Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mendidik Anak

Bacakan Buku Sebelum Anak Tidur (Bedtime Story)

Bedtime story diperkenalkan oleh negara luar di mana ibu atau ayah membacakan buku cerita sehingga anak tertidur. Bagi ibu yang bekerja, ia adalah masa berkualiti yang diluangkan bersama anak pada waktu malam. Kebanyakan masa, anak belum lagi hendak tidur pun. Menjadi rutin anak untuk memilih buku mana yang mereka mahu dibacakan. Biasanya buku yang sama diulang-ulang setiap hari. Satu malam sehingga 3-4 buku. Ada masa ibu ini mengelat juga dengan tidak bacakan semua teks, hanya cerita ringkasannya. Asalkan anak puas hati. Selepas habis baca buku, ambil masa sebelum anak tidur untuk bacakan beberapa surah pendek, doa dan shahadah. Entri seterusnya akan dikongsikan antara buku kegemaran anak untuk Bedtime Stories.

Bahasa Anak Kecil

"Ibu,  tengok ni" Seorang anak kecil berusia tiga tahun berlari mendapatkan ibunya yang sedang sibuk mencabut rumput di laman. "Ibu, Ammar pandai ambil ni. Ammar lompat macam ni" Beriya anak itu menceritakan kejayaan kecil yang baru dilakukan sambil menghulur tangan yang kemas memegang sebiji buah nona berwarna ungu. Sambil melompat sedikit beraksi seperti apa yang berlaku sebentar tadi. "Buah ni belum masak lagi" "Ibu, buka ni,  nak makan ni" "Belum masak keras lagi ni." Ini jika diperam pun tidak masak. Masih muda. Sangat muda. Anak tadi menggigit buah yang dipegangnya, dengan muka sedikit kelat, dia mengiyakannya.   "Keras lagi ni,  belum masak lagi. Kita simpan dulu." Pagi esoknya semasa ibu sibuk sediakan makanan di dapur. Si Ammar datang lagi membawa buah nona semalam. "Ibu, masak ni nak makan" Anak ini ingat buah ni belum masak di pohon boleh pula dimasak di atas dapur.   Tengahari itu ...

Peranan Anak Di Rumah Menjadikan Anak Seorang Yang Membantu Meringankan Beban Orang Lain

Apabila malam, badan mula lesu, terasa mahu baring sahaja. Apakan daya kadangkala anak kecil perlukan perhatian. Alangkah beruntungnya apabila anak kecil merengek, anak yang lebih besar menawarkan diri untuk membantu. "Ammar menangis ibu" "Ammar sudah mengantuk tu, dia hendak susu" "Biar Aiesyah buatkan susu untuk Ammar" Aiesyah ke dapur, menyiapkan susu adik Ammar seperti biasa. Sudah hafal sukatan air panas, susu dan air kosong. Selepas itu, disuakan susu kepada adik sambil membaringkan adik di tempat tidurnya.  Pernah juga sebelum ini, ketika sedang solat, Aiesyah mandikan adiknya yang berusia 1 tahun 7 bulan itu. Usai solat ibu bertanya, "Aiesyah mandikan baby Ammar?" "Ya, tadi Ammar berak sampai bocor kena seluar, Aiesyah mandikan terus." "Aiesyah selalu mudahkan urusan ibu, Allah akan sentiasa mudahkan urusan Aiesyah" Aiesyah senyum menampakkan kedua lesung pipitnya. Sebagai ibubap...

Jawapan Semua Betul!

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Pagi tadi semasa hendak memandu ke tempat kerja, seperti biasa saya akan memasukkan bag ke dalam kereta. Saya melihat pemadam Umar ada di bawah kerusi di dalam kereta. Semasa sedang memandu, saya katakan kepada anak lelaki saya Umar, "Umar ambil pemadam di bawah kerusi dan simpan di tempatnya." Umar yang baru membuka buku aktivitinya ketika itu membongkok lalu mengambil pemadam tersebut. Semasa hendak memasukkan pemadam ke dalam poket, dia berkata,"Umar tidak perlu guna pemadam sekarang, jawapan Umar semuanya betul." Sekolahnya tidak menggunakan pemadam. Saya dapat lihat, anak saya tidak merasa bersalah sekiranya jawapannya salah. Dia hanya memotong dan menulis jawapan di sebelah jawapan tadi. Ada masa dia membetulkan jawapan dengan menulis jawapan yang betul di atas jawapan sebelumnya. Walaupun kadangkala kelihatan comot, saya biarkan sahaja. Impak positifnya, anak tidak merasa takut-takut untuk menulis ...

