Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Pertama Kali Menggunakan Skrip Pujian Gaya Nabi Muhammad

Alhamdulillah berpeluang mengikuti Bengkel Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh Puan Siti Khadijah atau lebih dikenali dengan Ustazah Siti Khadijah. Beliau adalah pengamal teknik mendorong gaya Nabi Muhammad dan hasil sentuhan teknik tersebut pelajar corot menjadi pejaya.  Ibu mengikuti blog Ustazah Siti Khatijah , Puan KhairulAniza dan Puan Nurul Hidayah sejak tahun lepas. Ibu kagum dengan usaha yang dijalankan oleh Tim Pengkaji Hadis Psikologi yang diketuai oleh Pengerusi Kumpulan PTS, Puan Ainon Mohd. Ibu percaya sekiranya teknik mendorong gaya nabi ini diperluaskan dan digunapakai oleh semua orang terutamanya yang terlibat dalam bidang pendidikan, semua pelajar boleh menjadi pejaya. Cemerlang dari sudut akademik dan akhlak. Teknik mendorong ini sesuai untuk ibubapa aplikasikan di rumah untuk anak-anak, juga sesuai untuk pasangan masing-masing. Hari ini ibu aplikasi beberapa skrip menggunakan teknik pujian gaya nabi;