihat siri 1 kisah 2 kembar ini mula-mula berpuasa, Alhamdulillah terus puasa penuh walaupun baru tadika. Ada juga diajarkan lafaz niat puasa di dalamnya. Anak-anak mudah menghafal skrip termasuk lafaz niat tersebut.  Baguskan jika siri sebegini dekat dengan hati anak-anak, mudah kerja ibubapa. Walaupun Aiesyah belum lagi dapat berpuasa penuh, sekurang-kurangnya dia teruja untuk bersahur dan berpuasa. Ini adalah tahun pertama kami latih Aiesyah berpuasa. Hakim hari ini Alhamdulillah kelihatan mudah walaupun tidur hampir 3 jam selepas balik