Menerangkan Apabila Anak Bertanya

Saya mahu kongsikan sesuatu yang berlaku semalam di antara saya dan dua anak, 6 dan 8 tahun. Kami keluar membeli sedikit barang di pasaraya kecil berhampiran. Semasa mengambil mandian untuk bayi, anak lelaki 6 tahun berkata, "Umar mahu mandian ini, boleh?" Anak perempuan 8 tahun pula mengambil satu mandian lagi dan berkata, "Aiesyah mahu yang ini, boleh?" Ibu menggelengkan kepala. Mereka serentak berkata dengan nada memujuk, "Ala, boleh lah ibu." Ibu bawa kedua anak ini ke bahagian rak yang dipenuhi mandian jenama biasa. "Em, kita beli yang ini, 2Liter harganya baru RM8.90. Cuba lihat harga mandian yang Umar dan Aiesyah ambil, berapa harganya?" Aiesyah meneliti botol mandian dan berkata, "RM7.90. Umar punya RM6.90." Saya menduga dengan bertanya, "Jadi bagaimana sekarang?" Kedua mereka memeluk erat mandian yang telah masing-masing pilih. Baik. Kami ke kaunter bayaran. Pulang ke rumah, saya membuka Buku Belanja...

Ibu, Kenapa Kita Kena Mandi?

Bismillah Baru semalam ibu ada ceritakan tentang menyuruh anak mandi. Lewat petang semalam, hampir jam 7 petang, anak-anak masih lagi belum mandi. Tuala sudah ada di bahu tapi macam biasa akan ambil sedikit masa untuk masuk ke dalam bilik air. Seusai ibu mandikan baby Ammar, Aiesyah datang dan bertanya, "Ibu, kenapa kita kena mandi?" Soalan yang baik memang kena pada tempatnya. Otak saya berlegar mencari jawapan yang paling sesuai sambil menyusukan Ammar. "Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Kata saya memulakan hujah. "Seseorang yang tidak mandi, cantik atau comot?" "Comot!" Jawab Aiesyah pantas. "Betul! Bila seseorang mandi, sabun wangi, gosok gigi, pakai baju yang cantik, sikat rambut, pakai tudung, cantik tak?" Tanya ibu lagi menguji. "Mestilah cantik" Jawab Aiesyah. "Sebab itu kita kena mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menjaga kebersihan dan memastikan...

Memahami Anak-Anak

Teks: Wan Rohani Sebagai ibu, ada masa saya rasa seperti orang asing dengan anak sendiri. Biasanya perasaan ini muncul apabila saya bercakap atau menyuruh sesuatu, anak buat tidak tahu. Sekarang baru saya faham perasaan ibu saya apabila saya tidak laksanakan apa yang ibu saya minta. Ada masa bila saya minta sesuatu, anak-anak menjawab dan memberi alasan mereka sendiri. Petang semalam, selesai menyusukan baby Ammar, saya minta Aiesyah bawakan kerusi baby untuk saya letak dan tidurkan baby. "Boleh tak ibu bawa baby ke sini dan letakkan baby di tempat kerusi baby berada" jawab Aiesyah. Memang betul pun apa yang Aiesyah katakan, adakala saya sebagai ibu perlu bijak apabila meminta sesuatu dari anak-anak. Mereka juga tidak suka disuruh-suruh. Bila saya fikirkan semula, banyak sangatkah permintaan saya kepada anak-anak? Setiap hari saya perlu ulang banyak kali perkara yang sama, suruh anak-anak mandi, kemas bilik, kemas barang mainan yang bersepah, suruh mengaj...

Menerangkan VS Memarahi

Anak kecil ditimang-timang, dipeluk dan dicium hampir setiap saat. Lihat sahaja muka bayi, mahu sahaja dipeluk cium. Hilang semua tekanan dan masalah apabila dapat peluk dan cium ahli syurga ini. Apabila anak semakin besar, 4-5 tahun usianya sudah semakin lincah, pandai meneroka sekeliling. Bedak dijadikan salji, air dilantai dijadikan permainan meluncur. Apabila memegang pen, pensil mula melakar dan menghasilkan karya seni di kertas dan dinding rumah. Mencampurkan semua bahan yang ada di dapur untuk resepi rekaan terbaru dan dimasukkan dalam peti ais untuk lihat hasilnya. Ini cuma sebahagian kecil penerokaan dan kaji selidik anak-anak. Semakin membesar semakin mencabar. ada sahaja perkara yang mereka lakukan. Pada mereka ianya satu keseronokan tapi kenapa dimarah pula? Kasihan anak-anak yang semakin membesar. Hampir setiap perkara baru yang mereka lakukan dimarahi ibu. Peluk cium ibubapa semakin berkurangan. Apa puncanya? Apakah ibu dan ayah sudah tidak sayangk...

Rangsang Anak Semasa Dalam Kandungan

Bagaimana meransang anak semasa dalam kandungan? Perkembangan sel otak amat aktif semasa tumbesaran bayi dalam kandungan, bercakap-cakap dan berbual dengan bayi. bacakan buku untuk bayi. Sebagai muslim kita sangat digalakkan untuk membaca Al-Quran sepanjang kehamilan. Ibu-ibu mengandung boleh membacakan surah-surah seperti: al-Fatihah - tenang hati dan kuat daya ingatan at-Taubah - membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat Surah Yusuf - cantik rupa dan akhlak Surah Maryam - mudah bersalin dan anak sabar Surah Luqman - cerdik akal dan jiwa - Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal Ibu panggil buku pink, ada beberapa buah lagi di rak. Ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan buku pink ini mohon wassap 013-2821450 (Pn Wan Anie). Harga cuma RM15.

Teladan Dari Kisah Upin Ipin

10 Julai 2013 | 9:43pm 2 Ramadhan 1434 Anak-anak pasti teruja dengan watak Upin Ipin seperti kawan rapat mereka. Watak yang hidup dan berjaya memikat hati anak-anak kecil hinggalah dewasa. Upin Ipin 2 adik beradik kembar yatim piatu yang tinggal bersama nenek dan kakaknya. 2 beradik yang sentiasa ceria dan gembira. Banyak teladan yang dapat diajarkan kepada anak menerusi kisah Upin Ipin.  Anak-anak terus mahu puasa selepas melihat siri 1 kisah 2 kembar ini mula-mula berpuasa, Alhamdulillah terus puasa penuh walaupun baru tadika. Ada juga diajarkan lafaz niat puasa di dalamnya. Anak-anak mudah menghafal skrip termasuk lafaz niat tersebut.  Baguskan jika siri sebegini dekat dengan hati anak-anak, mudah kerja ibubapa. Walaupun Aiesyah belum lagi dapat berpuasa penuh, sekurang-kurangnya dia teruja untuk bersahur dan berpuasa. Ini adalah tahun pertama kami latih Aiesyah berpuasa. Hakim hari ini Alhamdulillah kelihatan mudah walaupun tidur hampir 3 jam selep...

Mengajar Anak Di Rumah

Pada suatu ketika Amir telah membaca buku 4 tetapi tidak mahu membaca teks untuk melancarkan bacaannya.  Oleh itu saya terpaksa menulis perkataan pada kad dan menampalnya di dinding. Saya meminta tolong kakaknya, Amirah yang berusia 9 tahun pada masa itu untuk bermain berlari untuk berebutkan perkataan di dinding. Hanya dengan cara itu sajalah dia akan membaca dengan bersungguh-sungguh untuk mengalahkan kakaknya.  Kunci utama kejaaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan bermain. Bagi kanak-kanak mereka belajar dengan bermain. Dengan sedikit perancangan kita dapat menjadikan sesi bermain itu sebagai sesi belajar tanpa disedari.  - Bab Mengajar Di Rumah, Buku Ajar Anak Membaca Awal  Tuan/Puan boleh dapatkan Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal di SINI

Keibubapaan: Mendidik Menggunakan Teknik Nabi Muhammad S.A.W - Part I

Pagi tadi bertempat di Masjid Al-Khairiah, Gombak diadakan Himpunan Muslimah Gombak. Ibu mendapat hebahan melalui facebook Puan Nurhidayah Jaafar seorang trainer dan pengamal hadis psikologi. Pengisian pelbagai program khusus untuk wanita antara yang menarik perhatian ibu adalah 'Parenting Forum' tentang Bagaimana Mendidik Anak Mengikut Teknik Nabi Muhammad S.A.W. Ahli Panel Asst Prof Dr Wan Mazwati Wan Yusuff dan Puan Nurhidayah Jaafar menarik perhatian ibu untuk hadir dan mempelajari 3 teknik lagi iaitu; 1. Teknik Meningkatkan Self-Esteem (Pujian Gaya Nabi) 2. Teknik Menerangkan Peraturan 3. Teknik Demonstrasi atau Menunjuk Cara  Sebelum ini melalui Bengkel Mendorong Pelajar Corot oleh Ustazah Siti Khatijah ibu pelajari 5 teknik yang lain, kecuali teknik meningkatkan Self-Esteem. Teknik meningkatkan 'self-esteem' ini antara teknik popular dalam amalan lazim mendidik anak-anak, iaitu memuji. Dalam teknik ini diajar bagaimana teknik pujian yang bet...

Home is Cool! Better Than School

Pagi Sabtu yang tenang dan nyaman, cuaca redup di sini, matahari malu-malu untuk menampakkan diri. Sesekali gerimis menambahkan lagi suhu nyaman. Anak-anak awal pagi sudah bangun, sudah terbiasa walaupun hari cuti sekolah. Ibu selalu ingatkan abang Hakim bangun awal untuk solat Subuh. Ibu mencari idea memulakan sekolah di rumah yang cool dengan pembelajaran yang menyeronokkan. Memandangkan Umar tidak mahu ke Playschool, 1 hari pergi, 4 hari di rumah. Bangun awal bersiap tapi lepas ibu hantar Aiesyah je, mula lah si Umar dengan pelbagai cara menarik minat ibu supaya membawanya pulang. Aiesyah pula ke tadika dengan jadual sendiri, formulanya senang seperti ini, hari ini sekolah, esok tak sekolah, kemudian sekolah, pasti tak sekolah. Nampaknya Aiesyah lebih pandai mengatur jadualnya sendiri. Ibu sendiri tidak pasti apa yang berada di fikiran anak ibu 5 tahun ini.  Pernah ibu tanya,"Sekolah best atau rumah best?" Jawab Aiesyah,"Rumah lagi best" ...

Bagaimana Menggalakkan Anak Lebih Fokus Belajar

Bismillah... dengan nama Allah Yang MAHA Pemberi Nikmat. Jam sudah menunjukkan jam 12.19am tapi mata ini masih belum mahu pejam, banyak perkara yang difikirkan dibenak. Ibu ingin mencoretkan sesuatu di sini moga ianya menjadi panduan kepada ibu-ibu yang lain. Andai ini satu kebaikan yang mampu ibu berikan kepada kalian, moga (doakan) Allah memberikan 10kali ganda kebaikan kepada ibu. Ya ALLAH perkenankanlah kerana tiada yang mustahil bagiMU Ya ALLAH. Cuti sekolah minggu lepas kami pulang ke kampung untuk ziarah orang tua kami yang tersayang, juga kerana majlis kesyukuran sempena perkahwinan adik perempuan ibu. Semasa minum-minum, TokMek (nenek Hakim sebelah abah) cakap pada Hakim, "Hakim belajar pandai-pandai biar jadi cikgu, ke Hakim nak jadi apa?(cita-cita) " Hakim tanpa berfikir panjang terus jawab, " Nak jadi businessman! ". Kerjaya seorang cikgu atau guru memang dipandang tinggi oleh orang kampung, sudah dianggap sangat berjaya. Ibu tidak merendah...

Bagaimana Melatih Anak Solat?

Bismillah... Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa singgah di sini, tanpa kehadiran anda tidak mungkin ibu mendapat cek Nuffnang yang ke-4 ini walaupun kekerapan mengemaskini blog tidak seperti dahulu. Ibu nekad untuk berubah, lebih rajin menulis dan berkongsi untuk kebaikan bersama (ibu dan anda) dan bukan sebarang penghargaan atau wang Nuffnang yang ibu pertaruhkan. Terima kasih sekali lagi, ibu suka anda! Jumlahnya RM94.20 nanti jadi RM942.00 pula :) Baru-baru ini ibu ke Temerloh sendirian atas urusan kerja dan menuntut ilmu, sampai di sana ibu berkenalan dengan sepasang suami isteri bersama anak mereka yang tinggal tidak jauh dari rumah ibu. Kakak ini mengajak ibu pulang bersama (konvoi) kerana kami melalui jalan yang sama, ibu setuju memandangkan kursus berakhir hampir jam 6.30 petang dan ibu pula memandu sendirian ke Batang Kali yang memakan masa hampir 2 jam. Kami berhenti di Genting Sempah untuk melepaskan hajat, dan solat Jama' Maghrib Isya'...

Syukur dan Terima Kasih

"Sekiranya kamu bersyukur, akan Allah tambahkan nikmat kepada kamu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Allah itu amat pedih" Pentingnya untuk menyemai sikap syukur terutama kepada anak-anak kecil supaya sifat syukur ini menjadi amalan mereka. Sentiasa mengucapkan terima kasih adalah petanda syukur. Mari kita mulakan! Walaupun ibu masak nasi dan lauk biasa-biasa sahaja untuk makan pagi, tengahari atau malam, anak-anak ikut abah cakap 'terima kasih ibu'.  Bila kita mulakan sesuatu yang baik, ianya menjadi sangat manis. Seperti memberikan seseorang chocolate, dan    ada yang menghadiahkan kita juga chocolate yang sama tapi lebih manis rasanya. Terima kasih sangat simple dan senang, tapi sukar untuk diucapkan jika tidak diamalkan. Jika anak kecil yang baru pandai bercakap sudah pandai mengucapkan terima kasih, apalagi orang dewasa seperti kita semua. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa berbunganya hati ibu ini bila ana...